6 Cara Semulajadi Untuk Mencegah Katarak

Katarak merupakan masalah kesihatan yang menjejaskan penglihatan dan biasanya dialami oleh golongan berusia. Namun begitu, golongan muda dan kanak-kanak juga tidak mustahil untuk mempunyai dan mengalami simptom katarak. 

Katarak ialah kekaburan kanta semulajadi mata yang boleh membawa kepada gangguan penglihatan. Mereka yang mempunyai katarak biasanya mengalami penglihatan yang kabur dan tidak jelas. Katarak adalah punca utama kepada kehilangan penglihatan atau buta.


Jika seseorang itu mengalami katarak ketika usianya 40 atau 50 an, simptomnya tidak begitu ketara dan tidak mengganggu penglihatan. Bagaimanapun, bila usia mencecah 60an, kebanyakan penghidap katarak akan rasai perubahan ketara pada keupayaan untuk melihat dan simptom katarak juga menjadi semakin buruk.

Selain faktor usia, gaya hidup yang tidak sihat serta masalah kesihatan lain yang kronik seperti diabetes, antara faktor penyumbang kepada pembentukan katarak. Rawatan biasa untuk masalah katarak yang menjejaskan penglihatan adalah melalui pembedahan. 

Namun, terdapat cara semulajadi untuk mencegah pembentukan katarak seperti pengambilan pemakanan yang tinggi kandungan nutrien penting untuk mata. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa rawatan semulajadi yang boleh mencegah dan melambatkan perkembangan katarak.



Rawatan Semulajadi Untuk Mencegah Katarak


Kajian menunjukkan sesetengah nutrien dan pemakanan tambahan boleh mengurangkan risiko katarak. Selain itu, beberapa cara yang sangat mudah lagi berkesan untuk mencegah katarak termasuklah mengelakkan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan, mengehadkan pengambilan alkohol, berhenti merokok, dan makan banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan. Berikut antara cara semulajadi untuk mencegah katarak:

1. Perbanyakkan diet yang tinggi kandungan antioksidan

Kanta mata mengandungi enzim pelindung yang bertindak memecahkan protein yang boleh bergumpal dan membentuk katarak. Antioksidan membantu untuk mengekalkan laluan enzim tersebut dan seterusnya menghalang pembentukan katarak. Selain itu, dengan mengambil makanan yang lebih tinggi antioksidan, anda melindungi mata dari tekanan oksidatif yang boleh menyumbang kepada katarak. Antara makanan yang tinggi antioksidan :

➢Buah-buahan dan sayur-sayuran segar - Secara umum, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai tinggi kandungan kimia tumbuhan yang penting yang dinamakan fitokimia. Fitonutriennya iaitu antioksidan dan agen anti-radang dipercayai boleh membantu mencegah atau melambatkan perkembangan penyakit mata, termasuk katarak. 

Kajian juga telah menunjukkan bahawa golongan vegetarian dan vegan mempunyai risiko yang jauh lebih rendah terhadap katarak daripada golongan pemakan daging, terutamanya di kalangan warga tua. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menunjukkan bahawa makan daging menggalakkan katarak tetapi ia mencadangkan bahawa makan banyak sayur-sayuran adalah perlindungan untuk kesihatan mata. 

➢makanan kaya dengan Vitamin A (beta-karotena) - Vitamin A boleh bantu untuk mengelakkan kehilangan penglihatan disebabkan oleh keadaan degeneratif seperti katarak dan degenerasi makula. Kekurangan vitamin A menyebabkan kornea menjadi sangat kering, yang boleh membawa kepada kekaburan bahagian depan mata, ulser kornea dan juga kehilangan penglihatan. 

Kekurangan vitamin A juga boleh merosakkan retina, yang juga menyumbang kepada buta. Lobak, keledek dan sayur-sayuran berdaun gelap adalah beberapa pilihan yang terbaik untuk mendapatkan lebih banyak nutrien ini.

➢makanan kaya dengan vitamin C - pengambilan Vitamin C telah dikaitkan dapat merendahkan risiko katarak, terutamanya bagi mereka yang cenderung untuk kekurangan nutrien penting ini. makanan yang tinggi kandungan vitamin C termasuklah lada, buah-buahan sitrus, buah beri, buah-buahan tropika, brokoli dan tomato.

➢makanan kaya dengan Vitamin E - Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin E mengurangkan pembentukan katarak. Antara sumber terbaik Vitamin E adalah badam, bayam, benih gandum dan ubi keledek.

➢makanan kaya dengan zink  - Menurut American Optometric Association, kekurangan zink juga dikaitkan kepada penglihatan kabur dan penglihatan malam lemah kerana ia membantu membawa vitamin A dari hati ke dalam retina. Daging lembu (grass-fed), kefir, yogurt, kacang kuda dan biji labu antara makanan kaya dengan zink.

➢Lutein dan zeaxanthin - Ini adalah dua jenis karotenoid yang telah paling menjalani kajian untuk pencegahan katarak. Lutein dan Zeaxanthin adalah super antioksidan yang dijumpai banyak dalam sayur-sayuran. Kedua-duanya juga didapati terdapat dalam kanta mata. Lutein dan zeaxanthin menapis cahaya gelombang biru yang berbahaya dan membantu melindungi dan mengekalkan sel-sel mata yang sihat. 

Satu kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai diet yang tinggi dalam makanan yang kaya dengan zeaxanthin, terutama bayam, kale dan brokoli, adalah 50 peratus kurang kemungkinan untuk mendapat katarak. Makanan lain yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin termasuk telur, Collard hijau, sayur-sayuran lobak dan jagung.

2. Banyakkan makan ikan dan makanan yang kaya dengan Omega-3

Pengambilan ikan berlemak secara kerap seperti salmon dan makanan lain seperti biji chia yang kaya asid lemak omega-3, dipercayai mempunyai potensi mengurangkan katarak atau perkembangannya. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang makan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu menurunkan risiko katarak, dan secara keseluruhannya, lebih banyak jumlah pengambilan ikan, lebih rendah risiko pembentukan katarak.

3. Pengambilan suplemen dan herba

Jika anda tidak dapat memenuhi keperluan mana-mana nutrien yang dinyatakan di atas dari pengambilan makanan, pilihan lain yang ada adalah dengan mencukupkan keperluan nutrien melalui pengambilan suplemen yang berkualiti tinggi. Satu kajian mendapati wanita yang mengambil suplemen Vitamin C sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun mempunyai 77% kurang kemungkinan untuk mempunyai tanda-tanda awal katarak berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen. Terdapat juga kajian menunjukkan pengambilan 10mg suplemen lutein dan 2mg suplemen zeaxanthin setiap hari memberi manfaat untuk pencegahan katarak.

Bilberry terkenal dengan manfaat yang sangat bagus kepada kesihatan mata. Buah-buahan bilberry mengandungi bahan kimia yang dipanggil Anthocyanosides (pigmen tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat baik) dan vitamin C. Keupayaan Bilberry untuk menghapuskan radikal bebas menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk pelbagai penyakit okular yang berkaitan dengan usia. Ia menunjukkan kesan perlindungan terhadap katarak serta degenerasi makula dan glaukoma. Bilberry ekstrak standard (80 miligram, dua hingga tiga kali setiap hari) telah digunakan secara tradisional untuk mengurangkan risiko katarak.

4. Kekalkan berat badan yang sihat

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko katarak. Jadi, amalkan diet yang sihat, perhatikan pengambilan kalori dan bersenam untuk kurangkan berat badan.

5. Perlindungan dari sinaran matahari

Pendedahan cahaya UV boleh mengoksidakan protein di mata, mengubah strukturnya dan menyumbang kepada pembangunan katarak. Peningkatan pendedahan kepada cahaya matahari telah dikaitkan dengan peningkatan risiko katarak. Memakai cermin mata hitam dan topi 'wide-brimmed' untuk menghalang sinaran ultraviolet cahaya matahari boleh membantu melambatkan pembentukan katarak. Pilihlah cermin mata hitam yang boleh menyekat 100% sinaran UV.

6. Ubah gaya hidup

Mengurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok merupakan dua pilihan gaya hidup yang boleh mengurangkan risiko katarak anda. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan harian satu atau lebih minuman beralkohol telah dikaitkan dengan peningkatan yang sederhana risiko katarak, tetapi risiko ini meningkat dengan pengambilan alkohol yang lebih besar.

Merokok mempunyai kesan negatif ke atas setiap aspek kesihatan, termasuk kesihatan mata. Merokok pasti menyumbang kepada pembangunan katarak. Kajian telah menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok, tidak semestinya mengurangkan risiko katarak, tetapi sekurang-kurangnya anda berhenti dari meningkatkan risiko yang lebih besar terhadap katarak. Sekiranya anda masih merokok, ini adalah satu lagi sebab untuk anda patut berhenti sekarang.

Cadangan Pengambilan Suplemen Untuk Atasi Katarak

Seperti yang dinyatakan di atas, pengambilan suplemen juga boleh membantu untuk mencukupkan keperluan nutrien untuk kesihatan mata dan seterusnya membantu mencegah dan mengatasi katarak.

Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk masalah katarak termasuklah:

1. Vivix - mengandungi resveratrol dan 15 polifenol tumbuhan yang mempunyai kesan antioksidan paling berkuasa dan agen anti-radang. Vivix membantu memelihara sel-sel dari kerosakan dan juga meningkatkan prestasi dan kesihatan sel.

2. Carotomax - mengandungi lutein dan zexanthin yang bermanfaat dalam pencegahan dan melambatkan perkembangan katarak.

3. Vitalea - mengandungi kesemua 28 jenis vitamin dan mineral termasuk Vitamin A, C dan E serta zink yang penting dalam membantu menyokong kesihatan mata.

4. Omegaguard - membekalkan asid lemak Omega-3 yang boleh membantu merendahkan risiko katarak.

Jom baca kisah pesakit katarak sembuh tanpa perlu jalani pembedahan.


Berminat untuk dapatkan produk ini?
Boleh buat pembelian secara online dengan klik di bawah.







Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.

Saya sedia untuk membantu anda.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang


*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top