Tanda-tanda Adhesion Colic Yang Sering Diabaikan

Adhesion colic adalah kesakitan pada bahagian abdomen akibat pembentukan tisu fibrous di antara tisu dan organ abdomen, dikenali juga sebagai lekatan. Lekatan ini biasanya terbentuk sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan selepas pembedahan/surgey. Lekatan ini boleh dibayangkan seperti parut kekal yang kelihatan pada kulit kita selepas sembuh dari luka. 

Pembentukan lekatan ini menyebabkan tisu dan organ abdomen (seperti usus) melekat antara satu sama lain. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut kronik berpanjangan dan komplikasi lain seperti masalah ketidaksuburan, kesukaran untuk buang air besar dan juga usus tersumbat. 




Punca Adhesion Colic


Faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami adhesion colic adalah menjalani pembedahan yang melibatkan tisu dalam rongga abdomen. Contoh pembedahan adalah seperti apendiks, Caesarean, kecederaan usus, pendarahan dalam usus, pembuangan sista ovari, pembedahan kandungan luar rahim dan sebagainya.

Ketika pembedahan, beberapa kawasan rongga perut akan turut mengalami kecederaan. Sel-sel yang terlibat dalam proses penyembuhan bertindak mengawal kecederaan dengan membentuk parut dari tisu fibrous untuk mengelakkan pendarahan dan sebagainya. Apabila proses penyembuhan ini menjadi terlampau (over-healing), lekatan berlaku antara tisu-tisu dalam rongga abdomen pesakit. Ini juga antara sebab kenapa tidak disarankan untuk amalkan gamat atau pati haruan dalam percepatkan penyembuhan selepas pembedahan kerana gamat dan pati haruan menggalakkan over-healing.

Ada juga yang mengalami adhesion colic bukan disebabkan oleh pembedahan. Ia berlaku disebabkan oleh keradangan akibat apendiks pecah, rawatan radiasi, jangkitan dan endometriosis.


Tanda-tanda Adhesion Colic


Tidak semua yang mengalami lekatan organ menunjukkan simptom adhesion colic. Hanya kira-kira satu pertiga dari mereka yang mempunyai lekatan organ mengalami tanda adhesion colic. Biasanya, pesakit akan alami: 

●  Sakit perut. Rasa kejang dan berdenyut-denyut

●  loya

●  Muntah

●  Kembung perut

●  Sukar buang air besar dan buang angin (kentut) akibat usus menyempit

●  peringkat kritikal, usus pecah (perforation)

Bagi pesakit yang alami muntah, kembung dan rasa sakit di bahagian abdomen dan kesemua simptom ini berlanjutan melebihi 12 jam, dinasihatkan segera lakukan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin petanda usus telah tersumbat tanpa disedari.

Untuk kes usus tersumbat sepenuhnya, makanan dan gas tidak boleh bergerak langsung dan keadaan ini dikira sebagai musibah kecemasan yang kemungkinan besar memerlukan rawatan pembedahan segera. Jika dibiarkan, usus boleh pecah dan membusuk di dalam abdomen, dan ianya boleh membawa maut.


Rawatan Untuk Adhesion Colic


Bagi pesakit yang telah didiagnos sebagai adhesion colic, doktor akan  berikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannnya seperti suntikan tramadol, morphine atau pethedine.

Untuk kes adhesion colic yang serius, pembedahan diperlukan untuk membuang atau meleraikan lekatan sebanyak mungkin. Ini sangat penting untuk mencegah komplikasi yang tidak diingini seperti usus tersumbat yang boleh mengancam nyawa.

Bagaimanapun, pembedahan meningkatkan lagi risiko lekatan lain. Jadi, pesakit seharusnya berbincang dengan doktor kaedah terbaik untuk merawat masalah adhesion colic yang dialaminya.


Ikhtiar Tangani Kesakitan Adhesion Colic Secara Semulajadi



Untuk mengurangkan kesakitan adhesion colic, ada cara semulajadi yang boleh dilakukan iaitu dengan pengambilan suplemen tertentu. Fungsi utama suplemen adalah membekalkan sokongan nutrisi pada tubuh supaya sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik dan bantu percepatkan pemulihan. Berikut adalah kombinasi supplemen yang sesuai untuk membantu pesakit adhesion colic;

1. Vivix - minuman botani yang kaya dengan polifenol tumbuhan. Polifenol adalah sejenis fitonutrien yang sangat tinggi antioksidan yang bertindak memelihara sel dari kerosakan radikal bebas dan juga membantu dalam pemulihan sel tubuh yang rosak dan abnormal.




2. Herblax - ramuan pelbagai herba yang membantu melancarkan proses penghadaman. Bermanfaat untuk pesakit adhesion colic yang menghadapi kesukaran untuk buang air besar.



3. Peppermint ginger - bantu membuang angin dalam badan, mengurangkan kembung perut dan rasa loya dan muntah.




Bagi yang sedang alami sakit perut teruk dan berpanjangan, segeralah lakukan pemeriksaan yang lengkap. Ini penting untuk membantu dalam mendiagnos masalah ini dengan lebih tepat.


Berminat untuk dapatkan suplemen ini, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top