Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat Untuk Tingkatkan Peluang Hamil

Ada pasangan mudah untuk dapat anak. Ada juga yang bertahun mencuba tetapi masih lagi belum berjaya hamil. Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan dan salah satu daripadanya adalah masalah tiub fallopio tersumbat.


Dianggarkan hampir 30 peratus golongan wanita yang tidak boleh hamil berpunca dari tiub fallopio tersumbat atau kerosakan pada tiub. Masalah ini selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Jadi, kebanyakan wanita tidak menyedari mereka mempunyai tiub fallopio tersumbat dan hanya mengetahuinya bila menghadapi kesukaran untuk hamil.

Jangan biarkan masalah ini menjejaskan kesuburan anda. Atasi segera. Apakah cara berkesan untuk atasi masalah tiub fallopio tersumbat dan seterusnya tingkatkan peluang hamil? Semuanya akan saya kongsikan dalam enti kali ini.



Punca Tiub Fallopio Tersumbat


Kebiasaannya, tiub fallopian tersumbat berpunca dari penyakit radang pelvik (PID). PID biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin (STD), tetapi tidak semua jangkitan pelvis berkaitan dengan STD. Walaupun PID sudah pulih, sejarah PID atau jangkitan pelvis boleh meningkatkan risiko tiub tersumbat.

Punca lain yang boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat termasuk:
  • Kehamilan ektopik (hamil luar rahim)
  • Pernah jalani pembedahan bawah perut 
  • Jangkitan bakteria seperti chlamydia dan gonorrhea

Semua keadaan ini boleh menyebabkan penyumbatan tiub fallopio dengan menyebabkan pelekatan (adhesion), tisu berparut, tumor atau polip terbentuk di dalam laluan tiub. Tiub fallopio juga mungkin tersangkut ke bahagian lain dalam badan - pundi kencing, ovari, rahim, usus, dan lain-lain. Tiub fallopio yang rosak boleh menjadi berpintal atau dinding tiub itu sendiri boleh melekat antara satu sama lain menyebabkan penyumbatan sepenuhnya.


Bagaimana TIub Fallopio Tersumbat Menjejaskan Kesuburan?



Setiap bulan, apabila ovulasi berlaku, telur dikeluarkan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari, melalui tiub, dan masuk ke dalam rahim. Sperma juga perlu berenang dari serviks, melalui rahim, dan kemudian tiub fallopio untuk bertemu dengan telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak melalui tiub.

Sekiranya satu tiub fallopio tersumbat, masih ada peluang untuk wanita hamil. Namun, jika kedua-duanya tersumbat, telur tidak dapat sampai ke rahim, dan sperma juga tidak berjaya mendapatkan telur untuk proses persenyawaan. Keadaan ini menjejaskan peluang wanita untuk hamil.

Ada juga kemungkinan untuk tiub tidak tersumbat sepenuhnya, jadi sperma masih boleh menembusi laluan tersebut. Malangnya, ini boleh meningkatkan risiko kehamilan tiub, atau kehamilan ektopik.


Atasi Tiub Fallopio Tersumbat Melalui Pendekatan Semulajadi


Terdapat banyak cara semulajadi untuk atasi tiub fallopio tersumbat. Apa yang ingin saya fokuskan di sini adalah melalui pendekatan nutrisi. Dalam rangkaian produk Shaklee, terdapat beberapa supplemen yang bermanfaat untuk membantu membaikpulih fungsi tiub fallopio dan juga meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berikut adalah supplemen yang bermanfaat untuk wanita yang mempunyai tiub fallopio tersumbat:

1. Vivix




Vivix kaya dengan pelbagai polifenol tumbuhan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Polifenol mempunyai ciri antioksidan yang sangat berkuasa di mana mampu untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dan abnormal.

Polifenol juga mempunyai ciri anti-radang yang boleh bantu mengurangkan keradangan, yang seterusnya melegakan kesakitan dan juga berfungsi mengurangkan penghasilan tisu berparut. Jika keradangan berterusan di dalam atau di sekitar tiub fallopio, tisu berparut boleh terbentuk.

Polifenol juga bertindak sebagai perisai melindungi sel-sel telur dari kerosakan radikal bebas. Jadi, telur yang dihasilkan ovari dapat 'survive' sepanjang perjalanan ke rahim dan cerah peluang untuk disenyawakan.

Baca lanjut >> Nutrisi Terbaik Untuk Menyokong Kesihatan Sel


2. OmegaGuard




Bekalkan asid lemak Omega 3 yang mempunyai ciri-ciri antiradang, di mana membantu mengurangkan keradangan dan juga melegakan kesakitan.

Asid lemak Omega 3 juga membantu meningkatkan aliran darah melalui organ pembiakan. Peredaran darah yang sihat ke organ pembiakan adalah penting untuk menyembuhkan tiub fallopio. Ini kerana darah yang sihat akan membawa nutrien penting, enzim dan oksigen untuk penyembuhan sel. Sebaik sahaja sel-sel telah menggunakan apa yang mereka perlukan dan telah memperbaharui atau telah menggantikan sel yang ltelah ama rosak atau tidak sihat, sisa metabolik (tisu-tisu yang rosak) dikeluarkan dari tubuh.

Baca lanjut >> Kebaikan dan Manfaat Omegaguard Untuk Kesihatan


3. GLA Complex



Berfungsi untuk menstabilkan hormon. Hormon yang seimbang penting untuk fungsi tiub fallopio yang baik.

Selain itu, fungsi GLA adalah membantu meningkatkan kesuburan wanita dengan menghasilkan lendir servik yang berkualiti.


Setiap punca kepada masalah kesuburan, ada jalan penyelesaiannya. Yang penting, jangan pernah berhenti berusaha dan berikhtiar.

Jika berminat untuk mencuba set vitamin Shaklee ini, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top