Cara Cegah 'Kencing Kotor' Semasa Hamil Untuk Elak Komplikasi Serius

Kencing kotor atau dikenali juga sebagai jangkitan salur kencing @ Urinary Tract Infection (UTI) mudah menyerang wanita hamil. Masalah ini berpunca dari kuman bakteria yang memasuki sistem urinari dan membiak didalamnya seterusnya menyebabkan jangkitan.

Apakah punca wanita hamil mudah mendapat kencing kotor? Apakah risiko dan komplikasi dari masalah ini kepada wanita hamil dan bayi? Semuanya saya akan kongsikan dalam entri ini termasuk cara cegah kencing kotor semasa hamil.




Mengapa Wanita Hamil Mudah Alami Kencing Kotor?


Kalau dibandingkan lelaki dan wanita, masalah kencing kotor lebih mudah dialami oleh wanita kerana mempunyai uretra yang pendek dan hampir dengan anus. Manakala, di kalangan wanita, mereka yang hamil lebih mudah untuk mendapat penyakit kencing kotor disebabkan oleh perubahan hormon semasa hamil.

Tahap kandungan hormon yang tinggi semasa hamil mengakibatkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah. Ini seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan memperlahankan pengaliran air kencing. Ditambah pula dengan pembesaran rahim yang menekan salur kencing ureter dari luar, kesannya pergerakan air kencing bertambah tersekat.

Dengan otot pundi kencing yang lemah, ia tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Jadi, kuman yang berada di pundi kencing lebih mudah membiak. Malah, akibat dari perubahan hormon, air kencing wanita hamil juga jadi lebih berasid dan mengandungi lebih gula yang seterusnya menyebabkan kuman bakteria lebih mudah untuk membiak.

Sumber : drzubaidi.com


Tanda-tanda Kencing Kotor


Tanda-tanda kencing kotor bergantung kepada usia pesakit dan kawasan yang mengalami jangkitan. Kebiasaannya, tanda-tanda awal ialah gatal atau rasa pedih pada bahagian uretra. Namun, untuk wanita hamil ada kebarangkalian jangkitan tidak menunjukkan sebarang simptom. 

Berikut adalah beberapa tanda-tanda kencing kotor:

  • Kerap buang air kecil sepanjang hari dan malam.
  • Rasa tidak puas buang air kecil. Rasa ingin buang air tetapi hanya sedikit yang keluar dan disertai rasa sakit.
  • Rasa sakit dan pedih ketika buang air kecil.

Jika jangkitan yang dialami lebih serius, tanda-tanda berikut mungkin akan berlaku:

  • Demam atau rasa seram sejuk
  • Air kencing keruh, berwarna gelap atau mengandungi darah.
  • Air kencing berbau kuat dan hancing
  • Sakit di bahagian bawah abdomen, belakang atau tepi badan.
  • Loya atau muntah-muntah


Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda seperti diatas. Penting untuk dapatkan rawatan jika kita didapati mempunyai masalah kencing kotor semasa hamil. Ini kerana masalah ini boleh membawa kepada komplikasi yang serius iaitu jangkitan pada buah pinggang (pyelonephritis). Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh mengakibatkan kematian.

Bayi dalam kandungan juga boleh turut terjejas di mana berisiko untuk lahir pramatang dan mempunyai berat badan yang rendah.


Rawatan Kencing Kotor


Rawatan untuk kencing kotor biasanya melibatkan penggunaan antibiotik. Adalah penting untuk kita mematuhi arahan pengambilan ubat tersebut di mana habiskan ubat yang diberi walaupun simptom jangkitan sudah tiada. 

Jika kita berhenti mengambil ubat sebelum masanya, bakteria yang masih tertinggal di dalam pundi kencing dan uretra akan menyebabkan jangkitan berlaku semula. Selain itu, akibat lain adalah bakteria akan menjadi lebih kuat dan kebal dari rawatan antibiotik tersebut. Jadi, jangkitan susulan lebih sukar untuk dirawat.


Tips Cegah Jangkitan Salur Kencing Semasa Hamil


Setiap wanita hamil berisiko untuk mendapat kencing kotor. Namun, kita boleh cegah diri dari mendapatnya dengan menjaga kebersihan diri dan mengurangkan bakteria dari memasuki uretra dan mencegah ia dari membiak di dalam salur kencing. Tips berikut boleh bantu mencegah kencing kotor dari berlaku atau berulang:

1. Selepas buang air besar, amalkan tabiat mengesat dari depan ke belakang. Ini dapat mengelakkan uretra menjadi kotor dengan bakteria dari kawasan faraj dan dubur.

2. Jangan sesekali menahan dari buang air kecil bila adanya gesaan untuk berbuat demikian. Dengan buang air kecil, kita sebenarnya mencuci tubuh dengan menyingkirkan bakteria di dalam air kencing sebelum jangkitan berlaku.

3. Amalkan membuang air kecil dalam tempoh 10minit selepas melakukan hubungan kelamin. Perhubungan intim dengan suami akan menyebabkan sedikit trauma pada uretra dan akan membenarkan bakteria memasukinya. Dengan membuang air kecil, ia dapat membantu mengeluarkan semula bakteria.

4. Jangan biarkan meatus (bukaan uretra) berada dalam keadaan lembap untuk jangka waktu yang panjang. Kelembapan akan membenarkan bakteria masuk ke dalam meatus dan membiak. Jadi, elakkan mandian buih, pakaian lembap atau ketat, pemakaian seluar dalam nylon dan pakaian spandex (bergetah) kerana ia akan meningkatkan kelembapan dan kerengsaan.


Pendekatan Pemakanan Untuk Bantu Masalah Kencing Kotor


Berikut adalah antara pemakanan yang bagus untuk mempercepatkan pemulihan dari jangkitan salur kencing dan mencegahnya dari berulang:


1. Banyakkan minum air. 



Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Ini dapat meningkatkan kadar pembuangan air kecil dan boleh membantu mengeluarkan bakteria.


2. Tingkatkan pengambilan Vitamin C. 




Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti buah oren, tomato, dan brokoli. Makanan ini dapat meningkatkan fungsi sistem imun dalam melawan jangkitan. 


3. Makan yogurt.



Pengambilan probiotik dapat membantu kerana ia boleh menghalang pembiakan bakteria penyebab jangkitan salur kencing.


4. Elakkan minuman berkafein dan gula


Minuman ini boleh merengsakan pundi kencing dan boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Bila berlaku pendarahan, bakteria dapat memasuki salur kencing dengan lebih mudah.


Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, untuk wanita hamil, jagalah kebersihan diri, amalkan pemakanan yang sihat dan ambil suplemen dengan bijak agar kesihatan diri dan bayi terjamin sepanjang tempoh kehamilan.

Perlukan suplemen untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hamil? 
Klik - > Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Lebih Cergas Dan Sihat

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.



Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top