Ketahui Tanda-tanda Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Kelenjar tiroid mempengaruhi hampir keseluruhan proses metabolik dalam badan kita. Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid iaitu thyroxine (T4) dan triiodothyronine (T5) mengawal metabolisme, memberi kesan kepada kadar denyutan jantung, mengawal suhu badan, dan mengawal jumlah kalsium dalam darah. 





Masalah pada tiroid biasanya melibatkan pengeluaran hormon tiroid yang tidak normal. Terlalu banyak pengeluaran hormon tiroid dikenali sebagai hipertirodisme manakala pengeluaran hormon tiroid yang tidak mencukupi menyebabkan hipotirodisme. 

Walaupun kesan dari gangguan tiroid ini tidak selesa dan menyenangkan, masalah tiroid ini boleh diatasi dengan baik jika didiagnos dan dirawat dengan betul.



Apakah Punca Terjadinya Penyakit Tiroid?

Untuk kes hipertirodisme, penghasilan hormon tiroid lebih dari keperluan dan ini boleh terjadi dalam beberapa cara :
  • Grave's disease : penghasilan hormon tiroid yang terlalu banyak
  • Adenomas toksik : nodular mula terbentuk dalam kelenjar tiroid dan merembeskan hormon tiroid sehingga mengganggu keseimbangan kimia badan
  • subakut tyroditis : Keradangan tiroid yang menyebabkan kelenjar 'bocor' dan melepaskan lebihan hormon, menyebabkan berlakunya hipertirodisme sementara yang biasanya bertahan selama beberapa minggu dan mungkin berterusan selama beberapa bulan.
  • Kerosakan pada kelenjar pituitari atau ketumbuhan kanser pada kelenjar tiroid: walaupun jarang berlaku, tetapi ia boleh membawa kepada hipertirodisme

Sebaliknya, hipotirodisme berpunca daripada penghasilan hormon tiroid yang rendah. Memandangkan pengeluaran tenaga badan memerlukan jumlah tertentu hormon tiroid, penurunan dalam pengeluaran hormon membawa kepada penurunan paras tenaga. Punca hipotiroidisme termasuk:
  • Hashimoto's Tyroditis : Dalam kes penyakit autoimmune ini, antibodi badan menyerang tisu tiroid. Tisu tersebut akhirnya mati dan berhenti menghasilkan hormon
  • Pembuangan kelenjar tiroid: Tiroid mungkin telah dibuang melalui pembedahan atau dimusnahkan secara kimia.
  • Pendedahan kepada iodida yang berlebihan: ubat-ubatan selsema dan sinus, ubat jantung amiodarone, atau 'contrast dyes' tertentu yang diberikan sebelum ujian sinar-X boleh mendedahkan anda kepada terlalu banyak iodine. Anda mungkin berisiko lebih besar untuk mendapat hipotiroidisme jika anda mempunyai masalah tiroid pada masa lalu.
  • Lithium: Ubat ini juga telah dikaitkan sebagai penyebab hipotiroidisme.

Jika tidak dirawat untuk jangka masa yang lama, hipotiroidisme boleh membawa kepada koma myxedema, satu keadaan yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut yang memerlukan rawatan hormon serta-merta.

Tanda-tanda Hipertiroidisme dan Hipotirodisme

Mereka yang alami hipertirodisme biasanya akan mempunyai gejala seperti:
  • rasa gemuruh
  • kelaparan yang luar biasa
  • penurunan berat badan
  • lemah otot
  • degupan jantung yang cepat
  • kuat berpeluh
  • haid tidak normal dan aliran haid sedikit
  • insomnia
  • masalah penglihatan dan mata

Rawatan untuk hipertiroidisme melibatkan usaha mengurangkan penghasilan hormon dengan cara pengambilan iodin radioaktif atau ubat antitiroid atau pembedahan untuk membuang semua bahagian tiroid.

Mereka yang alami Hipotirodisme pula biasanya akan mempunyai gejala berikut:
  • metabolisme rendah
  • otot lemah
  • suhu badan yang rendah, 
  • masalah penghadaman
  • penambahan berat badan
  • lemah ingatan
  • masalah kesuburan
  • aliran haid yang banyak
  • senggugut

Rawatan Semulajadi Untuk Penyakit Tiroid

Untuk kes hypertiroidisme, antara langkah yang boleh di ambil untuk mengurangkan gejalanya :

1. elakkan kafein.

2. kekalkan pengambilan vitamin D dan kalsium yang cukup. hipertirodisme boleh membawa kepada penipisan tulang. Untuk elak dari osteoporosis, penting untuk dapatkan kalsium dan vitamin D yang cukup setiap hari.

3. elakkan ubat selsema. sesetengah ubat selsema boleh merangsang penghasilan hormon yang lebih banyak.

Untuk kes hipotirodisme, cara untuk mengawalnya termasuklah :

1. perbanyakkan pengambilan makanan kaya dengan beta-karotena. Hormon thyroxine yang digunakan untuk merawat hipotiroidisme percepatkan penukaran beta karotena kepada Vitamin A dalam badan. Individu dengan hipotirodisme mungkin perlukan pengambilan beta karotena yang tinggi untuk memenuhi keperluan vitamin A. Sumber terbaik beta karotena termasuklah buah dan sayuran berwarna kuning gelap  atau oren dan sayuran berdaun hijau.

2. kurangkan pengambilan karbohidrat - kurangkan pengambilan gula dan bijirin dan gantikannya dengan lemak yang sihat. Kebanyakan wanita mengambil terlalu banyak karbohidrat yang meningkatkan estrogen dan beri kesan negatif pada fungsi tiroid. Seeloknya, ambil lemak yang sihat yang akan mengimbangi hormon, seperti: minyak kelapa, santan, alpukat, daging lembu diberi makan rumput, salmon liar, chia, flaxseeds, dan biji rami.

3. lebihkan selenium - Pastikan anda mendapat selenium yang mencukupi dalam diet anda, tetapi jangan berlebihan. Sebahagian daripada sumber selenium yang terbaik adalah kacang brazil, salmon, biji bunga matahari, daging lembu, cendawan dan bawang.

Cadangan Suplemen Untuk Bantu Atasi Penyakit Tiroid

Pengambilan suplemen bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, tetapi ia lebih kepada pencegahan dan juga membantu proses pemulihan yang lebih cepat.

Untuk penyakit tiroid, Vivix adalah pilihan yang terbaik untuk mengurangkan gejalanya. Vivix merupakan minuman botani gabungan empat bahan premium iaitu anggur muscadine, purple carrot, polygonum cuspidatum dan european elderberry. 

Ramuan Vivix kaya dengan resveratrol dan polifenol di mana mempunyai kuasa antioksidan yang sangat tinggi. Ia boleh membantu perbaiki sel sehingga ke peringkat DNA dan juga memelihara sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Untuk penyakit tiroid, ramuan Vivix bantu menstabilkan rembesan hormon seterusnya bantu atasi masalah hipertiroidisme dan hipotirodisme.

Antara testimoni pengguna Vivix untuk masalah tiroid

 



Berminat untuk dapatkan produk ini? 

Boleh klik di bawah.


atau boleh terus hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.



Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top