Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil? Ada Cara Untuk Atasinya

Tekanan darah tinggi antara masalah kesihatan yang biasa dialami oleh sesetengah ibu hamil ketika usia kandungan mereka memasuki trimester kedua. Ibu hamil yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi memerlukan pemerhatian khas dan rapi memandangkan jika ia tidak dikawal boleh merisikokan ibu dan juga bayi dalam kandungan.




Kebiasaannya, ibu hamil didiagnos mempunyai tekanan darah tinggi apabila bacaan tekanan darah mereka mencecah 140/90mmHg dalam dua keadaan atau dua masa berbeza. Sebaik sahaja didiagnos mempunyai masalah tekanan darah, ibu seharusnya mula mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan, tekanan emosi dan fizikal dan juga bersenam. Dengan ini, kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan akan lebih terjamin.

Risiko Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil


Ibu hamil sangat perlu menjaga kesihatan mereka lagi-lagi apabila disahkan mempunyai tekanan darah tinggi. Mengapa tekanan darah tinggi ini suatu masalah kepada ibu hamil? Ini kerana tekanan  darah tinggi menimbulkan pelbagai risiko komplikasi kepada ibu dan bayi, iaitu :

1. Kurang pengaliran darah ke placenta. 

Apabila kurangnya aliran darah ke placenta, bayi dalam kandungan mungkin akan kekurangan oksigen dan nutrisi. Ini boleh menyebabkan perkembangan bayi terbantut, berat badan bayi rendah atau kelahiran bayi pramatang.

2. Placenta Abruption. 

Tekanan darah tinggi ketika hujung kehamilan boleh menyebabkan aliran darah ke placenta berkurang sehingga placenta boleh tercabut dari lapisan dinding rahim sebelum kelahiran. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.

3. Kelahiran pramatang. 

Kadangkala, kelahiran awal sebelum waktunya diperlukan untuk mencegah komplikasi yang boleh mengancam nyawa ibu akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Ini kerana selepas kelahiran bayi barulah tekanan ibu akan kembali normal.

4. Risiko penyakit kardiovaskular. 

Mempunyai praeklampsia (mengalami tekanan darah tinggi dan mempunyai protein dalam air kencing) meningkatkan risiko ibu terhadap penyakit jantung dan kardiovaskular pada masa hadapan. Risiko lebih tinggi jika ibu pernah alami praeklampsia lebih dari sekali dan pernah mempunyai kelahiran pramatang. Untuk merendahkan risiko ini, selepas bersalin cuba untuk kekalkan berat badan, makan banyak sayur dan buah, bersenam dan jangan merokok.

Cara mengawal tekanan darah semasa hamil


1. Kawal pengambilan garam

Sebaiknya kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Hadkan pengambilan garam kepada 1.5 gram setiap hari didapati dapat mengurangkan tekanan darah. Elakkan makanan yang diproses, makanan segera dan sesetengah minuman sukan yang tinggi kandungan garam.

2. Amalkan pemakanan yang seimbang

Banyakkan pengambilan sayuran dan buahan seperti epal, asparagus, pisang, brokoli, terung, prune, pis, kismis dan keledek. Buahan dan sayuran menyebabkan pelepasan hormon yang membuka saluran darah. Ini dapat bantu merendahkan tekanan darah ibu hamil.

Disyorkan juga ibu hamil untuk mengambil minuman jus dalam diet harian. Jus yang baik untuk kesihatan termasuk beet, lobak merah, saderi, kranberi, buahan sitrus, parsley, bayam dan tembikai. Seeloknya jangan ditambah gula dalam jus tersebut.

3. Bersenam

Lakukan senaman ringan seperti berjalan perlahan sekurangnya 15-30 minit sebanyak 3-4 kali sehari.

Senaman dapat menguatkan jantung dan sistem kardiovaskular yang membolehkan badan mengepam darah dengan lebih efisyen.

4. Kawal tekanan emosi

Tekanan emosi boleh meningkatkan tekanan darah kerana ia boleh menyebabkan saluran arteri untuk terjerut.

Disyorkan ibu hamil untuk belajar teknik menenangkan diri seperti senaman pernafasan dan yoga untuk merendahkan tahap tekanan seterusnya stabilkan tekanan darah.

5. Amalkan supplemen yang bantu merendahkan tekanan darah

Pemakanan sahaja tidak cukup untuk bekalkan nutrisi yang ibu hamil perlukan. Jadi, bila ibu hamil kekurangan nutrisi, mereka mudah jadi penat dan letih sehingga mengganggu tekanan darah.

Supplemen yang boleh bantu merendahkan tekanan darah :

- kalsium dan magnesium

Ibu hamil memerlukan kedua-dua mineral ini untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat. Selain itu, mineral ini juga membantu mengawal tekanan darah. Magnesium berfungsi mengawal pengecutan salur darah dan mengelakkan salur darah menyempit.

Untuk penyerapan yang efektif, kalsium dan magnesium saling memerlukan satu sama lain. Gandingan kedua mineral ini juga membantu meringankan stress dan depresi, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lena dan meringankan sakit kepala.

-  Asid lemak Omega 3

Omega 3 berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu melicinkan perjalanan darah. Ini seterusnya dapat menurunkan tekanan darah. Asid lemak ini juga mengelakkan pembentukan darah beku dan merendahkan paras kolestrol yang turut menjadi punca tekanan darah tinggi.

Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi untuk dapatkannya adalah melalui sumber pemakanan dan juga supplemen.

Shaklee mempunyai produk yang membekalkan asid lemak Omega 3, kalsium dan magnesium. Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah tinggi, boleh cuba amalkan supplemen ini.


Semoga tips yang dikongsikan dapat bantu ibu-ibu di luar sana untuk mengawal tekanan darah dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top