Cara Mengatasi Morning Sickness Yang Teruk Semasa Hamil

Morning sickness biasanya dialami oleh wanita hamil ketika usia kandungan sekitar enam minggu. Ada juga yang mula merasai morning sickness seawal dua minggu selepas persenyawaan.

Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, mual dan kemungkinan akan muntah-muntah. Walaupun ia dipanggil morning sickness, ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Namun, gejala morning sickness lebih kerap berlaku pada waktu pagi dan ini mungkin disebabkan ketika waktu pagi perut kita belum dimasuki apa-apa makanan lagi.

Rasa loya dan muntah membuatkan wanita hamil kurang selera untuk makan dan minum. Ini boleh menyebabkan wanita hamil berasa letih sepanjang hari. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa cara yang boleh membantu mengatasi masalah morning sickness bagi wanita hamil.



Punca Morning Sickness Semasa Hamil



Morning sickness mungkin disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada tubuh di awal kehamilan. Kenaikan cepat paras estrogen, sebagai contoh, menyebabkan perut dikosongkan secara perlahan, dan seterusnya boleh membawa kepada rasa loya dan mual.

Selain itu, kehadiran hormon lain iaitu human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri dari rahim, meningkat secara drastik semasa di awal kehamilan. Ini juga mungkin menjadi penyebab kepada morning sickness.

Wanita hamil juga selalunya sangat sensitif terhadap bauan. Jadi, sesetengah bauan seperti bau minyak wangi, masakan atau asap rokok boleh menyebabkan mereka merasa loya atau mual.

Sesetengan pakar juga percaya bahawa saluran usus menjadi lebih sensitif semasa di awal kehamilan di mana menyebabkan wanita hamil cenderung untuk rasa loya.

Kita mungkin akan cenderung untuk mengalami morning sickness jika :

- mempunyai sejarah mabuk dan/atau migrain

- pernah alami morning sickness untuk kelahiran sebelumnya

- hamil kembar

- mempunyai sejarah keluarga yang alami morning sickness

- hamil anak perempuan ( menurut satu kajian, wanita dengan loya dan muntah-muntah yang teruk mempunyai kebarangkalian 50 peratus sedang hamil anak perempuan.


Cara Mengatasi Morning Sickness



Tiada cara yang kita boleh lakukan untuk elak dari morning sickness, tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Tips berikut boleh membantu untuk atasi morning sickness dengan berkesan:

1. Elakkan makanan dan bauan yang boleh rangsang rasa loya dan mual. Seeloknya elakkan juga makanan berlemak, pedas dan bergoreng.

2. Amalkan makan hidangan dalam saiz yang kecil secara kerap sepanjang hari.

3. Kekal hidrat. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan minum air sambil makan.

4. Ambil makanan yang sejuk atau berada pada suhu bilik. Makanan pada suhu ini kurang bauannya berbanding ketika pada suhu panas.

5. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur sekejap di siang hari.

6. Ambil vitamin prenatal. Jangan skip pengambilan vitamin. Ia penting untuk bekalkan nutrien penting buat ibu dan juga untuk keperluan bayi. Nak tau apa yang penting untuk wanita hamil, boleh baca di sini -> keperluan supplemen untuk wanita hamil

Sebagai tambahan, untuk atasi rasa loya disarankan untuk ambil,

- peppermint ginger plus : berfungsi mengurangkan dan melegakan rasa loya.

- vitamin B6 : berfungsi mengurangkan morning sickness bagi wanita hamil.


Semoga tips-tips tersebut dapat membantu wanita hamil untuk mengatasi dan mengurangkan gejala morning sickness dan seterusnya boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik dan selesa.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top