Cara Cepat Hilangkan Parut Chickenpox Di Muka Dan Badan

Kalau sebut chickenpox, pasti kita semua akan kaitkan dengan kanak-kanak. Ya, chickenpox atau dipanggil cacar air biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak terutamanya yang berusia bawah 10 tahun. Tetapi, jangan ingat orang dewasa bebas dari jangkitan ini. Sebabnya, jangkitan chickenpox boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa kira usia.

Chickenpox bukanlah suatu penyakit yang serius, terutamanya pada kanak-kanak, tetapi ia boleh jadi lebih serius dan teruk pada orang dewasa, khususnya lelaki. Untuk sesetengah orang, chicken pox akan meninggalkan kesan parut yang buruk pada seluruh badan setelah mereka sembuh dari jangkitan. Ada cara cepat untuk hilangkan kesan parut tersebut. Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.



Apa itu chickenpox?


Chickenpox adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus varicella, dan ia menyebabkan ruam gatal tumbuh di seluruh badan. Virus ini juga adalah penyebab kepada jangkitan kayap. Penyakit chickenpox sangat mudah merebak. Individu yang ada sentuhan langsung dengan mereka yang telah dijangkiti, akan mendapat jangkitan ini.

Menurut Healthline, jangkitan Chickenpox akan berada dalam tubuh badan anda selama 7 hingga 21 hari sebelum gejala ruam dan yang lain-lain berkembang. Anda mula menjangkiti orang di sekeliling 48 jam sebelum ruam gatal mula berlaku.

Gejala-gejala lain chickenpox adalah demam, sakit kepala dan hilang selera makan. Satu atau dua hari selepas mengalami gejala-gejala ini, barulah ruam-ruam gatal akan naik di badan bermula di muka dan kulit kepala sebelum merebak ke bahagian dada dan perut dan kemudiannya ke tangan dan bahagian kaki. Ruam ini akan bertukar kepada gelembung air dan akhirnya akan kering dan menjadi kudis.

Adalah sangat penting untuk tidak menggaru kawasan kudis tersebut kerana sekiranya digaru ia boleh mendapat jangkitan dan akan meninggalkan kesan parut. Tetapi, bukan mudah untuk tidak menggaru lebih-lebih lagi bila rasa gatal-gatal di bahagian kudis tersebut. Jadi, anda mungkin boleh lakukan perkara berikut :

  • pastikan kuku tangan anda pendek untuk mengurangkan kerosakan akibat menggaru.
  • Pakai kain kapas halus yang tidak akan menambah kerengsaan pada kulit anda.
  • Untuk melegakan gatal-gatal, sapu losyen calamine dengan menggunakan bulu kapas (cotton wool) ke kawasan dijangkiti.

Rawatan Chickenpox



Chickenpox berlarutan dalam 7 hingga 14 hari. Losyen calamine dan mandian oatmeal dapat membantu mengurangkan gatal-gatal. Acetaminophen pula boleh digunakan untuk merawat demam.

Kadang-kadang penyakit chickenpox boleh menyebabkan masalah yang serius. Orang dewasa, bayi, remaja, wanita hamil, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah cenderung untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan chickenpox. Mereka mungkin perlu mengambil ubat-ubatan antiviral untuk mengurangkan risiko tersebut.


Petua Hilangkan Parut Chickenpox


Berikut antara petua yang boleh anda amalkan untuk hilangkan parut chickenpox.

1. Gunakan gel lidah buaya. Dikatakan lidah buaya boleh mengurangkan kemerahan dan keradangan pada parut dan seterusnya membantu memudarkan parut tersebut.

2. Sapu madu pada parut chickenpox. Madu adalah rawatan Ayurveda semulajadi untuk parut chickenpox di mana ia boleh membantu memudarkan kesan parut. Menurut Ayurvedic Medicine, madu dapat membantu menyembuhkan parut dalam masa tiga hari.

3. Sapu minyak vitamin E pada kawasan parut. Vitamin E sangat bagus untuk kesihatan kulit dan menggalakkan penyembuhan parut yang lebih cepat. Sapuan yang kerap boleh bantu memudarkan parut.

4. Cocoa butter adalah rawatan yang sering digunakan untuk masalah kulit. Sapukan cocoa butter beberapa kali seminggu untuk memudarkan parut dan bintik-bintik chickenpox.

5. Amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti Vitamin C, E dan protein untuk membantu pemulihan parut dari dalaman.




Cara Cepat Hilangkan Parut Chickenpox Di Muka dan Badan


Tubuh kita memerlukan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. Jadi, untuk hilangkan parut chickenpox dengan cepat, cara terbaik adalah kita bantu berikan nutrien asas penting yang tubuh perlukan untuk percepatkan proses pemulihan dan penggantian sel-sel kulit baru yang sihat. Antara suplemen yang boleh bantu hilangkan parut chickenpox dengan cepat:

Protein 


Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Jadi, pengambilan protein yang mencukupi boleh bantu percepatkan pembaikan dan pembaharuan sel kulit. Kesannya parut chickenpox akan pudar dan hilang dengan cepat.



Dicadangkan ambil ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder. Protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi yang bekalkan 14g protein bagi setiap hidangan.


Vitamin E


Vitamin E membantu memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah kepada radikal bebas agar tidak rosak. Ia juga membantu memperbaiki tekstur kulit, tona kulit yang tidak sekata, mengelakkan penuaan awal dan membantu memudarkan parut.



Disarankan ambil Vita-E Complex yang bantu bekalkan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.


Vitamin C


Vitamin C penting untuk pertumbuhan tisu, membantu membaikpulih, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Ia juga menjadikan tona kulit lebih sekata dan mencerahkan keseluruhan kulit secara semulajadi.



Dicadangkan ambil Sustained Release Vita-C Plus yang membekalkan 500mg vitamin C semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.  
Produk ini diformulasi dengan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran. 

Coenzyme Q10


Coenzyme Q10adalah nutrien penting dalam menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif. Ini dapat bantu percepatkan proses pembaikan sel kulit dan memudarkan parut dengan 
cepat.



Disarankan ambil CoQ-Trol Plus yang membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 



Jika anda ada masalah parut chickenpox, dan ingin hilangkannya dengan cepat dan berkesan jom amalkan semua suplemen ini dari sekarang! 

Hubungi saya segera! Klik je link ni - > Saya Nak Order Set Parut Chickenpox



Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : shikinsatiman

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

11 comments:

  1. Wahh.. Kulit boleh cantik balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tak susah pun..tapi kena sabar dan konsisten amalkan suplemen shaklee..

      Cara Kurangkan Protein Dalam Air KEncing

      Delete
  2. Wahh.. Kulit boleh cantik balik.

    ReplyDelete
  3. Chicken pox teruk kalau tinggal parut

    ReplyDelete
  4. Kena chicken pox masa form5..masa tu guna daun apa ntah..x tahu nama..hehe..nasib x banyak kat muka..

    ReplyDelete
  5. Yelah mmg berkesan ESP, vit C dan Vit E utk cantikkan kulit dan merawat parut. Paling penting juga kena konsisten.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Boleh hubungi saya di 012-9402603 utk details ttg harga ya..

      Delete
  7. Replies
    1. Memang bagus sis. Amalkan set ni bukan sahaja bantu hilangkan parut chickenpox, malah dapat bantu menambahbaik tahap kesihatan yang lain.

      Cara Kurangkan Sakit Tumit Tanpa Painkiller

      Delete

Back
to top