Tulang belakang bengkok adalah keadaan di mana tulang belakang membengkok dan melengkung dari paksinya dan biasanya berbentuk S atau C. Keadaan ini juga dikenali sebagai skoliosis.
Masalah tulang belakang bengkok ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi, untuk kebanyakan kes, ia berlaku pada golongan kanak-kanak dari usia 10-12 tahun. Ketika usia ini, mereka sedang mengalami proses perkembangan tumbesaran yang cepat.
Individu dengan masalah tulang belakang bengkok biasanya melibatkan gejala yang ringan, tetapi sesetengah kanak-kanak mengalami kecacatan tulang belakang yang semakin teruk apabila mereka semakin membesar. Skoliosis yang teruk boleh menyebabkan risiko lumpuh. Selain itu, lengkungan tulang belakang yang teruk boleh mengurangkan jumlah ruang dada, menyebabkan paru-paru sukar untuk berfungsi dengan baik.
Untuk masalah tulang belakang bengkok, rawatan awal adalah sangat penting untuk elak ia menjadi bertambah kronik. Pendekatan semulajadi dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat dan pengambilan supplemen antara ikhtiar berkesan untuk merawat scoliosis sebelum ia jadi bertambah kronik.
Apakah Punca Tulang Belakang Bengkok?
Selalunya, tidak diketahui apakah punca sebenar terjadinya skoliosis. Jenis ini dikenali sebagai Skoliosis Idiopatik. Pesakit skoliosis jenis ini terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa serta lebih kerap berlaku dalam kalangan perempuan berbanding lelaki dengan nisbah lapan berbanding satu.
Jenis skoliosis yang lain adalah :
● Skoliosis Kongenital - Jenis skoliosis ini wujud sejak lahir. Ia berlaku apabila tulang rusuk atau tulang tulang belakang bayi tidak terbentuk dengan betul.
● Skoliosis Neuromuscular - Jenis ini disebabkan oleh masalah sistem saraf yang menjejaskan otot. Masalah boleh melibatkan cerebral palsy, distrofi otot, spina bifida, dan polio.
Tanda-tanda masalah skoliosis biasanya muncul semasa zaman remaja, terutamanya semasa pertumbuhan pesat iaitu sekitar masa akil baligh, tetapi orang dewasa yang berusia yang mempunyai sakit belakang boleh didiagnosis dengan scoliosis buat kali pertama juga.
Sesetengah gejala dan tanda yang dialami oleh individu yang mempunyai scoliosis termasuk:
● Sakit di belakang (hampir 90 peratus daripada pesakit scoliosis melaporkan berasa sakit, ini yang menjadi kebimbangan paling utama untuk ramai pesakit)
Rawatan Untuk Masalah Tulang Belakang Bengkok
Sebagai pelengkap kepada rawatan skoliosis, anda juga boleh gunakan pendekatan semulajadi dengan pengambilan diet yang padat dengan nutrien dan juga di bantu dengan pengambilan suplemen. Scoliosis tidak boleh disembuhkan, tetapi ia boleh dikawal.
Untuk pesakit skoliosis, mereka disarankan untuk mengamalkan diet yang padat dengan nutrien. Apakah maksud diet padat dengan nutrien? Maksudnya kurangkan atau elakkan makanan yang diproses, banyakkan pelbagai buah-buahan dan sayuran segar, kurangkan pengambilan gula serta ambil makanan probiotik dan suplemen. Ini dapat bantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mengurangkan kerosakan tisu di tulang belakang.
Bagaimana suplemen Shaklee boleh bantu?
Selain dari mengubah diet dengan menambah lebih banyak nutrien serta kompaun antioksidan dan anti radang, pengambilan suplemen dapat bantu mencukupkan keperluan nutrien yang badan perlukan.
Antara suplemen Shaklee yang dapat bantu mengurangkan simptom Scoliosis termasuk :
1. Vivix : kaya dengan antioksidan dan bersifat anti-radang yang dapat bantu merawat Scoliosis. Bahan aktif dalam Vivix boleh bantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Selain itu, ia dapat bantu memelihara sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas.
2. Ostematrix : mengandungi Vitamin D yang sangat penting pertumbuhan, perkembangan dan mengekalkan kepadatan tulang. Ia juga mengandungi magnesium yang penting untuk kesihatan otot, tulang dan tulang belakang.
3. Collagen Powder : bekalkan kolagen yang berkualiti untuk menyokong kesihatan tulang belakang. Colagen powder shaklee diperbuat daripada bahan premium iaitu sisik ikan merah. Ia mempunyai saiz yang sangat kecil dan mudah diserap oleh badan.
4. OmegaGuard : mengandungi asid lemak Omega 3 yang boleh bantu mengurangkan keradangan pada tulang belakang. Ia boleh bantu mengurangkan sakit belakang yang mungkin dialami oleh pesakit Scoliosis.
Feedback Pengguna
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
0 comments:
Post a Comment