Adakah anda cenderung untuk mudah lebam dan mempunyai masalah menghentikan luka pendarahan? Atau mungkin kerap mengalami hidung berdarah atau gusi berdarah? Jika ya, anda mungkin mempunyai masalah bacaan platelet yang rendah.
Mempunyai bacaan platelet yang rendah dikenali juga sebagai "thrombocytopenia". Ia boleh menyebabkan masalah dalam pembekuan darah yang normal kesan daripada kekurangan thrombocytes iaitu sel-sel darah yang tidak berwarna yang dihasilkan oleh sum-sum tulang.
Thrombocytes bertanggungjawab membantu dalam pembentukan darah beku dalam arteri / urat dan menghentikan pendarahan. Keadaan platelet yang rendah meletakkan seseorang pada risiko yang lebih tinggi untuk pendarahan dalaman atau masalah pembekuan darah lain dan juga masalah berkaitan saluran darah. Jadi, jika masalah ini tidak dirawat sebetulnya ianya boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.
Tanda-tanda dan Gejala Individu Dengan Bacaan Platelet Rendah
Tanda-tanda dan gejala yang biasanya dialami individu dengan masalah platelet yang rendah termasuklah:
- pendarahan dari luka tanpa henti untuk tempoh yang lama
- Mudah alami lebam atau lebam berlebihan (dipanggil Purpura, yang kelihatan sebagai tanda ungu, biru atau coklat di bawah kulit)
- Pendarahan di bawah kulit yang kelihatan sebagai ruam bintik kecil (petechiae), cenderung untuk berlaku di bahagian kaki
- Pendarahan gusi dan penyakit gusi (ini boleh berlaku semasa anda memberus gigi anda atau masa yang lain)
- mengalami hidung berdarah
- terdapat darah dalam air kencing atau najis (najis boleh kelihatan seperti darah merah atau warna hitam-kelabu gelap)
- Mempunyai aliran haid yang banyak
- Sering rasa letih dan penat
- Kerap alami sakit kepala
- Berlakunya pembesaran limpa, yang boleh menyebabkan kesakitan di bahagian perut
- Warna kuning pada kulit (jaundis)
Bagaimana Bacaan Platelet Menjadi Rendah?
11. Anemia aplastik: Apabila sum-sum tulang berhenti mengeluarkan sel-sel darah baru yang cukup, ia menyebabkan kiraan platelet yang rendah. keadaan ini dipanggil anemia aplastik.
Cara Mengatasi Masalah Platelet Darah Rendah
Bila anda telah disahkan mempunyai masalah platlet rendah, beberapa cara berikut dapat membantu menaikkan kembali bacaan platlet, mengawal simptom dan mencegah sebarang komplikasi penyakit.
1. Perbaiki diet anda
Kekurangan Vitamin B12 atau folat boleh menyebabkan platelet darah rendah. Jadi, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien ini. Sumber terbaik vitamin B12 termasuklah daging, hati ayam, salmon, tuna, yogurt dan ayam belanda manakala sumber folat termasuklah kacang. kacang merah, bayam, asparagus, avokado dan bit.
Selain daripada mendapatkan B12 dan folat yang mencukupi, tumpukan kepada diet yang seimbang untuk meningkatkan imuniti terhadap virus atau jangkitan dan membantu organ-organ anda menyahtoksik badan anda daripada sebarang bahan kimia. buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat penting bagi memenuhi keperluan nutrien anda, termasuklah sayur-sayuran berdaun, buah-buahan, herba segar dan rempah.
2. Kurang atau elak alkohol dan minuman bergula
Pengambilan alkohol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai bacaan platelet rendah kerana alkohol melambatkan pengeluaran platelet. Minuman bergula dan diproses juga disarankan untuk dikurangkan pengambilannya kerana ia cenderung untuk mempunyai banyak bahan kimia yang juga boleh mengganggu pengeluaran platelet normal.
3. Kurangkan terdedah kepada bahan kimia
Bahan kimia seperti racun perosak yang terdapat di dalam produk bukan organik, merkuri daripada makanan laut tertentu, arsenik dan benzena, boleh memperlahankan pengeluaran platelet. Tips untuk membantu anda mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya termasuk:
- beli sayuran, buahan dan makanan organik jika boleh
- gunakan produk pembersihan semula jadi dan produk kecantikan yang dibuat dengan minyak pati dan bukannya bahan-bahan sintetik
- cat rumah anda dengan cat 'low volatile'.
- tanam sendiri sayuran menggunakan baja organik
- elakkan pembakaran semburan kimia, wangian atau lilin
- gunakan bekas kaca atau seramik untuk menyimpan sisa makanan dan bukannya yang dibuat dengan plastik atau BPA aluminium toksin, dan jangan sesekali memanaskan makanan dalam plastik
- elakkan makan ikan besar yang tinggi merkuri (seperti tuna besar, jerung atau ikan todak), dapatkan tampalan merkuri atau tampalan amalgam pada gigi anda, atau gunakan termometer merkuri
4. Kurangkan atau hentikan pengambilan ubat tahan sakit
5. Ambil suplemen tertentu
- Vitamin D memainkan peranan penting dalam fungsi sel-sel stem hematopoietic dalam sum-sum tulang yang menghasilkan platelet, di samping dapat membantu mengawal penyakit autoimun. Sumber terbaik Vitamin D adalah dari cahaya matahari.
- Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah yang betul, mempunyai ciri-ciri anti-radang dan membantu mengawal gangguan pendarahan. Jadi banyakkan pengambilan makanan kaya dengan vitamin K.
- sayur-sayuran laut (klorofil / alga / rumpai laut) membantu mengikat logam berat, boleh meningkatkan imuniti dan membekalkan banyak nutrien untuk individu yang cenderung untuk mempunyai masalah platlet rendah.
6. Lindungi diri dari sebarang kecederaan atau jangkitan
Rawatan Dan Pencegahan Dengan Suplemen
Jom baca makanan yang terbaik untuk tingkatkan platlet darah.
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment