Cara Berkesan Atasi Masalah Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar di bahagian dada yang terjadi disebabkan oleh asid perut naik (reflux)  ke bahagian esofogus (saluran pemakanan). Asid ini boleh naik sehingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. 

Walaupun ia agak menyakitkan dan menyebabkan rasa ketidakselesaan, pedih ulu hati adalah perkara normal yang biasa terjadi di kalangan wanita-wanita hamil terutamanya yang sedang berada pada trimester ketiga. Namun, anda tak perlu risau. Ia tidak membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, gejala-gejala ini akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk atasi masalah pedih ulu hati ketika hamil. Jom baca selanjutnya.


 


PUNCA TERJADINYA PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL

Kebiasaannya, wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati akibat dari perubahan hormon dan fizikal badan ketika hamil. Peningkatan hormon progesteron ketika hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini juga menyebabkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut (Lower Esophageal Sphincter) menjadi lembut, mengendur dan terbuka. Ini mengakibatkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui esofagus dan menyebabkan simptom rasa terbakar, perut tak selesa, 

 

 


Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat. Di hujung kehamilan, saiz bayi semakin membesar dan akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menjadi punca proses pembuangan menjadi lembap seterusnya memaksa asid gastrik dalam perut melonjak naik masuk ke dalam esofagus.

CARA BERKESAN ATASI PEDIH ULU HATI

Makan, berbaring dan membongkok antara pencetus terjadinya pedih ulu hati. Jika kita boleh pastikan apakah aktiviti yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang boleh menjadikannya lebih teruk, ini membantu untuk elak ianya dari terjadi.

Walaubagaimanapun, ada beberapa cara boleh bantu atasi pedih ulu hati. Antaranya termasuklah:

1. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap. Ini dapat mencegah asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid dalam perut.

2. Elakkan makanan dan berasid minuman. Kopi termasuklah jenama yang tanpa kafein menggalakkan pengeluaran asid yang tinggi. Begitu juga teh, minuman berkola dan sumber kafein yang lain. Makanan berasid termasuklah buah-buahan citrus, tomato, jeruk dan apa jua makanan yang diperbuat dengan cuka. Ini semua perlu dielakkan kerana boleh membuatkan masalah pedih ulu hati bertambah teruk.

3. Jauhi rokok. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan refleks asid cenderung untuk berlaku.

4. Jaga postur badan ketika makan. Pastikan ketika makan anda duduk dalam keadaan tegak dan elakkan aktiviti membongkok sejurus selepas makan.

5. Elakkan pengambilan makanan dalam tempoh 3 jam sebelum anda masuk tidur.

6. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut berada di tempat sepatutnya dan membantu dalam proses pencernaan.

7. Pakai pakaian yang longgar di bahagian sekeliling perut. Pakaian ketat di sekeliling pinggang menambah tekanan pada perut. 

8. Tidur menggiring sebelah kiri. Ini membantu mengurangkan tekanan pada perut seterusnya merendahkan peluang berlakunya refluks.

9. Semak dengan doktor kemungkinan ubatan yang anda sedang ambil menjadi punca pedih ulu hati menjadi lebih teruk. ubat-ubatan yang mungkin beri kesan sampingan adalah ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

10. Pengambilan antacid. Sesetengah ubat jenis antacid yang boleh di beli tanpa preskripsi boleh melegakan pedih ulu hati. Pastikan anda semak juga dengan doktor untuk memastikan ubat itu selamat untuk diambil ketika hamil.

RAWATAN ALTERNATIF DENGAN SUPLEMEN

Sebagai langkah pencegahan, pengambilan suplemen ketika hamil sangat membantu merendahkan risiko pedih ulu hati. Antara suplemen Shaklee yang sesuai di ambil oleh wanita hamil untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom pedih ulu hati termasuklah:

1. Peppermint-ginger Plus : mengandungi daun pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang boleh membantu melegakan masalah angin dan pedih ulu hati serta ketidakselesaan pada perut dan usus. Ia juga membantu mengatasi masalah penghadaman dan melegakan otot perut.

2. Energizing Soy Protein, ESP : minuman protein yang berkualiti yang membantu beri rasa kenyang lebih lama dan mengelakkan makan secara berlebihan. ESP juga membantu menghasilkan sel-sel baru yang sihat dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan asid perut.

3. OsteMatrix : mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu meneutralkan asid berlebihan dan membantu mengatasi komplikasi lain masalah pedih ulu hati.


Berminat dengan set suplemen shaklee ini, boleh terus hubungi saya dengan segera. Saya sedia untuk membantu.

atau boleh buat pembelian terus dengan klik di bawah.





Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb Page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussein Onn - Ampang








CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top