Tanda-tanda Resdung Dan Petua Semulajadi Untuk Kurangkan Gejalanya

Setiap kali bangun pagi mesti bersin. Terhidu habuk sikit pun bersin. Lepas tu, mulalah hidung berair dan jadi gatal-gatal. Pernah tak anda alami situasi seperti ini? Jika ya, anda mungkin mempunyai masalah resdung. 

Apa itu resdung? Resdung merupakan keradangan pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Sinus yang sihat dipenuhi dengan udara. Tetapi apabila ia tersekat dan dipenuhi dengan mukus, kuman boleh membiak dan menyebabkan jangkitan. Jangkitan juga boleh jadi hasil tindakbalas alahan atau autoimun - apabila sistem imun menyerang sel-sel sihat.

Kebanyakan kes, punca resdung adalah disebabkan oleh alahan pada habuk, makanan tertentu, debunga, parasit (demodex) dan kutu. Struktur hidung yang tidak normal, kerosakan atau sakit gigi pada bahagian gusi atas juga boleh menyebabkan penyakit resdung.




Tanda-tanda Penyakit Resdung


Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mungkin mempunyai penyakit resdung.

1. Hidung kerap tersumbat

2. Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya di waktu pagi, gatal-gatal hidung

3. Sakit atau rasa berat pada bahagian muka terutamanya kawasan antara mata.

4. Lendir dari hidung dan tekak.

5. Sakit tekak yang berterusan dan sering berulang

6. Demam dan rasa tak sedap badan yang berterusan

7. Jerawat di muka dan badan

8. Nafas berbau

9. Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain.

Petua Semulajadi Kurangkan Gejala Penyakit Resdung


Gejala penyakit resdung sering mengganggu kualiti hidup penghidapnya. Jadi, beberapa rawatan semulajadi berikut boleh bantu anda untuk kurangkan gejala yang dialami.

1. Bawang putih


Bawang putih mengandungi quercetin, iaitu antihistamin semulajadi yang berkesan dalam merawat resdung. Di samping itu, bawang putih juga mempunyai ciri-ciri antibiotik, antibacterial, antiviral yang berfungsi menguatkan sistem imun seterusnya bantu percepatkan penyembuhan.

Cara rawatan dengan makan 2-3 ulas bawang putih mentah, atau gunakan dengan kerap dalam masakan. Selain itu, boleh cuba amalkan pengambilan supplemen bawang putih.

2. Cuka epal


Cuka epal juga berkesan untuk merawat resdung kerana ia juga mempunyai sifat antibiotik dan antihistamin. Ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala seperti kerap bersin-bersin, hidung tersumbat, sakit kepala dan lain-lain. Selain itu, ia memainkan peranan penting dalam mengawal sistem tindak balas imun badan.

Anda boleh campurkan 2 sudu teh cuka epal organik ke dalam segelas air suam. Kemudian tambah 1 sudu teh madu dan jus lemon. Amalkan minuman ini 3 kali sehari sehingga anda berasa lega dari simptom resdung.

3. Halia


Halia adalah satu lagi rawatan semulajadu yang berguna untuk resdung. Ia berfungsi sebagai antihistamin semula jadi dan mempunyai antiviral, antibakteria, anti-radang dan sifat-sifat imun yang membantu melegakan gejala resdung seperti hidung tersumbat, hidung berair, batuk dan sakit kepala.

Cara penggunaannya :

Tambah 1 sudu besar halia parut, sedikit cengkih dan sekeping kayu manis bersaiz kecil ke dalam 1 cawan air. Rebus selama 5 minit, tapis dan tambah sedikit madu dan jus lemon. Minum teh herba ini 3 kali sehari semasa diserang gejala resdung.

4. Probiotik


Menurut satu kajian pada tahun 2013 oleh penyelidik China, probiotik yang dipanggil Lactobacillus acidophilus dapat membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan gejala resdung.

Jadi, anda boleh amalkan makan yogurt probiotik secara teratur untuk meningkatkan sistem imun anda.

5. Vitamin C


Vitamin C mempunyai sifat antihistamin yang boleh membantu mengurangkan gejala alahan. Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun anda. Ini seterusnya akan membantu mencegah jangkitan serta memendekkan tempoh penyakit resdung.

Jadi, anda disyorkan makan makanan yang tinggi dalam vitamin C seperti lemon, oren, brokoli, limau gedang, kiwi, lada paprika, kentang, strawberi, teko dan tomato.

6. Air garam (saline water)


Pengairan hidung dengan air garam boleh membersihkan lendir (dan sisa-sisa lain) dan mengekalkan kelembapan sinus anda.

Satu kajian tahun 2008 yang diterbitkan dalam penerbitan rasmi Persatuan Perubatan Negeri di Wisconsin mendapati bahawa pengairan salur hidung secara teratur boleh memperbaiki gejala resdung.

Cara rawatannya :

1. Campur 1 sudu teh garam dan secubit baking soda dalam air suam yang disuling.

2. Dengan menggunakan picagari atau neti pot, tuangkan air garam tersebut ke dalam satu lubang hidung dan biarkannya mengalir keluar melalui lubang hidung yang satu lagi.

3. Akhir sekali, hembuskan hidung untuk buang lebihan mukus dan air garam.

4. Ulang semula proses ini pada lubang hidung yang satu lagi.

5. Lakukan prosedur ini sehingga gejala resdung bertambah baik.

6. Air


Minum banyak air. Air akan membantu cairkan lendir dan seterusnya mengurangkan penyumbatan dalam sinus anda.

7. Stim


Prosedur bernafas dalam wap stim secara tetap akan membantu membersihkan saluran hidung dari lendir yang berlebihan dan mana-mana perengsa. Ini seterusnya akan membantu menghilangkan gejala resdung, seperti bersin, hidung berair dan sakit tekak.


Cara lain untuk kurangkan gejala resdung adalah dengan pengambilan supplemen semulajadi Shaklee. Vitamin Shaklee yang boleh bantu pesakit resdung termasuk:

1. Sustained release Vitamin C - kuatkan sistem imun.

2. Alfalfa complex - kurangkan alahan resdung.

3. Bcomplex - berfungsi sebagai anti-stress..

Di sini saya ingin kongsikan kisah pengalaman seorang pesakit resdung yang telah mengamalkan set resdung Shaklee. Apa yang beliau rasa? Jom lihat video ini.



[KERANA TAKUT HILANG HIDUNG SAYA IKHTIAR DENGAN SET RESDUNG SHAKLEE].
Nama saya Nurhafizah Zamri .saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi..
Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan..
Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata. Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya..
Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi. Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah ..
Oleh kerana takutkan kehilangan hidung yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya. .
Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung..
Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya..
Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu. Alhamdulillah ..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi ..
Terima kasih Allah. 
Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee ini kerana ia sangat berkesan. Saya yakin ia juga berkesan pada anda.

Saya sendiri juga adalah pengguna set resdung Shaklee. Masalah resdung yang saya alami ini dah lama..Sejak zaman sekolah lagi..gejala resdung yang saya alami agak teruk juga..setiap bangun pagi bersin. Hidung pun selalu tersumbat..sangat tak selesa. Alhamdulillah, sejak konsisten makan vitamin C, alfalfa dan bcomplex, gejala resdung saya semakin berkurangan. Saya sangat berpuas hati dengan kesannya.

Kalau anda juga alami masalah resdung, segera dapatkan rawatan. Lebih cepat anda rawat, lebih mudah untuk pulihkan masalah resdung anda. Kalau resdung dah jadi kronik, komplikasi lain boleh datang seperti jangkitan pada otak dan sakit tekak kronik. Kualiti hidup anda pun akan terjejas.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top