Cara Mudah Hilangkan Sakit Gastrik Dengan Berkesan

Gastrik merupakan suatu penyakit yang selalunya dikaitkan dengan rasa sakit atau pedih pada bahagian perut atau ulu hati. Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulser perut (ulser peptik).

Gastritis merupakan keradangan pada mukosa yang melapik dinding perut manakala ulser perut adalah gastrik pada tahap kronik di mana berlaku pendarahan pada bahagian dinding perut.

Jangan ambil mudah dengan penyakit ini. Jika gastrik dibiarkan berterusan tanpa rawatan untuk tempoh yang lama, kita berisiko untuk mendapat ulser perut dan pendarahan dalaman. Paling teruk, ia boleh menjadi penyebab kepada kanser perut.

Terdapat beberapa cara mudah yang boleh kita lakukan untuk hilangkan sakit gastrik dan seterusnya cegah ia dari berulang. Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.



Simptom Gastrik


Berikut antara simptom yang biasanya dialami oleh pesakit gastrik:

●  Kerap sakit dibahagian kanan kepala terutamanya ketika perut kosong atau lewat malam.

●  Sakit kepala disertai rasa loya atau mual, rasa sebu dan tiada selera makan.

●  Muntah yang kadangkala berwarna kuning, mengandungi darah atau darah bergumpal.

●  Sakit perut atau ulu hati yang teruk

●  Kerap sendawa

●  Najis kehitaman


Punca Terjadinya Gastrik


Secara semulajadi, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan bersifat menghakis. Jadi, mukosa yang melapisi dinding perut kita bertindak menghalang dinding perut kita dari terhakis.

Gastrik berlaku sekiranya tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan mukosa.

Pada tahap gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan. Simptom pendarahan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar dan muntah mengandungi darah ataupun hitam seperti kopi. Lelaki lebih berisiko mengalami penyakit ini dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda daripada wanita.

Faktor yang boleh mencetuskan serangan gastrik termasuklah :

1. Makanan pedas. Ia meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakan makanan.

2. Makanan atau minuman masam. Ia meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut.

3. Makanan berminyak atau berlemak (kecuali menggunakan minyak zaitun). Ia sukar untuk dihadam, menyebabkan lebih banyak asid perut akan dirembeskan untuk mencerna makanan.

4. Merokok. Ia mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali.

5. Minuman berkafein (teh @ kopi). Ia mampu meransang rembesan asid perut.

6. Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs). Pengambilan yang berterusan dan secara kerap (contoh:aspirin) akan menyebabkan hakisan kepada dinding perut.

7. Stress / tekanan emosi. Apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan lebih banyak asid.

8. Jangkitan bakteria H.Pylori. Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser).


Cara Hilangkan Sakit Gastrik


Untuk mengurangkan sakit gastrik dan seterusnya mencegah gastrik dari berulang, kita boleh mengelakkan dari faktor pencetusnya. Berikut antara perkara yang boleh diamalkan :

1. Elakkan atau kurangkan makanan yang pedas, masam, berempah dan banyak bahan pengawet.

2. Kurangkan minuman berkafein dan berkarbonat.

3. Amalkan pemakanan yang sihat dan diet yang teratur.

4. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap.

5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh bantu mengurangkan keasidan perut.

6. Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol.

7. Kurangkan pengambilan dan kebergantungan pada ubat tahan sakit.

8. Sekiranya berpuasa, pastikan jangan tinggal sahur. Untuk tips lain, boleh baca di sini -> Tips elak serangan gastrik semasa berpuasa.


Selain daripada tips di atas, ada beberapa suplemen yang penghidap gastrik boleh amalkan untuk bantu mengurangkan simptom gastrik dan seterusnya mencegah serangan gastrik dari berulang.

Antara supplemen yang dapat membantu pesakit gastrik termasuklah :




Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana mempunyai sumber protein soya non-GMO yang tinggi sifat kealkaliannya.

Ia juga membantu membina sel-sel baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut.



Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu mengurangkan keasidan dalam perut.

Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara meneuturalkan asid yang memasuki esofagus.



B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja,alkohol dan ubatan preskripsi.

B Complex amat membantu dalam proses sintesis DNA,menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma.



Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

Ia juga mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman.

Untuk rasa yang lebih menyegarkan, rendamkan 3 biji Peppermint Ginger Plus dan minum airnya. Rasa herba yang sejuk menyegarkan tekak dan melegakan ketidakselesaan perut serta pedih ulu hati.


Feedback Dari Pengguna

Wanita ini merupakan pesakit gastrik kronik sampai tak boleh bangun 10 tahun lepas. Tapi kini beliau cergas. Apa rahsianya? Jom tonton video ni.

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

#Testimoni 1

#Testimoni 2


#Testimoni 3




Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah gastrik yang dihadapi. Jangan biarkan penyakit gastrik menjadi bertambah teruk. Usahakan sesuatu demi untuk dapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Perlukan bantuan supplemen, boleh tanya saya. Saya sedia membantu.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top