Tips Atasi Kemurungan Selepas Bersalin Untuk Cegah Dari Meroyan

Kelahiran cahaya mata adalah saat yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri lagi-lagi anak yang dilahirkan itu merupakan anak yang pertama. Namun, dianggarkan lebih dari separuh wanita mengalami tekanan emosi selepas bersalin yang sedikit sebanyak menjejaskan kebahagiaan yang dirasai.

Kebanyakan dari wanita mengalami gangguan emosi yang dipanggil 'baby blues' selepas bersalin. Gejala yang dirasai adalah seperti sering menangis, berasa tidak gembira, risau, ragu-ragu dan kepenatan. Gejala ini biasanya terjadi pada minggu pertama selepas bersalin dan akan pulih dengan sendirinya selepas 10 hari bersalin.



Apa yang merisaukan adalah terdapat segelintir wanita yang mengalami tekanan emosi yang lebih mendalam dan berpanjangan. Keadaan ini dipanggil kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Ada juga kes tetapi jarang berlaku iaitu psikosis selepas bersalin adalah gejala kemurungan yang lebih serius dan teruk yang turut dipanggil gila meroyan.

Apakah punca kepada gejala kemurungan ini? Bagaimana cara untuk elak dari gila meroyan? Saya akan kongsikan lebih lanjut dalam entri ini.


Gejala dan Punca Kemurungan Selepas Bersalin


Kadangkala agak sukar untuk membezakan di antara kemurungan dengan tekanan emosi dan kepenatan yang biasanya dialami oleh semua yang baru bergelar ibu. Tetapi, jika rasa resah, sedih dan kerisauan yang kita alami terlalu mendalam sehingga mengganggu urusan seharian seperti tidak mampu untuk menjaga diri sendiri dan orang lain, kita mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.

Gejala kemurungan selepas bersalin adalah gangguan psikologi serius yang memerlukan rawatan daripada doktor pakar untuk mengatasinya. Ianya boleh berlaku dalam beberapa bulan pertama selepas bersalin. Kemurungan ini juga boleh berlaku selepas wanita mengalami keguguran atau kelahiran mati.

Menurut Dr. Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Perunding dan Sakit Puan Hospital Pakar Regency, ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin akan berasa amat sedih, berputus asa, dan berasa tidak bernilai sehingga menyebabkan ibu ini menyendirikan dirinya daripada keluarga atau dijauhi dari ahli keluarga. Tambah beliau, ibu ini juga mempunyai masalah ikatan dengan bayinya, malah dia boleh berasa benci dengan bayinya sampai tahap ingin mencederakannnya.

Terdapat juga kes yang jarang berlaku iaitu kemurungan selepas bersalin yang melampau dan paling teruk dikenali juga sebagai psikosis selepas bersalin. Ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin akan mengalami halusinasi, pemikiran psikotik, khayalan dan pergolakan dalam diri yang boleh mendorong ibu terbabit untuk mencederakan diri, bayinya dan orang lain.

Punca kepada kemurungan selepas bersalin dipercayai adalah kombinasi beberapa faktor seperti perubahan hormon, persekitaran, emosi dan genetik yang semuanya di luar kawalan kita. Faktor lain yang boleh menyumbang kepada kemurungan selepas bersalin termasuk kepenatan fizikal selepas kelahiran, emosi yang berubah ketika menjadi ibu bapa buat pertama kali dan juga tidur yang tidak mencukupi.


Tips Atasi Kemurungan Selepas Bersalin


Adalah sangat penting untuk ibu-ibu yang mengalami tanda-tanda kemurungan selepas bersalin mendapatkan rawatan dari doktor pakar. Antara rawatan yang biasanya diberikan oleh doktor melibatkan ubat anti-depresent dan juga terapi percakapan seperti kaunseling atau terapi psiko.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh amalkan tips-tips berikut untuk bantu atasi dan kurangkan masalah kemurungan seterusnya cegah dari meroyan.

1. Buat persediaan psikologi. 


Pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa dengan mendapatkan informasi dari kawan-kawan, keluarga atau bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi. Dapatkan lebih informasi dan pengetahuan tentang penjagaan bayi, penyusuan, masalah yang bakal dihadapi selepas kelahiran dan juga perubahan diri yang bakal dialami. Persediaan ini bantu mengurangkan tekanan kerana ibu dapat mengawal keadaannya jika menghadapi kesukaran dan emosi akan lebih terkawal.


2. Pastikan mendapat bantuan dari keluarga. 


Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami dan ahli keluarga yang lain jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara semasa dalam proses penjagaan selepas bersalin. Ini dapat bantu mengurangkan bebanan dan tekanan pada ibu lepas bersalin dan memberinya ruang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pada keluarga dan urusan hariannya dengan kehadiran bayi baru.


3. Dapatkan rehat yang cukup


Penting bagi ibu lepas bersalin untuk mendapatkan rehat yang mencukupi. Keletihan dan kepenatan melampau juga boleh membawa kepada tekanan emosi seterusnya kemurungan selepas bersalin. Memandangkan awal kelahiran, rutin tidur bayi masih belum tetap, cuba amalkan tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya mata tidak boleh terlelap, cukup sekadar berbaring atas katil tanpa memikirkan perkara yang boleh mendatangkan kebimbangan.


4. Lakukan senaman ringan


Senaman membantu kita berasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Hanya dengan berjalan-jalan di kawasan sekitar halaman pun sudah memadai.


5. Bersikap realistik


Semasa tempoh berpantang, kita sememangnya perlu mengambil berat tentang aspek kesihatan diri dan pada masa yang sama belajar teknik pengurusan bayi dengan betul. Namun, jangan sesekali bebankan diri dengan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting, kita perlu tanamkan rasa seronok dengan pengalaman menjadi seorang ibu.


6. Pengambilan diet yang betul


Pemakanan yang berkhasiat juga penting jika ingin kembali cergas selepas bersalin. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri kita dari menjadi letih dan tidak bertenaga. Ini seterusnya memberi kesan positif pada tahap emosi kita. Elakkan diri dari tidak makan untuk tempoh waktu yang lama. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah kita menurun.

Selain dari pemakanan, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan bagi menampung keperluan nutrisi ibu selepas bersalin. Nutrisi yang lengkap penting untuk ibu lepas bersalin bukan sahaja untuk membantu ibu-ibu kembali cergas malah bagus untuk penyembuhan dalaman yang lebih cepat dan juga menyokong kesihatan mental dan fizikal ibu.

Untuk dapatkan keperluan nutrisi yang lengkap selepas bersalin, saya sangat menyarankan ibu-ibu ambil Set berpantang dari Shaklee. Set ini terdiri daripada kombinasi kesemua vitamin dan mineral yang penting untuk ibu lepas bersalin seperti zat besi, vitamin B complex, Vitamin C, kalsium dan protein. Apa yang menarik, set ini juga menyokong keperluan nutrisi untuk ibu-ibu sepanjang tempoh penyusuan bayi. Info lanjut tentang set ini boleh klik -> Set Berpantang Terbaik Bantu Ibu Pulih Cepat.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu ibu-ibu dalam berhadapan dengan masalah kemurungan selepas bersalin. 

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top