6 Tips Atasi Letih Dan Lesu Semasa Hamil

Cepat letih dan penat adalah gejala biasa untuk ibu yang mengandung. Sesetengah wanita mungkin berasa letih sepanjang tempoh kehamilan mereka, manakala sesetengahnya mungkin langsung tak mengalami gejala ini.

Kebanyakan wanita akan berasa lebih letih dari biasa semasa mengandung. Gejala ini biasanya muncul di awal kehamilan (trimester pertama). Ia akan hilang semasa trimester kedua dan gejala ini akan datang kembali pada trimester ketiga.

Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk atasi letih dan lesu dan dapatkan kembali tenaga untuk berasa lebih baik walaupun sedang hamil. Saya akan kongsikan dalam entri ini.


Punca Keletihan Ketika Hamil


Semasa di awal kehamilan, tubuh badan anda bekerja sangat keras. Kebanyakan tenaga anda digunakan untuk membina plasenta, iaitu sistem sokongan hayat bayi anda. Tahap hormon dan metabolisme anda juga berubah dengan pantas, sementara kadar gula darah dan tekanan darah anda cenderung untuk menurun. Ini semua menyumbang kepada rasa keletihan yang berterusan.

Keletihan boleh jadi berpunca dari masalah anemia akibat kekurangan zat besi, yang biasa terjadi semasa kehamilan.
Kemurungan dan tekanan emosi juga boleh menyebabkan anda keletihan dan juga menghadapi masalah sukar untuk tidur.

Di hujung kehamilan, anda mungkin akan mula berasa letih lagi. Pada ketika ini, anda akan membawa berat tambahan dari bayi, mungkin mengalami masalah tidur, dan sering merasa kerap untuk buang air kecil lagi-lagi di waktu tidur malam. Ini juga boleh jadi penyebab kepada keletihan.


Tips Untuk Atasi Letih Dan Lesu Ketika Hamil


Berikut adalah 6 tips yang boleh bantu anda atasi masalah keletihan yang anda alami semasa hamil.

1. Dapatkan rehat yang secukupnya.


Pastikan setiap hari anda dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya lagi-lagi bila anda mula berasa penat. Cuba masuk tidur awal dan disyorkan untuk tidak minum air beberapa jam sebelum tidur supaya anda tidak terjaga-jaga di waktu malam untuk ke tandas di mana ini boleh mengganggu kualiti tidur anda.

Di siang hari, cuba tidur sebentar. Tidur sekejap dalam 15 minit sekurang-kurangnya dapat memberi perubahan yang besar. Tidur rehat selama lima belas minit boleh menyegarkan tubuh badan. Tubuh anda bekerja keras supaya bayi anda dapat tumbuh dan berkembang dengan baik, dan ini dapat mengurangkan tenaga tubuh anda. Jadi, pastikan anda mengambil beberapa minit berehat di meja kerja anda selepas makan tengahari, atau tidur sebentar selepas bekerja untuk mengisi semula tenaga yang hilang.

2. Banyakkan minum air


Anda boleh membantu meningkatkan tenaga tubuh anda dan melawan keletihan akibat kehamilan dengan mula meningkatkan pengambilan air anda. Ini kerana badan anda memerlukan penghidratan tambahan semasa kehamilan dan ramai orang tidak minum air yang mencukupi. Ingat!!! Jika anda haus, itu tanda anda sedang dihidrasi..

Kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana ia boleh menyebabkan badan anda kehilangan banyak air.

3. Amalkan pemakanan berkhasiat dan seimbang


Makan makanan berkhasiat akan menyokong tahap tenaga anda. Pastikan anda mendapat cukup zat besi, protein, dan kalori. Nutrien ini akan membantu mengurangkan gejala keletihan dengan mengekalkan tubuh anda (dan perut) supaya berasa penuh dan bertenaga.

Sekiranya anda mendapati anda merasa penat pada masa yang sama setiap hari, kurangkan kuantiti saiz setiap hidangan makanan anda dan ambil dengan lebih kerap. Cuba masukkan makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran berdaun, kacang-kacangan, biji-bijian, bijirin, dan daging, dalam setiap hidangan. Sertakan sekali buah-buahan segar dan sayur-sayuran, kerana kajian menunjukkan sitrus dapat membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik.

4. Lakukan senaman 


Walaupun anda mungkin merasa seperti tidak mempunyai tenaga untuk bersenam, tetapi jika anda boleh melakukan aktiviti sederhana, seperti berjalan kaki selama 30 minit, ini akan membuat anda berasa lebih bertenaga.

Senaman boleh bantu mengurangkan keletihan kerana senaman menyebabkan tubuh badan melepaskan endorphin. Lakukan senaman yang bermanfaat semasa hamil melainkan jika doktor anda nasihatkan sebaliknya.

5. Kurangkan pengambilan gula


Diet anda juga boleh disalahkan apabila anda mengalami keletihan yang berlebihan. Terlalu banyak gula halus dan tepung, digabungkan pula dengan pengambilan serat dan zat besi yang tidak mencukupi dapat membuatkan tubuh anda terasa lemah dan lembap. Gula halus boleh memberi anda tenaga yang cepat, tetapi ia juga hilang dengan kadar segera dan badan anda akan berasa lebih cepat penat. Sebaliknya cuba amalkan beberapa buah sitrus untuk snek.

6. Kurangkan beban kerja


Sekiranya komitmen atau aktiviti semasa anda terbukti terlalu banyak dan terbeban semasa kehamilan, anda mungkin perlu menyesuaikan jadual sementara anda untuk menjadi kurang sibuk.

Ini boleh termasuk mengurangkan waktu anda di tempat kerja, jika mungkin, atau meminta rakan dan keluarga untuk membantu anda dengan kerja rumah / tugas.

Semoga tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu hamil untuk berhadapan dengan masalah keletihan dan cepat penat semasa hamil.

Untuk tingkatkan kecergasan dan tenaga anda, selain amalkan pemakanan sihat,penting juga untuk anda mengambil vitamin untuk cukupkan keperluan nutrisi yang tubuh dan juga bayi anda perlukan.

Di sini saya kongsikan pengalaman seorang ibu yang mengambil Set Kehamilan Shaklee sepanjang tempoh kehamilan beliau..apa yang beliau rasa? Jom sama-sama kita tonton video ini.




Betul ke bagus Set Ibu Hamil atau Set Ibu Mengandung Shaklee ini?? Kalau tak betul, kenapa ramai sangat yang guna dan repeat order setiap kali hamil?? 
Mari kita dengar perkongsian dari ibu hamil yang telahpun menjadi Pengedar Shaklee kerana yakin dengan keberkesanan produk tersebut. 
Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak. 
Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain.  
Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan.  
Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil fullset Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim. 
Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga. 
Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg. 
Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya. 
Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan fullset Set Berpantang Shaklee pula. Inilah Shaklee Effect saya.

Tak dinafikan lagi Set Kehamilan Shaklee ini sangat best dan menarik..Dalam set tu lengkap dengan segala keperluan nutrisi untuk ibu hamil.

Saya sendiri juga adalah pengguna set kehamilan Shaklee semasa mengandungkan anak kedua..Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang kehamilan..bacaan hb okey, badan bertenaga, sembelit takde dan tak pernah langsung alami kaki kramp..anak pun lahir sihat walafiat dan bebas dari jaundis..


Untuk ibu-ibu yang selalu mengadu cepat penat dan letih, saya sangat syorkan anda untuk amalkan Set Kehamilan Shaklee ini..pasti tak menyesal..yang best lagi set ini boleh terus guna sampai berpantang dan sepanjang tempoh penyusuan anak..berbaloi sangat beli..



Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn 

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Memang letih bila kerja dan balik rumah buat kerja lagi

    ReplyDelete

Back
to top