5 Petua Mudah Elak Kejang Kaki Ketika Hamil

Kejang kaki ketika hamil adalah perkara normal. Biasanya, kejang kaki semakin kerap dialami oleh wanita hamil bila kandungan berada di trimester kedua dan ketiga.

Kejang kaki boleh berlaku di siang hari, namun, selalunya wanita hamil akan kerap mengalaminya pada waktu malam. Ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk elak dari kejang kaki ketika hamil. Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.



Apakah Punca Terjadinya Kejang Kaki?


Kejang kaki pada wanita hamil biasanya menjejaskan bahagian betis, kaki atau kedua-duanya. Tidak diketahui punca kenapa wanita hamil mudah diserang kejang kaki. Namun, dipercayai ia boleh jadi disebabkan oleh berat yang bertambah akibat mengandung menjadikan otot kaki lemah dan kejang.

Perkembangan bayi dalam rahim juga boleh memberi tekanan ke atas saraf dan salur darah di bahagian kaki yang seterusnya boleh menyebabkan kejang kaki.


Apa yang boleh dilakukan untuk melegakan kejang kaki?


Sekiranya kita diserang kejang kaki, langkah berikut boleh dilakukan untuk mengatasi kekejangan dan mengurangkan kesakitan:

1. Luruskan kaki dan dengan perlahan-lahan dan secara lembut gerakkan dan regangkan pergelangan kaki dan jari kaki ke arah kaki beberapa kali.

2. Selepas buat regangan, urut otot atau tuam dengan botol air panas untuk merehatkan tisu. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu mengurangkan kekejangan.

Jika kekejangan kaki yang dialami semakin teruk dan berpanjangan, serta anda dapati bahagian kaki yang kejang tersebut kelihatan merah dan bengkak, itu mungkin tanda-tanda pembekuan darah. Segera rujuk dengan doktor pakar.


Bagaimana untuk mengelak dari kejang kaki ketika hamil?


Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengelak dari alami kejang kaki ketika hamil. Ia termasuk:

1. Regangkan otot betis pada waktu siang dan beberapa kali sebelum tidur.

2. Ketika berehat, pastikan kaki dinaikkan sedikit.

3. Cuba amalkan mandi air suam sebelum tidur untuk merehatkan otot.

4. Pastikan minum air yang cukup untuk kekal hidrat.

5. Ambil diet yang seimbang yang termasuk makanan kaya dengan kalsium dan magnesium yang dipercayai boleh bantu elak dari kejang kaki.

Untuk menyokong keperluan kalsium dan magnesium, Ostematrix boleh bantu. Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan juga vitamin D yang bagus untuk pertumbuhan tulang ibu dan bayi yang kuat dan sihat dan juga dipercayai boleh bantu wanita hamil yang kerap alami masalah kejang kaki.

Feedback dari Pengguna







Semoga petua-petua yang dikongsikan dapat membantu wanita hamil untuk atasi dan elak masalah kejang kaki dari berulang.

Untuk lengkapkan keperluan nutrisi wanita hamil sepanjang tempoh kehamilan, sangat sangat menyarankan anda mencuba Set Kehamilan Shaklee. Di dalam set tersebut mengandungi kesemua vitamin dan mineral penting yang wanita hamil perlukan termasuklah kalsium dan magnesium.

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut tentang set ini - > Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Lebih Cergas Dan Sihat

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top