Tips Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti

Minyak ikan terkenal dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan. Asid lemak Omega 3 yang terkandung di dalam minyak ikan adalah lemak sihat atau lemak baik yang diperlukan oleh tubuh untuk menyokong fungsi tubuh yang normal.

Kini, terdapat banyak produk minyak ikan di pasaran. Jadi, bagaimana nak tau yang kita makan itu adalah minyak ikan yang tulen dan berkualiti? Ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dalam entri ini tentang cara untuk memilih minyak ikan terbaik dan berkualiti tinggi.



Manfaat Asid Lemak Omega 3


Kajian yang mendalam telah dijalankan ke atas lemak Omega 3 untuk mengenalpasti manfaatnya untuk kesihatan tubuh. Berikut adalah manfaat utamanya:

1. Kesihatan jantung


Omega 3 diketahui dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan salur darah dan seterusnya membawa kepada penyakit jantung.

Menurut kajian, EPA & DHA didapati dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung melalui:
• Mengawal trigliserida
(Kolesterol) dan paras tekanan darah
• Meningkatkan peredaran darah
• Mengekalkan ritma jantung yang sihat

2. Kesihatan sendi


EPA & DHA bertindak mengurangkan keradangan dengan menyekat pengeluaran enzim yang merosakkan rawan, penyebab kepada kesakitan sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
• Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
• Mempromosikan mobiliti dan fleksibiliti sendi, mengurangkan kekakuan, bengkak dan kesakitan.
• Mengurangkan keradangan dengan menyekat keradangan dan kerosakan sendi - biasa dialami pesakit arthiritis.
• Bertindak sebagai pelincir kepada sendi yang menyakitkan agar dapat bergerak dengan bebas.

3. Fungsi otak


Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf adalah
terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi sekitar 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:
• Penglibatan dalam penghantaran maklumat antara saraf
• Kesan positif pada mood, kognitif, ingatan, pembelajaran dan perhatian.
• Kesan penuaan yang sihat, yang melambatkan permulaan gangguan otak yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer dan Demensia.

4. Kehamilan dan selepas bersalin


Asid lemak omega-3 adalah penting semasa kehamilan dan sehinggalah tempoh penyusuan susu ibu.

Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:
• Pembangunan otak dan fungsi imun
• mood post-partum yang sihat dan kesejahteraan untuk ibu.
• Pembangunan otak janin, mata dan
sistem saraf.
• DHA adalah komponen penting retina -
Penting untuk perkembangan dalam penglihatan bayi yang betul.
• DHA adalah kritikal kepada pembangunan otak yang optimum
sebelum kelahiran dan semasa umur awal kanak-kanak.
• Boleh mengurangkan risiko alahan dalam bayi.
• Menyokong kelahiran cukup tempoh dan berat lahir yang sihat

Manfaat lain


Omega 3 juga didapati dapat menyokong kesihatan kulit, membantu dalam penurunan berat badan, tingkatkan sistem imun dan mengawal fungsi dan pengeluaran hormon.

Walaupun Omega 3 mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan nutrien ini. Jadi, pengambilan supplemen minyak ikan Omega 3 dalam diet harian sangat penting. Individu yang sihat memerlukan lebih kurang 1000-2000mg Omega 3 setiap hari.

Tips Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi


Untuk memastikan pengambilan EPA/DHA yang cukup, dicadangkan untuk ambil 2-3 hidangan ikan setiap minggu. Tetapi, kebanyakan dari kita tidaklah mengambil hidangan ikan secara kerap.

Terdapat juga kebimbangan terhadap risiko pencemaran yang biasa didapati dalam kebanyakan ikan. Persoalan yang sering timbul adalah sama ada manfaat kesihatan dari makan ikan melebihi makan ikan yang boleh mengandungi merkuri, plumbum atau toksin lain.

Dengan kebimbangan ini, ramai orang beralih kepada supplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan cemar boleh dikeluarkan atau dikurangkan ke tahap di mana ia sepatutnya tidak menimbulkan risiko.

Apabila memilih minyak ikan yang berkualiti baik, pilih yang memenuhi kriteria ini

  • Dikeluarkan oleh syarikat yang berkualiti 
Pilih syarikat yang anda percaya dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

  • Tulen dan selamat
menggunakan teknologi penyulingan molekul. Ia merupakan proses yang meletakkan minyak ikan di bawah vakum dan ini membolehkan ia mendidih pada suhu yang jauh lebih rendah untuk melindunginya dari kerosakan. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin dikeluarkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir.

  •  ikan besar atau ikan kecil?
Jumlah toksin yang rendah dalam ikan kecil tidak menimbulkan masalah. Namun, bila ikan besar makan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpulkan lebih banyak toksin. Bila naikkan lagi rantaian makanan, lebih besar saiz ikan, berlaku lebih tinggi pengumpulan toksin. Jadi, ikan kecil cenderung untuk mempunyai pengumpulan toksin yang lebih rendah.


  •  Kelestarian
Ikan adalah penting dalam diet kita. Kita mesti memastikan yang kita mempunyai sumber minyak ikan yang baik juga di masa depan. Syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian kepada saiz populasi dan had tangkapan dan mengelakkan penangkapan pada masa bertelur untuk kelestarian bekalan untuk jangka panjang.

Bagaimana? Dah jumpa minyak ikan yang memenuhi kriteria di atas? Kalau belum, saya cadangkan anda cuba Shaklee OmegaGuard. Minyak ikan terbaik berkualiti dengan kepekatan Omega 3 yang tinggi.


6 Sebab Mengapa Perlu Pilih Shaklee OmegaGuard 


1. Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan.
Proses proprietari ini, memekatkan omega3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.

2. Kualiti terjamin di mana OmegaGuard merupakan minyak ikan bergred
Farmaseutikal.

3. Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi – satu sajian memberikan 990mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA)

4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen yang terhasil
secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi.

5. Bau dan rasa kesan hanyir yang 
minimum.

6. Diiktiraf oleh Friend of the Sea®. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

Tak perlu ragu-ragu lagi. Shaklee OmegaGuard adalah pilihan minyak ikan terbaik dan berkualiti untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top