Ciri-ciri Anak Hiperaktif/ADHD Dan Cara Kurangkan Gejalanya

Lumrah biasa bagi seorang kanak-kanak suka bermain, melasak, melompat-lompat dan menyepahkan mainan di sekitar ceruk rumah. Ini adalah sebahagian daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak cergas dan aktif yang sedang membesar.


Namun, ibu bapa perlu beri perhatian jika anak mula menunjukkan ciri-ciri terlampau aktif (hiperaktif), sukar untuk fokus, cuai, mudah terganggu, atau tidak boleh bermain atau melakukan sesuatu dalam keadaan senyap. Gejala ini biasanya merujuk kepada ADHD atau Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan.



Apa itu ADHD?


ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.

Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD. Dan kebanyakannya kanak-kanak lelaki yang mengalami ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.

Menurut Dr. Nor HamidahPerunding Psikiatrik Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, tidak diketahui punca sebenar berlaku ADHD, tetapi dipercayai ia mungkin ada kaitan dengan faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seorang bapa boleh mewariskan gejala ADHD kepada anak lelakinya.

Katanya, tidak mudah untuk mendiagnos kanak-kanak dengan gejala ADHD.  ''Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak perbezaannya. Bagi kanak-kanak nakal biasa, mereka masih boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku," ujarnya lagi.

Tanda Dan Gejala ADHD


Gejala utama ADHD adalah hiperaktif, tiada tumpuan dan impulsif. Perilaku ini adalah normal untuk kanak-kanak lain, tetapi untuk kanak-kanak dengan ADHD, perilaku ini sangat melampau dan mengganggu kehidupan seharian. 

Untuk seorang kanak-kanak itu didiagnos ADHD, kanak-kanak tersebut mesti mempunyai gejala selama sekurang-kurangnya 6 bulan dan kemunculan gejala boleh jadi pada sebarang usia sebelum 12 tahun.

Gejala-gejala ADHD termasuk :

1. Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti;

  • tak duduk diam dan lasak di kerusi
  • tak henti-henti bercakap
  • suka berlari ke sana ke sini
  • menyentuh atau bermain dengan apa sahaja benda yang dapat dicapai
  • tidak boleh duduk tetap semasa makan
  • sentiasa bergerak
  • sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap

2. Tiada tumpuan. Gejala ini biasanya kita terlepas pandang dan paling sukar untuk dikesan. Ciri-cirinya;

  • sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru.
  • mudah hilang fokus, terlepas perincian, lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
  • sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
  • cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
  • mengalami masalah menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
  • sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
  • tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya
  • selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
  • sukar  memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan payah menurut arahan

3. Impulsif. Iaitu sifat keburuan yang mempunyai ciri seperti;

  • sangat tidak sabar
  • menjawab soalan dengan gelojoh
  • komen tidak sopan
  • menunjukkan emosi tanpa tapisan
  • melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat
  • sukar menunggu perkara yang dihajati atau menunggu giliran ketika bermain
  • sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain.

Rawatan untuk ADHD


Dalam kebanyakan kes, rawatan ADHD melibatkan kombinasi ubat yang bertindak mengawal gejala dan perilaku terapi. Rawatan yang biasa termasuk ubat-ubatan seperti methylphenidate (Ritalin) atau dextroamphetamine (Dexedrine), yang merupakan perangsang yang mengurangkan impulsif dan hiperaktif dan juga meningkatkan perhatian.

Penting untuk dapatkan rawatan awal jika anak-anak kita menunjukkan beberapa gejala ADHD. Ini kerana jika ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka tanpa rawatan sepatutnya, kanak-kanak ADHD kemungkinan membesar sebagai seorang dewasa yang bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Omega 3 Bantu Kurangkan Gejala ADHD


Asid lemak Omega 3 adalah lemak penting yang tidak dihasilkan oleh badan. Jadi, kita perlu dapatkannya melalui pemakanan atau supplemen. Omega-3 adalah bahagian penting dalam membran sel dan juga penting dalam mengekalkan tahap kesihatan kerana ia mengurangkan keradangan, dan seterusnya merendahkan risiko penyakit kronik. Asid lemak ini juga sangat banyak didapati di otak dan berfungsi meningkatkan fungsi kognitif.


Bagaimana Omega 3 membantu pesakit ADHD?


Sekumpulan pakar percaya yang punca kepada ADHD disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Kekurangan dopamine, iaitu sejenis neurotransmitter yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara sel saraf otak dikatakan punca kepada gejala ADHD. Dopamine ialah bahan kimia otak yang mempunyai hubung kait yang kuat dengan gejala ADHD.

Dopamine memberi kesan kepada keupayaan kita untuk:
  • fokus
  • memberi perhatian
  • bermotivasi
  • menurut arahan dan menjalankan tugasan

Dopamine yang tidak mencukupi dalam otak boleh mengakibatkan berlakunya gejala ADHD. Jadi, untuk mengurangkan gejala ADHD, cara terbaik adalah meningkatkan paras Dopamine dalam otak.

Terdapat banyak cara untuk meningkatkan Dopamine dalam otak dan salah satunya pengambilan ubat perangsang, Adderall atau Ritalin yang biasanya dibekalkan oleh doktor kepada pesakit ADHD. Pengambilan protein dan bersenam juga boleh membantu meningkatkan paras Dopamine. Omega 3 juga boleh meningkatkan paras Dopamine dalam otak dan seterusnya mengurangkan gejala ADHD.

Terdapat beberapa kajian yang menyokong kesan pengambilan Omega 3 terhadap pesakit ADHD. Kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan oleh Neuropsychopharmacology mendapati supplemen Omega 3 membantu kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah ADHD. Dalam kajian tersebut, sekumpulan kanak-kanak lelaki, dengan masalah ADHD dan tidak mempunyai ADHD yang berusia antara 8-14 tahun, diberikan samada placebo atau 10 gram marjerin (mengandungi 650mg DHA/EPA) selama 16 minggu. 

Hasil dari kajian ini mendapati, kanak-kanak lelaki yang mengambil supplemen Omega 3 menunjukkan pengurangan dalam gejala ADHD. Menurut kajian itu, peningkatan dalam tumpuan dilihat pada kedua-dua kanak-kanak dengan ADHD dan tanpa ADHD, tetapi kesannya adalah yang paling ketara pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD.

Kajian lain mendapati bahawa kanak-kanak dengan ADHD mempunyai tahap asid lemak omega-3 yang lebih rendah dalam darah mereka, berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah ADHD.

Jadi, jika anak-anak mempunyai gejala ADHD, cuba ikhtiar dengan pengambilan pemakanan kaya dengan Omega 3 dan juga disarankan untuk mengambil supplemen minyak ikan bagi mencukupkan keperluan Omega 3 yang badan perlukan.

Pastikan juga pemilihan suplemen minyak ikan yang berkualiti dan tidak tercemar dengan merkuri dan bahan logam berbahaya..

OmegaGuard adalah pilihan terbaik dan berkualiti untuk bekalkan Omega-3 untuk anak anda. Ia mengandungi kepekatan DHA/EPA yang sangat tinggi dan bebas dari sebarang merkuri dan bahan logam.



Feedback Dari Pengguna



Rawat segera jika anak anda didapati mempunyai gejala ADHD. Ini kerana ia boleh menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

3 comments:

  1. kagum tgk parents yg sabar didik anak hyper active

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sebotol omegaguard RM136. Boleh hubungi sy di 012-9402603 utk dapatkan produk ni tuan.

      Delete

Back
to top