Motivasi : Kisah Si Penjual Tauhu

Assalamualaikum semua.

Dalam entri kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah motivasi yang menarik dan menyentuh hati. Semoga kisah ini dapat membuka minda dan menaikkan lagi semangat dan motivasi kepada semua.



Kisah Penjual Tauhu.


Ada sorang peniaga tauhu yang setiap hari dia pergi jual tauhu dia kat pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.

Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual.

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya untuk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah tersebut.

Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis.

Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai mcm ni sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yang disewanya setiap hari pada pagi tu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan penyek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yang rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Terus peniaga itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu.

Apa Pengajaran Yang Kita Boleh Ambil Dari Kisah Ini?


Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.

Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh jugak, apalagi mengutuk!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Jom semua kita muhasabah diri..Jangan pernah lupa, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Jika apa yang kita inginkan tidak dapat kita capai, atau berlaku sebarang ujian dan dugaan dalam hidup kita, percayalah ada hikmah disebalik semuanya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.



Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top