Cara Mencegah Osteoporosis Atau Masalah Tulang Rapuh

Osteoporosis yang dikenali juga sebagai masalah tulang rapuh adalah keadaan di mana tulang hilang ketumpatan, yang menyebabkan ianya menjadi lemah dan cenderung untuk patah.

Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai osteoporosis kerana penyakit ini tidak mempunyai sebarang simptom. Selalunya, pesakit osteoporosis hanya mengetahui mereka menghidap penyakit ini setelah alami kepatahan tulang.

Osteoporosis boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia tetapi risiko meningkat apabila kita semakin tua terutama untuk wanita yang sudah menopause.

Jadi, adalah lebih baik kita mencegah osteoporosis atau masalah tulang rapuh ini sebelum ia menyerang kita dan menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup kita. Bagaimana caranya? Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.



Punca terjadinya Osteoporosis


Untuk memahami bagaimana osteoporosis berlaku, kita perlu fahami proses pembinaan tulang. Sama seperti tisu lain dalam badan, tulang juga mengalami proses pembaikan dan pembaharuan. Sel yang dipanggil osteoblasts bertanggungjawab untuk menghasilkan tulang, manakala sel yang dipanggil osteoclasts diperlukan untuk menyingkirkan tulang lama yang mineralnya telah diserap untuk kegunaan lain dalam badan. Jika osteoclasts memecahkan tulang lebih cepat daripada pembentukan tulang oleh osteoblasts, maka tulang cenderung menjadi kurang padat dan lebih mudah untuk patah.

Tulang adalah paling kuat apabila seseorang berusia tiga puluh tahun, dan selepas itu kekuatannya mula menurun. Bagi wanita, kekuatan tulang menurun dengen cepat selepas menopaus. Ini disebabkan oleh pengurangan hormon estrogen, iaitu hormon yang bertanggungjawab dalam mengekalkan ketumpatan tulang. Bagi lelaki, kekurangan androgen menjadi faktor penyumbang kepada osteoporosis.

Faktor lain yang boleh menyebabkan tulang hilang kepadatannya termasuk:
- kekurangan kalsium dan vitamin D
- gaya hidup yang tidak aktif
- merokok
- pengambilan alkohol berlebihan
- berat badan rendah atau obesiti
- sejarah keluarga dengan Osteoporosis
- faktor genetik
- masalah tiroid
- penggunaan jangka panjang sesetengah ubat seperti corticosteroid, diuretik dan anticoagulants.


Cara Mencegah Osteoporosis



Berikut merupakan langkah yang boleh kita ambil untuk mencegah dari osteoporosis.

1. Dapatkan kalsium dan vitamin D yang cukup untuk tubuh


Banyakkan makanan yang tinggi kandungan kalsium dan Vitamin D dalam diet harian. Keperluan kalsium yang dicadangkan adalah 1000mg sehari untuk lelaki berusia 70 tahun ke bawah manakala 1200mg sehari untuk wanita berusia 50 tahun ke atas dan lelaki 70 tahun ke atas.

Sumber makanan kaya dengan kalsium termasuk produk tenusu, soya yang diperkaya, kekacang, tauhu, sayur-sayuran berdaun hijau gelap. Lebih gelap hijaunya, lebih banyak kandungan kalsium.

Keperluan vitamin D juga penting kerana tubuh kita perlukan ia untuk menyerap kalsium. Sumber utama Vitamin D adalah cahaya matahari. Jadi, boleh amalkan berjemur di bawah sinaran matahari di waktu pagi selama 10 minit untuk dapatkan manfaatnya.

Melalui pemakanan, kita boleh dapatkan vitamin D dari susu, kuning telur dan ikan berlemak seperti mackerel.

2. Cukupkan Vitamin K


Kajian menunjukkan individu yang mengambil banyak vitamin K mempunyai risiko lebih rendah untuk patah pinggul berbanding individu yang hanya mendapatkan sedikit Vitamin K dalam diet seharian. Sumber terbaik vitamin K terdapat dalam sayuran berdaun hijau, kacang pis, brokoli, pucuk brussels, kale dan hati lembu.

3. Amalkan soya


Kajian menunjukkan soya boleh memainkan peranan dalam mencegah osteoporosis kerana ia mengandungi isoflavones, sejenis estrogen tumbuhan yang boleh bantu memelihara jisim tulang terutama semasa perimenopause dan menopause.

4. Banyakkan pengambilan Vitamin C



Terdapat kajian mengaitkan pengambilan vitamin C yang tinggi dengan ketumpatan tulang yang tinggi. Vitamin C juga membantu pembentukan tisu penyambung yang mencantumkan tulang bersama. Sumber terbaik vitamin C adalah buah-buahan dan sayuran terutamanya buahan sitrus, beri, tembikai dan lada.

5. Kurangkan/elakkan makanan yang mengganggu penyerapan kalsium


Minuman berkafein seperti kopi, teh, minuman soda, makanan tinggi kandungan sodium dan paras protein boleh mengganggu penyerapan kalsium dan menyebabkam kalsium disingkirkan melalui urin.

6. Kekal aktif dan bersenam



Ketumpatan tulang juga bergantung pada senaman. Bila badan kita sentiasa bersenam seperti berjalan, tubuh bertindakbalas dengan menyimpan lebih banyak mineral dalam tulang, terutamanya tulang kaki, pinggul dan tulang belakang.

7. Pengambilan supplemen


Pengambilan supplemen dapat melengkapkan usaha kita untuk menggalakkan tulang yang sihat. Agak sukar untuk memenuhi keperluan nutrisi melalui pemakanan sahaja. Jadi, supplemen boleh bantu menyokong keperluan nutrisi yang badan kita perlukan.

Di Shaklee, supplemen yang bermanfaat untuk menyokong kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis termasuk Ostematrix, Sustained release Vitamin C, Vitalea dan ESP Mixed Soy Protein Isolate.


Semoga perkongsian ini dapat beri manfaat bagi anda yang ingin menjaga kesihatan tulang dan mengelakkan diri dari risiko osteoporosis.


Jika berminat untuk dapatkan suplemen Shaklee yang membantu menyokong kesihatan tulang, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. takutnya masalah tulang rapuh ni kan . perlu ambil cukup kalsium la klu gini

    ReplyDelete

Back
to top