Banyak cabaran yang dihadapi oleh ibu mengandung sepanjang tempoh kehamilannya. Antaranya mereka mudah untuk alami pelbagai penyakit kesan dari kehamilan, dan buasir adalah salah satu penyakit yang mudah dan biasa dialami oleh ibu-ibu hamil.
Apa itu buasir?
Buasir adalah pembengkakkan salur vena pada bahagian rektum dan biasanya ia amat menyakitkan. Buasir selalunya kerap muncul ketika trimester ketiga. Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan luaran.
Buasir dalaman berada di dalam rektum dan biasanya tidak menyakitkan. Walau bagaimanapun, jika buasir dalaman tertolak (prolapsed) keluar, ia boleh menjadi sangat menyakitkan. Buasir luaran adalah ketulan kecil di luar rektum yang boleh jadi menyakitkan dan juga menyebabkan kegatalan.
Tanda dan gejala buasir termasuk :
- pendarahan semasa buang air besar (tidak menyakitkan) - anda mungkin menyedari sejumlah kecil darah merah terang pada tisu tandas atau di dalam tandas
- Gatal-gatal atau iritasi pada kawasan dubur anda
- Sakit atau tidak selesa
- Bengkak di sekeliling dubur anda
- Gumpalan berhampiran dubur anda, yang mungkin sensitif atau menyakitkan (mungkin buasir jenis 'thrombosed')
Apakah punca buasir ketika hamil?
Pembesaran rahim, sembelit dan pertambahan hormon progesterone, semua ini boleh menyebabkan ibu hamil mudah untuk alami buasir.
Bila bayi dalam kandungan semakin membesar, saiz rahim turut membesar. Ini akan memberi tekanan pada urat pelvik dan menyebabkan ianya bengkak.
Sembelit (antara masalah yang biasa juga dialami ibu hamil) boleh menyebabkan atau menjadikan buasir lebih teruk. Bila sembelit, kita cenderung untuk meneran lebih kuat dan ini seterusnya boleh membawa kepada buasir.
Semasa mengandung, hormon progesteron melegakan dinding urat anda, membolehkan mereka membengkak lebih mudah. Progesteron juga menyumbang kepada sembelit dengan melambatkan pergerakan dalam saluran usus.
Buasir adalah perkara biasa pada trimester ketiga. Sesetengah wanita mendapat buasir untuk kali pertama semasa mengandung. Dan jika anda mempunyai buasir sebelum mengandung, anda mungkin akan mengalami buasir lagi untuk masa akan datang. Buasir juga boleh terjadi semasa anda dalam proses meneran melahirkan anak.
Ketidakselesaan atau pendarahan dari buasir juga merupakan perkara biasa yang dialami semasa tempoh awal berpantang. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, buasir yang terjadi semasa hamil akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan, terutama jika anda betul-betul menjaga pemakanan dan mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan sembelit.
Cara atasi buasir ketika hamil
Untuk mengurangkan kesakitan akibat buasir ketika hamil, cara berikut boleh diamalkan.
1. lakukan teknik sitz-bath iaitu duduk dalam besen yang berisi air suam.
2. Cuba witch hazel. Gunakan pad witch hazel pada kawasan rektum. Tukar pad secara kerap untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut.
3. Gunakan ais. Terapi ais boleh mengurangkan bengkak dan rasa tidak selesa. Gunakan pek ais pada kawasan yang terjejas beberapa kali sehari.
Bagaimana nak cegah buasir masa hamil?
Berikut antara cara untuk elak buasir ketika hamil.
1. Elak dari sembelit dengan mengamalkan makanan tinggi serat, banyakkan pengambilan buahan dan sayuran, minum banyak air dan rajinkan diri bersenam.
2. Jangan tangguh untuk ke bilik air bila tiba masa untuk membuang air besar.
3. Jangan duduk terlalu lama dalam bilik air kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada kawasan rektum.
4. Lakukan senaman kegel setiap hari. Kegel meningkatkan peredaran di kawasan rektum dan menguatkan otot di sekitar dubur, seterusnya mengurangkan risiko buasir. Senaman ini juga menguatkan otot-otot di sekeliling vagina dan uretra, yang boleh membantu tubuh anda sembuh selepas anda melahirkan.
5. Jangan duduk atau berdiri untuk tempoh waktu yang lama. Jika kerja anda melibatkan duduk di meja, pastikan anda bangun dan bergerak selama beberapa minit setiap jam atau lebih. Di rumah, berbaring mengiring apabila tidur, membaca, atau menonton TV untuk mengelakkan tekanan pada urat dubur anda dan meningkatkan peredaran balik darah dari bahagian bawah badan anda.
Di sini saya ingin kongsikan pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah buasir ketika hamil. Apa yang beliau lakukan untuk atasi masalahnya? Jom ikuti kisah beliau selanjutnya dalam video ini.
[BUASIR KETIKA HAMIL SEMBUH & JAUNDICE CEPAT TURUN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE].
Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.
Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.
Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita.
Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.
Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras.
Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice.
Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada.
nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg.
Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!
Alhamdullilah, setelah beliau amalkan set berpantang dari Shaklee, masalah buasir beliau semakin membaik dan akhirnya pulih. Banyak juga manfaat lain yang beliau dapat dengan set berpantang Shaklee..Berat badan turun, bacaan kuning anak cepat turun dan tak alami sembelit lagi.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk ibu-ibu hamil yang juga menghadapi masalah buasir ketika hamil. Jangan tertekan tetapi banyakkan bersabar dan ikhtiarkan jalan penyelesaiannya.
Sekiranya ibu-ibu berminat untuk dapatkan set berpantang Shaklee, boleh dapatkan dari saya pengedar sah Shaklee anda.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
takutnya kalau kena buasir ni , nasib baik ada set shaklee
ReplyDeleteSeram kan..lagi2 kena waktu hamil..sengsara rasanya..
DeleteCara Kurangkan Protein Dalam Air Kencing
Saya pernah kena buasir sebelum ni. Sebab utamanya sembelit. Huhu. Sakit sangat. Nasib baik ambik shaklee.
ReplyDeletebila sembelit memang sgt mudah utk jadi buasir..nasib baik sis jumpa cara nak atasinya..alhamdulillah..
DeleteCiri-ciri Anak Hiperaktif/ADHD Yang Mungkin Ibu Bapa Terlepas Pandang