Fibroid merupakan ketumbuhan benigna yang boleh terbentuk pada dinding otot dalam dan juga luar rahim. Dianggarkan sebanyak 20 hingga 50 peratus wanita yang berada dalam lingkungan usia reproduktif mempunyai ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan wanita tidak menyedari kehadiran fibroid dalam rahim mereka. Ini kerana selalunya ketumbuhan fibroid tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, ada sesetengah kes, wanita yang mempunyai fibroid menunjukkan tanda-tanda tertentu.
Apakah tanda-tanda ketumbuhan fibroid dalam rahim? Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entry ini.
Tanda-tanda Ketumbuhan Fibroid Dalam Rahim
Untuk hampir kesemua kes fibroid, ketumbuhan tersebut adalah jenis benigna, di mana ia tidak berkaitan dengan kanser dan tidak meningkatkan risiko penghidapnya terhadap kanser rahim. Namun, fibroid boleh memberi kesan kepada fungsi reproduktif dan boleh menyebabkan ketidaksuburan atau keguguran.
Sehingga kini, tidak diketahui punca sebenar terjadinya fibroid. Namun, terdapat hubungan antara fibroid dan pengeluaran estrogen. Fibroid cenderung untuk terjadi ketika wanita berusia lewat 30-an dan awal 40-an, dan tumbuh membesar semasa hamil apabila paras estrogen tinggi. Ia akan mula mengecut semasa menopaus, apabila paras estrogen rendah. Ketumbuhan fibroid juga dikaitkan dengan faktor genetik.
Kebanyakan kes fibroid tidak menyebabkan sebarang tanda dan simptom. Ini menyebabkan ramai wanita tidak menyedari ketumbuhan fibroid dalam rahimnya, dan hanya mengetahuinya bila menjalani pemeriksaan. Namun, ada juga yang mengalami beberapa tanda. Berikut antara tanda-tanda ketumbuhan fibroid dalam rahim.
1. Pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika datang haid.
2. Pendarahan yang banyak antara waktu datang haid.
3. Sakit di bahagian pelvik dan sakit belakang (lower back).
4. Alami sakit senggugut yang teruk.
5. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
6. Kerap kencing disebabkan tekanan tambahan pada pundi kencing.
7. Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing.
8. Alami perut buncit, rasa tidak selesa pada bahagian abdomen atau rasa kekejangan pada bahagian abdomen bawah.
9. Sembelit disebabkan tekanan fibroid pada saluran pencernaan.
10. Alami masalah reproduktif seperti ketidaksuburan atau sering keguguran.
Tanda-tanda di atas tidak semestinya menunjukkan anda mempunyai fibroid. Tetapi, adalah disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor dan jalani pemeriksaan bagi mendapatkan diagnosa awal tentang masalah yang dihadapi.
Kebanyakan kes fibroid adalah tidak membahayakan nyawa. Dengan pendekatan yang betul. fibroid boleh kecut dan hilang dengan sendirinya. Jika anda mempunyai fibroid, boleh mulakan dengan mengubah corak pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat.
Klik >> Rawatan Semulajadi Untuk Cegah Dan Kecutkan Fibroid Secara Berkesan
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi tentang produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402903
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment