Cara Mudah Atasi Anak Sembelit Teruk Dengan Berkesan

Sembelit di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Punca utama selalunya disebabkan oleh perubahan pada pemakanan mereka.

Kita biasanya akan mula risau bila tengok anak kita tak buang air besar seharian. Tak perlu panik sebenarnya. Malah tiga hari baru anak kita buang air besar masih dikira normal melainkan mereka menunjukkan tanda-tanda sembelit.

Apakah tanda-tanda anak kita sembelit? Bagaimana untuk atasi masalah sembelit yang dialami oleh anak kita? Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.


Tanda-tanda Anak Alami Sembelit


Berikut antara tanda-tanda yang mungkin dialami oleh kanak-kanak bila mereka alami sembelit.

- anak merasa resah gelisah atau tidak selesa ketika buang air besar.

- anak mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran semasa buang air besar.

- najis anak kelihatan kering, keras, berketul-ketul dan berbiji-biji seperti biji kacang.

- kentut atau najis mungkin berbau lebih busuk.

- anak kurang selera makan.

- perut kembung.

- kekerapan buang air besar berkurangan.


Punca Sembelit Di Kalangan Kanak-kanak


Sembelit adalah gangguan pada sistem pencernaan yang turut dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akan sukar dan kurang membuang air besar.

Punca sembelit di kalangan kanak-kanak boleh jadi disebabkan oleh :

- kurang pengambilan serat di dalam makanan harian. Serat banyak didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

- kurang minum air putih

- makan makanan segera (fast food) yang mengandungi banyak lemak seperti burger, kentang goreng.

 - makan makanan yang mengandungi gula yang diproses seperti gula-gula, biskut manis dan soft drink.

- bagi bayi sembelit mungkin berlaku apabila adanya peralihan dari susu ibu kepada susu fomula yang mana susu formula sukar untuk dihadam dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.

- peralihan dari makanan bayi kepada makanan pejal (solid food). Usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi dengan baik.

- gemar menangguh untuk buang air besar. Anak selalunya cenderung untuk mengelak pergi ke bilik air walaupun mereka benar-benar ada desakan untuk berbuat demikian. Antara sebabnya tidak mahu berhenti bermain permainan yang menyeronokkan atau menggunakan tandas awam.

- anak alami tekanan seperti cemas tentang permulaan untuk ke sekolah baru dan adanya masalah di rumah. Kajian menunjukkan bahawa kecelaruan emosi boleh memberi kesan kepada usus untuk berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sembelit serta masalah lain seperti cirit-birit.




Cara Mudah Atasi Anak Sembelit


1. Lakukan pergerakan kaki.


Baringkan bayi dan tetapkan kaki ke atas. Kemudian cuba gerakkan kaki anak anda seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Tujuannya adalah untuk merangsang pergerakan usus di dalam badan.

2. Banyakkan pengambilan serat.


Jika anak berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, berikan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar secara segar. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan membantu membuang najis dengan mudah.

Kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti jus betik dan air suam. Jus betik dipercayai mengandungi serat yang tinggi.

3. Amalkan Mealshakes dalam diet harian.


Mealshakes sangat bagus dan berkesan untuk bantu atasi anak sembelit. Ia mengandungi serat dan juga bekalkan magnesium. Kedua-dua nutrien ini membantu dalam masalah sembelit.

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Ia juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Feedback Dari Pengguna


Ini adalah perkongsian dari seorang ibu yang anaknya mengalami masalah sembelit teruk sampai kena seluk untuk keluarkan najis. Bagaimana beliau atasi masalah sembelit yang dialami oleh anaknya?

Jom sama-sama tonton video menarik ini.


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Segera usahakan sesuatu bila anak kita kerap alami sembelit. Walaupun masalah ini adalah perkara biasa, tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup anak. Berminat untuk ikhtiar dengan pengambilan supplemen ini, boleh tanya saya. Saya sedia untuk membantu.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top