Kenali Tanda-tanda Asid Urik Tinggi Dalam Badan

Asid urik tinggi dalam badan atau hiperuricemia merujuk kepada keadaan asid urik berlebihan dalam aliran darah. Asid urik adalah sisa poduk yang dihasilkan dari pecahan purin, sebatian kimia semulajadi yang terdapat dalam makanan tertentu dan juga dalam tisu badan.

Dalam keadaan normal, asid urik larut dalam darah, diproses dan ditapis di buah pinggang dan disingkirkan dalam air kencing. Jika diet seharian kita tinggi makanan yang mengandungi purine, atau buah pinggang tidak dapat menyingkirkan asid urik berlebihan, kesannya paras asid urik akan menjadi tinggi dalam badan.

Hyperuricemia adalah sebahagian dari metabolik sindrom yang dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan strok. Jika lebih cepat kita menyedari kehadiran asid urik yang tinggi dalam badan, lebih awal kita boleh ambil tindakan untuk elak tahap kesihatan kita terjejas. Jadi, dalam artikel ini saya ingin berkongsi tanda-tanda asid urik tinggi dalam badan sebagai panduan bersama.



Punca Asid Urik Tinggi 


Disebabkan dalam pemakanan kita ada sesetengahnya mengandungi purin, badan kita akan mengandungi asid urik. Selagi tubuh kita berupaya untuk menyingkirkan asid urik mengikut kadarnya, tubuh kita akan kekal sihat.

Paras normal asid urik dalam darah berbeza antara jantina, di mana 2.4 - 6.0 mg / dL untuk wanita dan 3.4 - 7.0 mg / dL untuk lelaki. Had limit normal pula adalah 7.0 mg / dL di mana lebih tinggi dari bacaan ini menjadikan anda berisiko untuk mengalami hiperuricemia.

Lebihan asid urik dalam darah adalah disebabkan oleh dua faktor: 

1) badan kita mengeluarkan asid urik berlebihan melalui proses pencernaan

2) buah pinggang kita tidak dapat menapis asid urik keluar dari badan. 

Kedua-dua senario ini membawa kepada hyperuricemia. Faktor lain yang boleh tingkatkan asid urik dalam badan termasuk:

  • Ubatan - ambil diuretik, immune-suppressing, vitamin B3
  • Obesiti
  • Genetik
  • Makanan tinggi purin - daging merah, makanan laut, kacang
  • Psoriasis
  • Hipotirodism
  • Sindrom tumor lysis - pelepasan cepat sel ke dalam darah yang disebabkan oleh kanser atau kemoterapi untuk kanser. Doktor akan memantau seseorang dengan kanser atau menjalani kemoterapi untuk tahap asid urik mereka.

Tahap asid urik yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan pembentukan kristal. Walaupun kristal boleh terbentuk di mana-mana bahagian badan, ia cenderung untuk terbentuk dalam sendi dan di buah pinggang kita. Sistem pertahanan badan, iaitu sel darah putih boleh menyerang kristal, menyebabkan keradangan dan kesakitan.


Tanda-tanda Asid Urik Tinggi Dalam Badan


Asid urik tinggi dalam badan biasanya tidak menyebabkan sebarang tanda dan gejala fizikal. Keadaan ini dikenali sebagai asymptomatic hyperuricemia.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi mungkin mengalami gejala akibat kesan asid urik yang berlebihan pada badan mereka. Sebagai contoh, hyperuricemia boleh menyebabkan gout (keradangan sendi) dan penyakit buah pinggang seperti batu karang dan kegagalan buah pinggang. Berikut adalah tanda-tanda yang mungkIn dialami:


1. Simptom gout


Gout berlaku disebabkan reaksi imunologi terhadap pengumpulan kristal asid urik pada sendi. Simptom sakit gout termasuk,

- kesakitan yang melampau di sendi yang bertambah buruk sebagai tindak balas kepada tekanan.
- keradangan (pembengkakan, kehangatan dan kelembutan) yang minimum
- demam
- mengelupas kulit di sekeliling sendi.

Tahap asid urik melebihi 10mg / dL meningkatkan risiko terjadinya gout.

2. Simptom batu karang


Batu karang boleh berlaku pada orang yang menderita paras asid urik yang tinggi, dan batu-batu karang ini mungkin tidak disedari sehingga ia tersangkut di dalam ureter, menyebabkan kesakitan yang teruk, kencing yang lebih kerap dan menyakitkan, air kencing berdarah, atau loya dan muntah.

Walaupun batu karang disebabkan asid urik biasanya dijumpai pada pesakit gout, penyakit ini juga dikesan pada kira-kira 20% pesakit yang mempunyai paras asid urik yang tinggi tetapi tiada gout.

Simptom batu karang termasuk,
- sakit atau sakit berdenyut-denyut di bahagian bawah belakang dan sebelah abdomen atau pangkal paha
- air kencing berdarah dan berbau
- sakit ketika buang air kecil
- demam jika terdapat jangkitan

3. Simptom kegagalan buah pinggang


Salah satu tanda asid urik tinggi yang paling teruk ialah kegagalan buah pinggang, yang menunjukkan tanda seperti,
- kurang buang air kecil
- sesak nafas
- bengkak pada kaki
- kekeliruan
- mengantuk, keletihan
- sakit dada.

Kegagalan buah pinggang boleh berlaku pada pesakit-pesakit leukemia, limfoma Hodgkin dan limfoma Non-Hodgkin disebabkan oleh kadar asid urik. Ini biasanya akibat kemoterapi, yang membunuh sel-sel malignan dan mengeluarkan asid urik bersama-sama dengan kandungan dalamannya.

4. Penyakit lain


Walaupun kajian baru-baru ini telah mencadangkan bahawa paras asid urik tinggi dikaitkan dengan hipertensi dan penyakit jantung, ia masih dalam penentuan sama ada mengurangkan kadar asid urik akan membalikkan keadaan ini.

Rawatan Untuk Asid Urik Tinggi Dalam Badan


Sekiranya anda didiagnosis dengan hyperuricemia, doktor anda mungkin menasihatkan perubahan diet  (kurangkan makanan tinggi purin) dan / atau menetapkan ubat-ubatan yang merawat penyakit asas yang mungkin menyumbang kepada tahap asid urik yang tinggi atau yang secara langsung mengawal metabolisme badan.


Sebagai pelengkap kepada rawatan tersebut, saya sarankan anda amalkan juga supplemen tertentu yang boleh bantu kurangkan asid urik dalam badan dan juga menggalakkan fungsi normal badan.

Cadangan supplemen yang bermanfaat untuk atasi masalah asid urik tinggi dalam badan termasuk,

Vivix - ramuan Vivix kaya dengan resveratrol dan polifenol tumbuhan yang sangat tinggi antioksdan. Fungsinya merendahkan paras asid urik dalam badan.

Alfalfa Complex - berfungsi mengurangkan asid dalam badan dengan bantu proses perkumuhan/penyingkiran toksin dalam badan. Alfalfa juga bantu dalam pengalkalian tubuh.

Omegaguard - berfungsi mengurangkan keradangan dan bengkak.

Di sini saya kongsikan kisah pesakit gout yang alami kesan positif selepas mengamalkan supplemen Shaklee.



[SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]. 


Assalamualaikum wbtSaya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee. 

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan. .

Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami. 

Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya. 

Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya. 
Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan. 

Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut. 

Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan. 

Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong. 
Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gout yang dialami suami saya, Membantu menyingkirkan toksin dalam badan, Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gout, Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing, Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang. 
Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.


Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, tanya je.

Berminat untuk dapatkan Set Vitamin Untuk Kurangkan Asid Urik ini, WHATSAPPS SAYA SEKARANG! 

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top