Tips Mudah Tingkatkan Tenaga Secara Semulajadi

Pernah tak merasa diri lemah pada waktu tengah hari, bergelut untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari, bergelut dengan keletihan adrenal, atau cepat letih?

Jika ya, sudah tiba masanya untuk kita berubah! Ada cara yang mudah untuk menghilangkan keletihan dan kekal bertenaga sepanjang hari secara semulajadi.

Tinggalkan minuman berkafein dan cuba amalkan 9 cara mudah yang akan saya kongsikan dalam entri ini untuk meningkatkan tahap tenaga dengan cepat dan berpanjangan.



Tips Tambah Tenaga Dan Stamina 


Berikut antara tips yang boleh diamalkan untuk membantu tubuh kita sentiasa cergas dan bertenaga.

1. Tidur Yang Berkualiti


Ramai diantara kita yang tidak mementingkan masa tidur. Untuk orang dewasa, masa tidur yang disarankan ialah 7-8 jam setiap malam. Tapi, kebanyakan dari kita agak sukar untuk memenuhi keperluan tersebut. Sebab itu, ramai yang tidak cergas dan mengantuk pada keesokan harinya. Jadi dapatkan masa tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga setelah seharian bekerja.

Jika berhadapan masalah sukar untuk tidur, tips ini mungkin  boleh membantu;
  • kekalkan jadual masuk tidur dan bangun tidur konsisten pada masa yang sama setiap hari termasuklah hari minggu. Ini dapat bantu mengawal jam dalaman badan kita.
  • Elakkan kafein selepas pukul 3 petang ini kerana kesannya boleh dirasa sehingga 12 jam.


2. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat


Walaupun karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh, tetapi makanan yang berat dengan karbohidrat boleh menyebabkan kita berasa lemah. Penyebab utama? Karbohidrat ringkas, seperti yang terdapat dalam minuman manis, kuih, dan makanan yang diproses (roti putih dan pasta) yang terbakar dengan cepat dalam badan. Walaupun ia cepat memberikan rangsangan tenaga, tetapi ia juga diikuti dengan kehilangan tenaga dengan kadar segera.

Penyelesaian? Pilih karbohidrat glisemik rendah, yang lambat dicerna oleh tubuh. Kacang-kacangan, ubi keledek, oat, dan beras perang semuanya merupakan karbohidrat glisemik rendah yang akan menyediakan tubuh dengan bekalan tenaga yang berpanjangan.


3. Kekal Hidrat dengan Air dan Elektrolit


Tanda pertama kita sedang mengalami dehidrasi adalah berasa letih dan penat. Jika kita tidak cukup minum air, tahap tenaga kita berkurangan dan kita menjadi letih. Ini kerana yang terkandung dalam badan kita kebanyakannya adalah air. Bila ada penurunan sedikit paras air pun boleh mempengaruhi metabolisma kita.

Jadi, pastikan kita minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh kita bergantung pada saiz badan kita. Formula yang biasa digunakan untuk kira keperluan air oleh tubuh badan adalah :

Setiap 25kg (berat badan) = 1 liter air.
Jadi, jika berat badan 50kg, air yang diperlukan sekurang-kurangnya 2 liter.

Disyorkan juga untuk minum lebih banyak air dari keperluan jika kuat bersukan, mengandung, menyusukan anak atau tidak sihat (sedang melawan penyakit).

Bagi yang kerap melakukan aktiviti yang agak intensif, dicadangkan untuk mengambil minuman yang boleh menggantikan elektrolit yang hilang semasa berpeluh. Contohnya air kelapa dan minuman sukan. Untuk minuman sukan, buat pilihan yang bijak kerana kebanyakan minuman sukan tinggi kandungan gula dan aditif. 


4. Vitamin B


Juga dikenali sebagai "vitamin tenaga," B12 adalah yang paling kompleks dari semua vitamin. Ia menyokong fungsi tiroid dan memastikan sel-sel darah menjadi sihat. Sekiranya kita kekurangan vitamin B12, salah satu tanda pertama boleh jadi penurunan tahap tenaga.

Oleh kerana ia adalah vitamin larut air, badan kita tidak boleh menyimpan lebih banyak B12 dan kita perlu mendapatkan vitamin tersebut dari makanan yang kita makan atau suplemen. Makanan yang kaya dengan vitamin B12 termasuk hati lembu, sardin, mackerel, salmon, telur dan keju cottage.


5. Tingkatkan Pengambilan Magnesium


Makan makanan yang seimbang boleh membantu memastikan keperluan vitamin dan mineral kita dipenuhi. Tetapi jika kita masih mendapati diri berasa letih dan penat, kita mungkin mempunyai sedikit kekurangan magnesium.

Menurut Samantha Heller, pakar nutrisi dari New York University, mineral ini diperlukan untuk 300 reaksi biokimia dalam badan termasuk pemecahan glukosa kepada tenaga. Jadi, bila paras magnesium mengalami sedikit penurunan , tenaga juga akan menurun.

Pengambilan magnesium harian yang disyorkan adalah sekitar 300 miligram untuk wanita dan 350 miligram untuk lelaki. Untuk pastikan pengambilan harian kita cukup, kita boleh:
  • Tambah badam, hazelnut atau gajus ke dalam diet harian anda.
  • Meningkatkan pengambilan bijirin, terutamanya bijirin bran.
  • Makan lebih banyak ikan, terutamanya halibut.


6. Teh herba


Kopi bukanlah satu-satunya pilihan apabila kita inginkan tenaga segera. Menghirup teh herba dapat memberikan rangsangan sementara secara semula jadi dalam tahap tenaga tanpa risiko perangsang menakutkan atau bahan-bahan yang diproses.

Dua pilihan yang menarik ialah teh hijau dan teh rooibos. Teh hijau mempunyai banyak manfaat untuk tubuh kita seperti anti-penuaan dan memerangi radikal bebas. Ia sarat dengan catechin, antioksidan yang membantu melawan kerosakan di dalam sel badan. Teh hijau matcha adalah pilihan terbaik.

Teh Rooibos adalah sejenis teh yang akan melawan keletihan. Dibuat dari tumbuhan 'red bush' Afrika Selatan, teh merah yang menyegarkan ini dipenuhi dengan antioksidan termasuk aspalatin, antioksidan yang mengatur hormon adrenal, membantu mengurangkan tekanan dan mengekalkan tahap tenaga yang tinggi.



7. Minyak Essential Peppermint


Jika inginkan cara mudah untuk merangsang minda dan meningkatkan fokus, minyak peppermint mungkin pilihan terbaik. Digunakan secara umum dalam aromaterapi, minyak penting yang menyegarkan ini meningkatkan oksigen ke otak, yang meningkatkan fokus dan merangsang minda.

Cubalah beberapa titisan pada pergelangan tangan apabila mendapati tenaga kita mula merosot. boleh juga tambahkan beberapa titik dalam air mandian untuk mendapatkan rangsangan tenaga pagi, atau tambah beberapa titisan dalam 'diffuser' stim untuk mendapatkan manfaatnya sepanjang hari.


8. Bersenam Setiap Hari


Menggabungkan senaman ke dalam rutin harian kita sebenarnya akan meningkatkan tahap tenaga. Bakar kalori dan terlibat dalam aktiviti fizikal menghantar oksigen dan nutrien ke sel badan kita, membantu jantung dan paru-paru bekerja lebih cekap dan meningkatkan tahap tenaga.

Tak perlu bersusah dengan melakukan maraton untuk mendapatkan faedah, dengan hanya lakukan senaman ringan yang kita sukai juga boleh mendatangkan tenaga juga.


9. Tambah Tenaga Dengan Supplemen Semulajadi.


Pengambilan supplemen yang betul juga boleh bantu tingkatkan tenaga kita. Dalam Shaklee, ada beberapa supplemen yang boleh bantu beri tenaga segera dan juga berpanjangan agar kita kekal cergas sepanjang hari, ia termasuk ;

Energizing Soy Proteinmenyediakan sumber protein terbaik untuk tubuh badan. Dihasilkan dari non-gmo kacang soya yang bantu bekalkan tenaga berterusan untuk tubuh kita.


B Complexmenyediakan kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang membantu meningkatkan mood dan tenaga kita.

Performance Drinks - Minuman berperisa oren ini mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh badan dan mampu mengatasi masalah cepat haus. Ia mudah diserap dan sekaligus menstabilkan kadar gula dalam darah dan impaknya badan jadi lebih cergas dan kurang penat.

Cinch Energy Tea Mix - Ia adalah campuran 4 jenis teh iaitu teh eksotik putih dan merah, teh matcha hijau dan teh rooibos merah. Gabungan ini menghasilkan minuman teh yang dapat merangsang tenaga secara semulajadi. Ia juga ditambah dengan taurina yang dapat bantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.


Ostematrix - membekalkan magnesium dan juga kalsium yang penting dalam menyokong pembentukan tulang yang sihat dan kuat.


Feedback Pengguna


Jom tonton video perkongsian dari wanita ini bagaimana beliau menyelesaikan masalah letih, lesu, lemah tenaga, mengantuk dan moody hanya dengan satu set basic energy booster; pastinya daripada Shaklee.



Jangan biarkan masalah keletihan membelenggu diri. Mulai dari sekarang dengan mengubah cara pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Dan tambah pengambilan suplemen dengan bijak. InshaaAllah, bukan sahaja badan kita akan jadi lebih bertenaga dan cergas, malah tahap kesihatan juga turut dapat tingkatkan. 

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top