Tips Betulkan Kedudukan Bayi Songsang Secara Semulajadi

Kedudukan bayi songsang semasa awal kehamilan adalah normal. Jadi, tiada apa yang perlu untuk dibimbangkan.

Namun, jika bayi masih tidak berpusing ke kedudukan normal pada hujung kehamilan, ini merendahkan peluang kita untuk melalui kelahiran secara normal.

Untuk itu, saya akan kongsikan dalam entri ini beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menggalakkan bayi berubah ke posisi normal.


Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan bayi songsang?


Bayi yang berada dalam kedudukan songsang membawa maksud punggung bayi berada di bahagian pelvis (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. Terdapat tiga jenis kedudukan songsang, iaitu :



1. Frank breeches

Keadaan ini berlaku apabila kedua-dua kaki bayi lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepalanya. Kedudukan songsang jenis ini terjadi dalam 70 peratus kehamilan. Kelahiran songsang secara normal boleh berlaku dalam keadaan ini

2. Complete breeches

Kedua-dua kaki bayi berlipat di sendi lutut. Doktor boleh merasa kedua-dua pergelangan kaki dan punggung bayi bila melakukan pemeriksaan. Untuk kedudukan jenis ini, ia berlaku dalam 15 peratus kehamilan.

3. Footing breeches

Salah satu kaki berlipat di sendi lutut dan kaki yang satu lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Keadaan songsang ini berlaku kepada 15 peratus kehamilan. Jika kita alami kedudukan bayi songsang jenis ini, kita hanya boleh melahirkan melalui pembedahan. Ini kerana dikhuatiri tali pusat turun ke bawah bersama air ketuban (cord prolapse) dan seterusnya membawa kepada risiko bayi kekurangan oksigen.


Punca Kedudukan Bayi Songsang


Kebiasaannya, bayi yang berada dalam kedudukan songsang diawal kehamilan akan berubah ke posisi normal ketika kehamilan mencecah usia pertengahan. Malah, ada yang boleh berubah pada saat akhir kehamilan.

Namun, jika bayi tidak berubah kedudukan, kelahiran songsang boleh berlaku tetapi ia amat berisiko. Sebab itu, selalunya doktor akan mensyorkan kelahiran melalui pembedahan untuk kes bayi songsang.

Punca sebenar kenapa bayi dalam kedudukan songsang di hujung kehamilan masih belum diketahui. Namun, ia dikaitkan dengan beberapa faktor :

- rahim sudah bersifat anjal kesan dari kekerapan kelahiran.
- saiz bayi terlalu besar berbanding tulang pinggul.
- mempunyai pengalaman melahirkan bayi pramatang di kelahiran terdahulu.
- bentuk rahim yang tidak normal.
- kekurangan air ketuban
- hamil kembar dengan salah seorang songsang.
- mengalami plasenta previa sehingga menutupi laluan untuk bukaan rahim.

Kaeadah yang sedia ada untuk memusingkan bayi songsang dikenali sebagai External Cephalic Version (ECV). Kaedah ini melibatkan prosedur di mana doktor pakar akan cuba memusingkan posisi bayi supaya kepalanya berada di bahagian bawah dengan bantuan alat kelengkapan seperti ujian ultrasound dan CTG.

Prosedur ini adalah selamat jika dilakukan dengan teliti namun berdepan dengan risiko kelahiran pramatang, tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan atau kecederaan rahim.


Tips Betulkan Kedudukan Bayi Songsang Secara Semulajadi


Berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk menggalakkan bayi berubah ke posisi normal.

1. Senaman tilt position


Cara senaman ini adalah sama seperti kita sujud ketika solat. Jadi, digalakkan untuk sujud lebih lama ketika dalam solat. Pada masa yang sama, kita boleh berdoa mohon agar bayi berubah ke kedudukan normal terutamanya pada sujud terakhir.

Menurut pakar, kita boleh lakukan senaman ini 20 minit sehari. Manfaat dari senaman ini ialah menggalakkan kepala bayi untuk turun ke bahagian sepatutnya.

2. Merangkak

Lebihkan banyak masa berada dalam posisi merangkak. Dengan melakukan posisi ini, dipercayai graviti dapat menarik kepala bayi ke bawah. Disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil melakukan aktiviti lain seperti membaca majalah, buku atau surat khabar.

3. Kaedah panas - sejuk

Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Kaedah ini mungkin boleh menggalakkan bayi mengubah kedudukan kerana bayi cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

4. Berendam di kolam renang

Aktiviti berendam di kolam renang dapat menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Langkah ini dipercayai menggalakkan bayi mengubah kedudukannya dan memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Lampu suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya adalah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Bayi cenderung untuk bergerak ke arah cahaya.

6. Bercakap dan memujuk

Cuba kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berpusing dan berada di kedudukan yang normal sehingga waktu kelahirannya tiba.

7. Doa


Banyakkan berdoa dan buat solat hajat memohon bayi berubah ke kedudukan normal bagi membolehkan kita melahirkannya tanpa sebarang komplikasi kelahiran yang lain.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda untuk elak dari kelahiran songsang. Jangan cepat panik jika bayi anda belum berada di posisi normal. Banyakkan berdoa dan berusaha. Cuba amalkan tips yang dinyatakan sebaiknya.


Saya sendiri juga mempunyai pengalaman bayi songsang di hujung kehamilan. Nak tau apa yang saya amalkan sehingga akhirnya bayi dalam kandungan berpusing dan dapat lahirkannya secara normal? Jemput baca coretan saya di sini -> Pengalaman Bayi Songsang Di Hujung Kehamilan.

Bagi wanita hamil yang inginkan set berpantang yang dapat bantu mengembalikan kecergasan dan memulihkan luka dengan cepat, Set Berpantang  Shaklee adalah jawapannya. Nak tau lanjut tentang set ini, jemput baca di sini.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.



Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top