Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh kita.
Tidak seperti haiwan yang boleh menghasilkan vitamin C sendiri, tubuh kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Disebabkan sifat vitamin C yang larut air, ia akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh melalui pemakanan harian dan suplemen.
Sustained Release Vita-C adalah pilihan terbaik bagi menyokong keperluan vitamin C yang tubuh kita perlukan. Ia membekalkan 500mg vitamin C yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi.
Keistimewaan Vitamin C Shaklee
1. Merupakan produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
2. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
3. Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.
Manfaat Utama
Berikut adalah beberapa manfaat Vitamin C:
1. Kesihatan sistem imun dan saraf
Salah satu fungsi penting Vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Mereka yang mempunyai paras vitamin C yang mencukupi dalam tubuh lebih mampu melawan jangkitan berbanding dengan yang mempunyai kekurangan vitamin C.
2. Mengurangkan kesan penuaan
Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen, protein yang memainkan peranan penting dalam struktur badan kita. Kolagen membantu meminimumkan kedutan, bintik-bintik penuaan (age spots) dan pigmentasi gelap akibat pendedahan matahari. Ia juga membantu memberikan warna kulit lebih cerah sekata.
3. Penyembuhan
Vitamin C diperlukan oleh tubuh badan kita untuk penyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan dalam vitamin C dikaitkan dengan penghasilan kolagen yang lemah dan melambatkan penyembuhan luka. Individu yang mempunyai kekurangan vitamin C yang teruk boleh kehilangan gigi, mudah berdarah, dan kehilangan kekuatan tulang.
4. Menyokong penyerapan zat besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin yang normal.
0 comments:
Post a Comment