Cara Mengatasi Masalah Jerawat Teruk Dengan Berkesan

Masalah jerawat biasa dialami oleh golongan remaja. Tetapi, orang dewasa pun tak terkecuali.

Bila wujud jerawat di muka, mulalah kita rasa stress. Betul tak? Lagi-lagi kalau jerawat keluar dengan banyak dan bernanah. Naik segan jadinya dan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Jadi, dalam entri kali ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat dengan berkesan.



Punca Terjadinya Jerawat


Jerawat yang ringan hinggalah pada tahap yang teruk, semuanya bermula dengan cara yang sama iaitu bermula dengan kelenjar minyak (kelenjar sebum) dalam kulit yang mengeluarkan bahan berminyak (sebum) ke dalam folikel rambut. 

Sebum melincirkan rambut dan kulit, tetapi jika sebum dihasilkan secara berlebihan, ia boleh menghalang liang roma kulit dan memerangkap sel kulit mati. Liang roma yang tersumbat kemudian akan menjadi comedone tertutup (whitehead) atau comedone terbuka (blackhead). Jika bakteria memasuki comedone, kulit akan meradang dan terhasilnya jerawat.

Kebiasaannya, jerawat timbul semasa zaman remaja dan ia terjadi disebabkan oleh perubahan hormon. Perubahan pada hormon merangsang kelenjar sebum untuk tingkatkan pengeluaran sebum. Jerawat juga boleh terjadi pertama kali ketika dewasa dan ia boleh jadi berpunca dari 
  • kecenderungan genetik
  • perubahan hormon (terutamanya berkaitan dengan menstruasi atau paras testosterone yang tinggi)
  • penggunaan sesetengah ubat seperti lithium, corticosteroids, pil kontraseptif, phenytoin
  • Reaksi terhadap sesetengah produk kosmetik


Tips Atasi Masalah Jerawat


Berikut antara tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan masalah jerawat dan mencegahnya jadi bertambah kronik.

1. Gunakan sabun lembut apabila mencuci muka. Digalakkan juga basuh rambut dengan kerap.

2. Elakkan penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak, di mana ia boleh menyumbatkan liang roma. Dan elakkan juga produk kosmetik yang mengandungi lanolin, isoprophyl myristate, sodium lauryl sulfate, laureth-4, D&C red eyes.

3. Elakkan memicit jerawat. Ia boleh meningkatkan risiko keradangan dengan menyebabkan kulit pecah dan bakteria boleh memasukinya. 

4. Amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi 4 hingga 5 hidangan sayuran hijau (klorofil sangat bagus untuk kulit) dan juga banyakkan makanan berserat.

5. Banyakkan ambil buah-buahan. Buah-buahan sangat bagus untuk kulit disebabkan oleh vitamin dan kandungan air didalamnya.

6. Banyakkan makanan kaya dengan zink seperti kerangan, kacang soya, biji bunga matahari dan gandum. Zink adalah ejen antibakteria dan elemen penting dalam penghasilan kelenjar minyak kulit. Diet yang rendah zink boleh menggalakan jerawat.

7. Cuba elakkan produk tenusu dalam diet harian untuk tempoh sebulan. Jerawat mungkin terjadi disebabkan oleh reaksi alergi terhadap produk tenusu dan lemak yang terkandung dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi keadaan. 

Produk tenusu masa kini selalunya mengandungi hormon dan steroid yang boleh mengganggu keseimbangan hormon semulajadi dalam badan.

8. Kawal stress sebaiknya. Stress menggalakkan perubahan hormon dan menyebabkan jerawat naik. Kebanyakan pakar dermatologi juga mencadangkan 15 minit di bawah cahaya matahari, bersenam dan dapatkan tidur yang berkualiti untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

Video - Produk Berkesan Atasi Masalah Jerawat Dengan Cepat Dan Selamat





Atasi Jerawat Dengan Kaedah Nutrisi



Rasanya ramai pernah dengar ungkapan 'beri makan pada kulit anda' dan inilah apa yang boleh dilakukan oleh supplemen semulajadi. 

Selain dari pemakanan harian, supplemen boleh bantu menyokong keperluan nutrien penting untuk kesihatan kulit kita. Antara nutrien yang penting untuk kulit seperti Vitamin A, C, E dan B complex, zink, asid lemak Omega-3 dan klorofil.

Dalam Shaklee, ada beberapa supplemen yang boleh bantu atasi masalah jerawat, iaitu :

Sustained Release Vitamin C - bekalkan vitamin C yang menggalakkan fungsi imun dan mengurangkan keradangan. Vitamin C juga diperlukan untuk perbaiki kolagen untuk tisu kulit.

Vita E Complex - berfungsi sebagai antioksidan yang meningkatkan pemulihan dan pembaikan tisu. Ia juga bantu memudarkan parut jerawat.

Energizing Soy Protein - bekalkan protein yang merupakan makanan kepada sel. Ia membantu perbaiki sel-sel kulit yang rosak dan menggantikannya dengan sel baru yang sihat. Ia juga bantu memudarkan parut jerawat.

GLA Complex - berfungsi memperbaiki masalah hormon yang menjadi punca utama kepada masalah jerawat.

Garlic Complex - berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang memusnahkan bakteria dan meningkatkan fungsi imun.

Alfalfa Complex - mengandungi klorofil yang membantu dalam pencucian darah dan mencegah jangkitan.

Feedback Dari Pengguna


Testimoni daripada ibu muda beranak satu tentang pengalaman beliau mengatasi masalah jerawat batu dan period tidak teratur dengan suplemen Shaklee; GLA Complex. Beliau telah pun mengamalkan suplemen ini daripada zaman anak dara sehinggalah sekarang. Jom lihat video ini.


Antara feedback dari pengguna lain







Kalau dah cuba berbagai produk, tetapi masih lagi tak membantu mengatasi masalah jerawat, apakata cuba merawat masalah jerawat dari dalam pula dengan set vitamin Shaklee ini. 

Apa yang menarik tentang set ini, ia bukan sahaja membantu mengatasi masalah jerawat malah dapat bantu tingkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berbaloi untuk mencuba. 

Jangan tunggu lagi. Jom order sekarang vitamin penting untuk kesihatan kulit ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top