Cara Mudah Hilangkan Bengkak Tonsil Secara Semulajadi

Bengkak tonsil atau dikenali juga sebagai tonsilitis sejenis penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak. Namun, sebenarnya sesiapa sahaja boleh mendapat tonsilitis.

Apa itu tonsilitis? Ia adalah keradangan pada bahagian tisu dalam tonsil akibat dari jangkitan virus atau bakteria berbahaya. Tonsil berfungsi menghalang kehadiran bakteria atau patogen ke dalam tubuh badan yang masuk melalui mulut. Sebab itu, tonsil cenderung untuk dijangkiti kerana sering terdedah kepada bakteria dan kuman berbahaya. 

Kebiasaannya, bengkak tonsil boleh surut dengan sendiri tetapi ia mengambil masa yang agak lama. Untuk bengkak tonsil akibat jangkitan bakteria, pengambilan antibiotik membantu percepatkan penyembuhan.

Bengkak tonsil ini boleh berulang sekiranya sistem imun kita lemah. Selalunya, mereka yang kerap diserang bengkak tonsil disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.



Tanda Dan Gejala Bengkak Tonsil


Bengkak tonsil biasanya berlaku disebabkan oleh jangkitan virus biasa, tetapi jangkitan bakteria juga boleh menjadi punca. Bakteria paling biasa yang menyebabkan tonsillitis ialah Streptococcus pyogenes (kumpulan A streptococcus).

Tonsil merupakan pertahanan pertama sistem imun terhadap bakteria dan virus yang masuk melalui mulut kita. Fungsi ini boleh menyebabkan tonsil sangat terdedah kepada jangkitan dan keradangan. Walau bagaimanapun, fungsi sistem kekebalan tonsil menurun selepas  akil baligh. Ini mungkin antara faktor kemungkinan bengkak tonsil jarang terjadi pada orang dewasa.

Antara tanda dan gejala biasa tonsilitis termasuk :
  • Bengkak tonsil yang menyakitkan
  • Sakit tekak
  • Sukar atau sakit ketika menelan 
  • Tompok putih atau kuning pada tonsil
  • Demam
  • Nafas berbau
  • Lepuh yang menyakitkan atau ulser pada tekak
  • Nodus limfa yang lembut (yang biasanya kita boleh rasai bila menekan kawasan ini)
  • Perubahan pada keupayaan bercakap dan hilang suara
  • Sakit kepala
  • Kemerahan pada bahagian tonsil

Penting untuk dapatkan rawatan bagi bengkak tonsil yang berulang atau kronik. Ini kerana bengkak tonsil yang kronik boleh membawa kepada komplikasi seperti kesukaran bernafas, gangguan pernafasan semasa tidur, jangkitan yang merebak jauh ke dalam tisu sekeliling (selulitis tonsillar) dan jangkitan yang mengakibatkan pembentukan nanah di belakang tonsil (abses peritonsillar).

Cara Semulajadi Hilangkan Bengkak Tonsil


Rawatan untuk tonsilitis biasanya melibatkan penggunaan antibiotik. Pilihan terakhir adalah pembedahan buang tonsil sekiranya tonsilitis kerap berulang dan rawatan yang sedia ada tidak dapat bantu merawat tonsilitis.

Pendekatan semulajadi antara ikhtiar lain yang boleh kita lakukan untuk mengatasi bengkak tonsil. Berikut merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan bengkak tonsil dan seterusnya mencegah ia dari berulang.


1. Ringankan tanda dan gejala tonsilitis dengan rawatan semulajadi


Ada beberapa bahan dari rumah yang kita boleh gunakan untuk membantu mengawal dan meringankan tanda dan gejala tonsilitis semasa tubuh badan sedang melawan jangkitan. Perkara yang boleh bantu kita dan anak kita berasa lebih baik termasuk :

●  Minum air suam untuk legakan rasa tidak selesa di tekak. Ada juga sesetengah orang lebih gemar dan berasa lebih baik bila minum air sejuk atau makan aiskrim vanila. Jadi, boleh ikut kesukaan dan yang mana boleh berikan kita rasa lebih baik.

●  Berkumur dengan air garam suam. Ini hanya sesuai untuk anak yang berumur 8 tahun ke atas. Kita boleh membuat air garam sendiri dengan mencampurkan garam 1 sudu teh (5 g) dengan air suam 8 oz (240 mL).

●  Memandangkan ada yang mungkin mengalami kesukaran untuk menelan makanan, jadi cuba ambil makanan yang bertekstur lembut dan halus seperti jus sayuran, smoothie buah-buahan, kentang lenyek, sup dan yogurt.

●  Banyakkan minum air untuk kekal hidrat. Elakkan minuman yang panas, minuman manis dan berasid, atau minuman berkarbonat.

●  cuba kurangkan masalah sakit tekak dengan mengamalkan air campuran madu dengan kayu manis atau halia.


2. Cuba gunakan Vaporizer atau Humidifier


Vaporizers dan humidifiers membantu melembapkan udara kering di dalam rumah. Ini dapat melegakan ketidakselesaan dan rasa sakit di dalam mulut dan tekak yang disebabkan oleh sentiasa bernafas dalam udara dalaman yang tidak bersih dan segar.  Lagi bersih udara yang kita bernafas, dapat mengurangkan bengkak yamg dirasai oleh saluran udara kita dan semakin cepat tubuh kita dapat sembuh dari jangkitan.

3. Dapatkan rehat yang cukup


Bila tubuh kita tertekan, lagi lambat proses penyembuhan dari jangkitan. Jadi, utamakan tidur yang cukup dan berkualiti, dapatkan rehat secukupnya dan lakukan apa sahaja yang kita boleh untuk mengurangkan stress atau tekanan.

4. Bantu kuatkan sistem pertahanan tubuh badan


Cara terbaik untuk mencegah tubuh kita dari sebarang jangkitan dan keradangan pada mana-mana bahagian tubuh badan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang padat dengan nutrisi yang menggalakkan sistem imun yang kuat.

Makanan yang patut dimasukkan dalam diet seharian adalah yang kaya dengan nutrien penting dan antioksidan. Ia termasuk :

● sayuran berdaun hijau
● sayuran kobis (brokoli, kobis, kobis bunga)
● buah-buahan beri
● makanan kaya Omega 3 (salmon, sardin, mackerel)
● kacang dan bijian (flax, labu, chia)
● herba dan rempah (madu, halia, bawang putih dan kunyit)

Pengambilan supplemen yang betul juga dapat bantu melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga tingkatkan fungsi imun badan. Dalam Shaklee, terdapat beberapa supplemen yang berfungsi mengukuhkan sistem imun untuk membantu badan melawan jangkitan tonsil dan mencegah tonsilitis dari kerap berulang.

Berikut supplemen yang boleh bantu atasi masalah tonsilitis ;

Nutriferon - menggalakkan pengeluaran interferon semulajadi dalam badan. Ini seterusnya mengukuhkan fungsi sistem imun dan mengelakkan tonsil dari terus membengkak.


Garlic Complex - terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Ia berfungsi membantu tubuh kita melawan jangkitan bakteria dan kuman.


Sustained release Vitamin C - mambantu menyokong fungsi sistem imun. Ia juga berfungsi membantu sel darah putih untuk menghalang bakteria yang wujud dalam badan merebak ke organ yang lain.

OmegaGuard - mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu mengecutkan bengkak tonsil dan seterusnya melegakan kesakitan.


Feedback Dari Pengguna







Jika anda atau anak-anak anda kerap dijangkiti bengkak tonsil, disarankan untuk bantu mereka dengan mengukuhkan sistem imun badan melalui pemakanan yang sihat dan juga pengambilan supplemen.

Jangan tangguh untuk dapatkan rawatan. Bertindak segera. Ini kerana bengkak tonsil boleh menyebabkan komplikasi yang boleh mengganggu kesihatan lain.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top