10 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Berpantang

Pemakanan yang seimbang ketika dalam pantang amat dititikberatkan. Ia penting untuk proses penyembuhan luka dalaman dan luaran lebih-lebih lagi yang bersalin Caeseraen. Proses penyembuhan luka memerlukan vitamin, zat dan protein yang cukup.

Jadi, semasa dalam pantang disarankan untuk mengambil makanan yang berserat dan bervitamin tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan berprotien tinggi seperti ayam dan ikan. Ia bukan sahaja untuk penyembuhan luka malah dapat mengembalikan tubuh sihat dan cergas.

Namun, perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan. Ada sesetengah makanan tidak elok diambil ketika dalam pantang. Ia boleh memberi kesan pada tubuh dan kesihatan ibu berpantang. Dalam entri ini saya kongsikan 10 makanan yang perlu dielak ketika berpantang.





10 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Berpantang

Berikut merupakan makanan yang perlu kita elakkan semasa dalam pantang supaya kesihatan dalaman kita tidak terjejas.

1. Sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin

Sayur-sayuran jenis ini boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. Contoh sayuran yang perlu dielak seperti kangkung, kacang buncis, kacang panjang, timun, pucuk ubi, petai, cili, brokoli, saderi, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis.

2. Sesetengah buah-buahan

Ketika dalam pantang, buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina. Kesemua buah-buahan ini boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot.

3. Ikan masin atau ikan kering

Selain ia tidak mempunyai sebarang khasiat, ikan jenis ini dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.

4. Ikan berbisa

Contoh ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang dan parang. Ikan-ikan ini dikhuatiri boleh menyebabkan bisa pada pintu rahim.

 5. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut

Kesemua jenis ikan ini boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan alahan. Ia juga boleh mengakibatkan luka pembedahan bernanah.

6. Ayam biasa

Dikenali juga sebagai ‘ayam bandar’ serta telur ayam perlu dielakkan sehingga selepas 44 hari berpantang.

7. Sesetengah jenis minuman

Air sejuk, air berais, air berkarbonat, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta air jus buah-buahan tidak boleh diambil sama sekali kerana ianya tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.

8. Teh

Minuman teh perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan angin dan kembung perut.

9. Makanan berlemak dan berminyak

Apa jua jenis makanan berlemak, berminyak dan berkolestrol tinggi tidak digalakkan untuk diambil semasa dalam pantang.

10. Daging lembu

Seeloknya, elakkan daging lembu sehingga selepas kira-kira dua minggu selepas bersalin.


Penting untuk ibu-ibu dalam pantang mengikut segala pantang larang dalam pemakanan yang telah ditetapkan. Ini kerana jika ibu-ibu melanggar pantang, kesihatan ibu boleh terjejas dan emosi pun akan turut sama terkesan.

Jadi, sila jaga betul-betul pemakanan kita semasa dalam pantang. Banyakkan makanan berkhasiat yang kaya dengan nutrien untuk pemulihan luka dan kesihatan yang lebih cepat. Disarankan juga ambil supplemen untuk memberi sokongan  nutrisi pada tubuh  badan. 

Untuk itu, ibu-ibu berpantang saya sarankan untuk amalkan Set Berpantang Shaklee.



Set ini adalah kombinasi beberapa jenis vitamin dan mineral yang boleh bantu :      
  •  Memulihkan kembali dalaman ibu yang berpantang
  •  Beri tenaga dan kecergasan kepada ibu berpantang
  •  Rangsang penghasilan susu badan yang pekat
  •  Elak dari alami sembelit
  •  Elak dari sakit-sakit badan
  •  Turunkan berat badan dengan cepat.

Di bawah ini video perkongsian dari pengguna Set Berpantang Shaklee. Jom ikuti pengalaman beliau sepanjang mengamalkan Set berpantang Shaklee semasa dalam pantang.




Jagalah sebaik-baiknya tubuh badan kita. Pastikan kita berpantang dengan betul agar kesihatan tubuh kembali ke tahap terbaik. Jika berminat untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee, boleh terus hubungi saya. Saya sedia untuk membantu anda.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

2 comments:

  1. stress yang ibu berpantang.. banyak makanan tak boleh makan

    ReplyDelete
  2. MakTang to be,thanks sharing yg menarik..dah lama tak berpantang ni..Fuhhh..

    Jom Jana Income Melalui Dropship Mudah

    ReplyDelete

Back
to top