Peranakan jatuh atau lebih dikenali sebagai rahim jatuh biasa terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak.
Namun, wanita yang belum berkahwin juga boleh mengalaminya terutama dalam kalangan wanita lasak dan sering melakukan kerja berat.
Masalah peranakan jatuh tidak mengancam nyawa. Namun, jika dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini boleh menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan rahim kita dibuang.
Jom ketahui tanda-tanda peranakan jatuh agar kita boleh elak ia dari menjadi lebih parah.
Tanda-tanda Peranakan Jatuh
Peranakan jatuh boleh berlaku disebabkan oleh ligamen dan otot pada bahagian pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak sehingga menjejaskan fungsinya yang menampung organ pada bahagian berkenaan.
Untuk kes yang sederhana, sebahagian dari rahim boleh turun ke bahagian atas faraj. Dalam kes yang lebih serius, rahim boleh jatuh keluar ke faraj dan disertai sekali dengan pundi kencing menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj.
Wanita dengan masalah peranakan jatuh yang sederhana selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda. Untuk kes peranakan jatuh di tahap serius, tanda-tanda berikut mungkin dialami oleh penghidapnya.
1. Rasa tidak selesa di dalam vagina, pelvis, bahagian bawah abdomen, pangkal paha atau bawah punggung. Rasa tidak selesa itu sering digambarkan sebagai sensasi menarik atau sakit. Ia boleh menjadi lebih teruk semasa hubungan seksual atau haid.
2. Rasa berat atau tekanan di kawasan faraj. Sesetengah wanita berasa seperti ada sesuatu yang akan jatuh dari faraj.
3. Satu tonjolan tisu merah jambu lembap dari faraj. Tisu yang terdedah ini mungkin merengsa dan menyebabkan gatal-gatal atau luka kecil yang boleh berdarah.
4. Kesukaran mengawal kencing sehingga boleh berlaku kebocoran. Ia boleh menjadi lebih teruk dengan mengangkat berat, batuk, ketawa atau bersin.
5. Kerap membuang air kecil atau kerap rasa dorongan untuk buang air kecil.
6. Kerap alami jangkitan saluran kencing kerana pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya apabila buang air kecil.
7. Sembelit dan rasa tidak puas buang air besar.
8. Berasa sakit ketika hubungan seksual, kebocoran air kencing semasa hubungan seks, atau ketidakupayaan untuk mengalami orgasme.
9. Alami sakit belakang.
10. Berasa tidak selesa pada bahagian abdomen.
11. Pendarahan haid yang berlebihan.
12. Pendarahan atau keputihan yang tidak normal.
Apa nak buat bila alami tanda peranakan jatuh?
Sekiranya mempunyai tanda-tanda di atas, dinasihatkan untuk segera dapatkan rawatan doktor untuk pengesahan dan juga rawatan lanjut. Masalah ini jika dirawat awal boleh cegah ia dari menjadi lebih kronik.
Untuk wanita yang berisiko tinggi untuk alami masalah ini, disarankan melakukan langkah pencegahan seperti :
1. Lakukan senaman kagel.
2. Amalkan pemakanan kaya serat untuk cegah sembelit kronik.
3. Jangan meneran dengan kuat ketika buang air.
4. Elakkan mengandung yang kerap. Sebaiknya jarakkan kehamilan.
5. Jangan merokok atau jauhi perokok untuk cegah batuk kronik.
6. Elakkan berdiri untuk tempoh yang lama.
Punca terjadinya peranakan jatuh disebabkan oleh kelemahan atau kerosakan otot dan ligamen pada bahagian pelvis disebabkan faktor tertentu. Jadi, nutrien tertentu yang penting dalam menyokong dan menguatkan otot boleh membantu mengurangkan risiko terjadinya peranakan jatuh dan ia termasuklah:
1. Protein
Protein merupakan blok binaan sel tubuh kita. Fungsi protein adalah menjaga dan menguatkan otot termasuk otot di bahagian pelvis.
Saya sarankan anda amalkan ESP Mixed Soy Protein untuk menyokong keperluan protein tubuh.
2. Vitamin C
Vitamin C penting untuk pertumbuhan, pembaikan dan penyelenggaraan beberapa tisu dan organ badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen yang merupakan komponen penting dari ligamen yang menyokong lantai dan organ pelvik.
Untuk menyokong keperluan Vitamin C, anda boleh amalkan Sustained release Vita-C Plus dari Shaklee.
3. Alfalfa
Alfalfa sejenis herba yang mengandungi phytoestrogen yang boleh bantu seimbangkan paras estrogen dalam badan terutamanya untuk wanita yang sudah menoupose. Penting untuk seimbangkan paras estrogen kerana tisu pelvik bergantung pada paras estrogen untuk bantu mengekalkan kekuatannya.
Untuk dapatkan manfaat alfalfa, anda boleh amalkan Alfalfa Complex dari Shaklee.
4. Kalsium
Kalsium memainkan peranan penting dalam pengecutan otot dan saluran darah, sintesis hormon dan fungsi sistem saraf pusat. Kalsium juga membantu menguatkan gigi dan tulang, termasuk tulang pelvis.
Untuk menyokong keperluan kalsium tubuh, saya sarankan anda amalkan Ostematrix.
Kesihatan organ peranakan seharusnya dijaga dengan baik. Jangan tangguh dapatkan rawatan jika anda mula mengalami sebarang tanda-tanda peranakan jatuh.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
Sy mengalami permasaalahan ini bagaimanaa cara untuk sy mengatasinya
ReplyDeleteBoleh hubungi saya di 012-9402603 untuk info lanjut.
DeleteCara Kurangkan Sakit Tumit Tanpa Painkiller