Risiko Kencing Manis Semasa Hamil Dan Cara Untuk Atasinya

Kencing manis semasa hamil dikenali juga sebagai gestational diabetes mellitus (GDM). Masalah GDM di kalangan wanita hamil adalah perkara biasa. Dianggarkan 18 peratus wanita hamil akan mempunyai masalah ini. Ia biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan.

Adalah penting bagi wanita hamil untuk mengawal GDM sebaik sahaja disahkan menghidapinya. GDM yang tidak dirawat dan dikawal boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu dan bayi yang dikandung.

Apakah risiko GDM terhadap ibu dan bayi? Bagaimana cara untuk wanita hamil dengan GDM menjalani proses kehamilan yang sihat dan selamat? Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.


Apakah Punca GDM Semasa Hamil?


GDM adalah suatu keadaan serius yang berlaku pada wanita hamil di mana bacaan paras glukosa darah lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Kadar glukosa dalam darah di kawal atur oleh insulin, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Semasa hamil, terdapat pelbagai hormon dihasilkan oleh plasenta/uri, contohnya seperti estrogen, kartisol dan human placental lactogen yang boleh mengganggu pengeluaran insulin. Keadaan ini dikenali sebagai rintangan insulin.

Semasa kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga, plasenta semakin membesar. Jadi, lebih banyak hormon penghalang dihasilkan dan seterusnya mengakibatkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

Untuk menangani rintangan tersebut, lazimnya organ pankreas akan bertindakbalas dengan menghasilkan insulin tambahan. Namun, bila ia gagal dilaksanakan, maka berlakulah GDM. Wanita hamil dengan GDM biasanya akan pulih selepas melahirkan anak. Namun, mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi diabetes kemudian nanti.


Apakah Risiko GDM Semasa Hamil?


Kebanyakan wanita hamil dengan GDM tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel. Namun, ada segelintir kes GDM membawa kepada masalah serius kepada ibu dan bayi disebabkan oleh lambat menyedari masalah ini dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Paras glukosa darah yang terkawal sepanjang kehamilan adalah amat penting untuk mengurangkan risiko serta komplikasi berkaitan. Jika paras gula dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, risiko berikut boleh berlaku :

●  Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim. Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.

●  Lebih tinggi risiko untuk bersalin secara pembedahan akibat bayi yang terlalu besar.

●  Jika bersalin normal, tinggi risiko bahu bayi tersangkut ketika proses kelahiran dan kecacatan saraf.

● Kemungkinan kematian bayi dalam rahim secara mengejut.

● Paras gula dalam darah bayi menjadi terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.

● Bayi sukar bernafas

● Sakit kuning (jaundice)

●  Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)


Siapakah Yang Berisiko Untuk Menghidapi GDM?


Sesiapa sahaja boleh menghidapi GDM semasa hamil. Yang lebih berisiko sudah tentu yang mempunyai masalah diabetes sebelum kehamilan lagi. Namun, kebanyakan kes GDM adalah dari wanita tanpa sebarang masalah diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko GDM di kalangan wanita hamil termasuk :

- wanita berumur lebih 35 tahun
- mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi diabetes.
- mempunyai berat badan berlebihan
- pernah mengalami GDM semasa kandungan terdahulu.
- pernah melahirkan bayi bersaiz besar, 4kg ke atas.
- mempunyai penyakit darah tinggi.
- mengalami jangkitan kandiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.
- tidak aktif secara fizikal

Bagaimana Mengesan GDM Dikalangan Wanita Hamil?


GDM boleh dikesan melalui ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT). Untuk yang berisiko tinggi, doktor akan menjalankan ujian ini semasa pemeriksaan awal kehamilan. Untuk yang rendah risikonya, ujian OGTT dijalankan pada minggu ke 24 hingga ke 28 kehamilan.

Ujian OGTT melibatkan pengambilan darah pesakit pada dua keadaan, selepas berpuasa semalaman dan dua jam selepas minum air gula (75gram glukosa dilarutkan dalam 250ml air).

Keputusan normal untuk OGTT adalah :

  • puasa < 6.0 mmol/l
  • 2 jam selepas mengambil glukosa < 7.8 mmol/l


Bagaimana Merawat GDM?



Rawatan untuk GDM memfokuskan kepada langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di paras normal semasa hamil. Antara rawatannya termasuklah;

1. mengikuti pelan pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal seperti mengambil karbohidrat kompleks dan makanan yang kaya serat, memastikan diet rendah lemak dan elakkan makanan bergoreng.

2. melakukan aktiviti fizikal secara sederhana dengan kerap. Ini dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan, seterusnya mengekalkan paras glukosa darah yang normal.

3. sentiasa memantau paras gula dalam darah secara kerap iaitu 4 hingga 6 kali sehari bagi memastikan paras gula sentiasa berada pada tahap normal.

4. Suntikan insulin dan pengambilan ubatan mungkin perlu jika paras glukosa darah masih tinggi walaupun sudah mengamalkan diet yang khusus dan bersenam.


Kawal GDM Dengan Set Kehamilan Shaklee



Selain pemakanan yang sihat dan bersenam, pengambilan vitamin prenatal juga penting dan boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah di tahap normal. Untuk itu, saya syorkan wanita hamil amalkan Set Kehamilan Shaklee di sepanjang proses kehamilan.



Bagaimana Set Kehamilan Shaklee boleh bantu?

1. ESP - bekalkan protein untuk tubuh. Ia berfungsi mengekalkan paras gula dalam darah dan membantu pankreas menghasilkan insulin.

2. SR Vitamin C - berfungsi mengelakkan gula dalam sel menjadi gula alkohol, melawan jangkitan, meningkatkan imuniti dan menjaga kesihatan arteri.

3. OmegaGuard - bekalkan asid lemak Omega 3 yang membantu menurunkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.

4. Vitalea - multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan tubuh. Mengandungi kromium yang diperlukan bagi membantu penyerapan gula oleh sel.

5. Bcomplex - mengandungi vitamin B3 bantu mengekalkan penghasilan insulin dan bantu tingkatkan kawalan gula dalam darah.

6. Ostematrix - mengandungi magnesium yang membantu tubuh memecahkan gula. Paras magnesium yang rendah dalam darah boleh tingkatkan kerintangan insulin.


Ambillah langkah sewajarnya dan usahakan yang terbaik dalam memastikan paras gula dalam darah kita sentiasa di paras terkawal demi untuk mengelakkan masalah kesihatan serius pada diri dan bayi kita.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Bahaya masa pregnant kena kencing manis ni.. Saya alhamdulillah bebas kencing manis lepas amalkan set kehamilan Shaklee ni..

    http://towardsqualitylife.blogspot.my/2017/08/set-ibu-mengandung-shaklee-rahsia-ibu.html?m=1

    ReplyDelete

Back
to top