Sembelit antara masalah yang biasa dihadapi oleh kebanyakan wanita hamil terutamanya bagi mereka yang sedang berada di hujung kehamilan.
Perubahan hormon, tekanan dari rahim yang semakin membesar dan juga supplemen zat besi antara punca yang menyebabkan sembelit dikalangan wanita hamil.
Sembelit harus diatasi segera. Wanita hamil yang kerap sembelit berisiko untuk alami buasir atau memburukkan lagi buasir yang sedia ada. Jadi, dalam entry kali ini, saya akan kongsikan beberapa petua mudah untuk atasi sembelit ketika hamil.
Apakah punca sembelit ketika hamil?
Sembelit merupakan suatu keadaan di mana berlakunya masalah dalam pergerakan usus yang mengakibatkan najis keras dan sukar untuk dikeluarkan.
Punca utama sembelit ketika hamil adalah disebabkan oleh hormon kehamilan. Peningkatan hormon progesterone semasa hamil, di mana ia merehatkan otot di saluran pencernaan menyebabkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan menjadi perlahan.
Ditambah pula dengan tekanan fizikal dari rahim yang semakin membesar ke atas usus, ia menghalang pergerakan najis dan seterusnya memburukkan lagi masalah sembelit.
Zat besi yang terdapat di dalam vitamin pranatal kita juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sembelit.
Petua Mudah Atasi Sembelit
Berikut adalah petua yang boleh kita amalkan untuk atasi sembelit dan juga mengelakkan diri dari kerap mengalaminya.
1. Banyakkan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Makanan tinggi serat boleh bantu elakkan sembelit. Setiap wanita hamil sepatutnya mendapatkan 25-35 gram serat setiap hari untuk kekal sihat. Sumber terbaik serat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, kekacang, bran cereal dan roti gandum penuh.
Berikut merupakan tips untuk pastikan kita mendapat keperluan serat yang cukup setiap hari:
- mulakan hari dengan bijirin penuh yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat bagi setiap hidangan. Tambahkan bijirin anda dengan germa gandum, kepingan pisang, strawberi atau kismis. Kesemua ini adalah sumber serat yang baik.
- kandungan serat dalam sayuran yang dimasak boleh berkurangan. Jadi, bila masak sayur, elakkan ia dari terlebih masak.
- jus buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang rendah berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dikisar atau diperah. Jadi, seeloknya kurangkan pengambilan minuman tersebut. Banyakkan mengambil raw food.
- kebanyakan serat terdapat pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi, jangan kupas kulitnya. Basuh sebersihnya buah dan sayur untuk mengeluarkan kekotoran dan bakteria sebelum makan.
- makanlah kekacang dan kurangkan pengambilan daging.
2. Banyakkan minum air
Adalah sangat penting untuk kekal hidrat semasa hamil. Untuk wanita hamil, sebaiknya sasarkan 8 - 10 gelas air sehari. Ini boleh bantu melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan sembelit.
3. Bersenam
Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap boleh bantu mengurangkan sembelit. Senaman membantu menggerakkan usus kita. Wanita hamil patut cuba bersenam 3 kali seminggu dengan 20-30 minit setiap sesi.
Senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan kaki, berenang dan lakukan senaman yoga khusus untuk wanita hamil. Pastikan dapatkan pandangan doktor senaman yang selamat untuk kita dan bayi sebelum melakukannya.
4. Makan dalam kuantiti kecil
Cuba pecahkan pengambilan makanan harian menjadi lima atau enam hidangan yang lebih kecil untuk membantu melegakan sembelit. Ini akan membolehkan perut mencerna makanan tanpa perlu bekerja lebih masa, dan membiarkannya memindahkan makanan ke usus dan kolon dengan lancar.
Makan makanan dengan banyak boleh membebankan perut kita dan menjadikan sistem pencernaan kita lebih sukar untuk memproses apa yang telah kita makan.
5. Cuba vitamin pranatal yang lain.
Jika sembelit disebabkan oleh pengambilan vitamin pranatal yang tinggi kandungan zat besi, berbincanglah dengan doktor untuk menukar dengan vitamin lain yang rendah kandungan zat besinya.
Jangan sesekali berhenti dari mengambil vitamin pranatal kerana kita dan bayi memerlukan nutrien-nutrien yang terdapat didalamnya.
Set Kehamilan Shaklee boleh bantu untuk atasi masalah sembelit di samping menyokong keperluan nutrisi untuk wanita hamil dan bayi dalam kandungan.
Bagaimana Set Kehamilan Shaklee boleh bantu?
Di dalam set ini terdapat Ostematrix, iaitu supplemen yang sangat bagus untuk atasi masalah sembelit.
Ostematrix mengandungi magnesium yang berfungsi membantu merehatkan dan menenangkan otot usus yang memudahkan penghadaman dan pergerakan usus. Ia juga bantu meningkatkan air di dalam kolon di mana membantu pergerakan usus lebih lancar.
Ini antara sebahagian feedback dari pengguna Ostematrix yang berpuas hati dengan keberkesanannya.
Jangan tunggu lama untuk atasi masalah sembelit yang dihidapi. Usahakan sesuatu dengan segera. Sembelit bukan sahaja menyebabkan anda berasa tidak selesa malah boleh membawa kepada buasir, suatu keadaan yang pasti anda juga tidak mahu alaminya.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment