Cara Atasi Vitiligo Atau Penyakit Sopak Dengan Berkesan

Hampir 1 peratus dari penduduk dunia mengalami vitiligo atau penyakit sopak. Bagi individu yang menghidapi vitiligo, sel-sel yang bertanggungjawab terhadap warna kulit dimusnahkan. Sel-sel ini, yang dikenali sebagai melanosit tidak lagi menghasilkan pigmen kulit yang dipanggil melanin. Kesannya, kawasan kulit yang terjejas akan hilang warna atau berubah menjadi tompok-tompok putih.

Kulit yang kehilangan pigmen boleh terjadi di mana-mana bahagian badan termasuk tangan, kaki, di dalam mulut atau membran mukus lain, mata, genital dan di dalam sistem pendengaan telinga. Warna rambut juga boleh bertukar kelabu atau putih jika kawasan terjejas melibatkan bahagian rambut.

Vitiligo tidak menyakitkan dan tidak menyebabkan komplikasi kesihatan yang ketara. Walau bagaimanapun, ia boleh memberi kesan negatif pada emosi dan psikologi penghidapnya. Ada beberapa cara untuk atasi vitiligo atau penyakit sopak yang dapat pertingkatkan kondisi kulit. Saya kongsikan selanjutnya dalam entri kali ini.




Simptom Vitiligo



Simptom utama vitiligo adalah tompokan putih pada kulit. Ia boleh kelihatan pada mana-mana bahagian badan termasuklah sekitar mata. Tompokan boleh jadi besar atau kecil dan boleh kelihatan seperti salah satu corak berikut:

● segmental atau fokus : Tompok putih cenderung lebih kecil dan muncul dalam satu atau beberapa kawasan. Vitiligo dengan corak fokus atau segmen cenderung untuk tertumpu di satu kawasan pada satu sisi badan.



● non-segmental atau umum : Tompok putih yang kelihatan simetrik pada kedua-dua belah badan. Ini adalah corak yang paling biasa dan boleh menjejaskan sel-sel pigmen di mana sahaja bahagian badan.




Vitiligo boleh bermula pada bila-bila masa, tetapi sering muncul sebelum usia 20 tahun. Sukar untuk diramalkan bagaimana penyakit vitiligo akan berkembang. Ada ketika tompokan berhenti terbentuk tanpa memerlukan rawatan. Namun, dalam kebanyakan kes, kehilangan pigmen merebak dan akhirnya melibatkan kebanyakan kulit anda. Jarang sekali, kulit berubah ke warna asal semula.

Walaupun tiada ubat yang boleh menyembuhkan vitiligo, tetapi rawatan yang betul boleh bantu untuk menghentikan atau memperlahankan proses perubahan warna kulit dan mengembalikan sedikit warna ke kulit anda.


Punca Vitiligo


Tidak diketahui punca sebenar yang menyebabkan vitiligo. Namun, kebanyakan penyelidik percaya vitiligo adalah gangguan autoimun di mana sistem imun badan menyerang dan memusnahkan sel-sel melanosit sendiri. Tetapi ia juga tidak jelas bagaimana tubuh anda menyerang sel pigmen anda. Apa yang diketahui ialah kira-kira 20 peratus orang yang mempunyai vitiligo juga mempunyai satu penyakit autoimun yang lain seperti scleroderma, lupus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison.

Vitiligo juga dikaitkan dengan sejarah keluarga (keturunan) dan insiden pencetus seperti sunburn teruk, tekanan atau pendedahan pada bahan kimia industri.


Rawatan Untuk Vitiligo


Rawatan untuk vitiligo bertujuan untuk mengembalikan keseimbangan warna kulit dengan menghasilkan semula pigmentasi dan menstabilkan proses kehilangan pigmentasi. Pilihan rawatan akan berbeza-beza mengikut:

  • tahap keterukan penyakit
  • lokasi dan saiz tompokan
  • bilangan tompokan yang ada
  • keluasan tompokan merebak
  • bagaimana tindakbalas anda terhadap rawatan


Jenis-jenis rawatan termasuk perubatan, pembedahan, atau gabungan kedua-duanya. Tetapi tidak semua rawatan berkesan untuk semua orang dan ada rawatan yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Sentiasa hubungi doktor anda jika anda mula mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan. Doktor boleh menyesuaikan semula dos anda atau menyediakan alternatif lain.


Rawatan perubatan terdiri daripada :

1. Topikal kortikosteroid - Rawatan ini boleh membantu memulihkan warna pada tompokan putih pada peringkat awal.  Topikal kortikosteroid mempunyai kadar kejayaan paling tinggi. Namun, penggunaan krim ini untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kulit menipis, iritasi kulit dan pertumbuhan rambut berlebihan.


2. Terapi Psoralen dan ultraviolet A (PUVA) - Kombinasi rawatan ini memerlukan anda mengambil psoralen sebagai pil atau disapu kepada kulit sebagai krim. Kemudian doktor mendedahkan anda kepada cahaya UVA untuk mengaktifkan ubat yang membantu memulihkan warna ke kulit anda. 

Selepas itu, anda perlu meminimumkan pendedahan cahaya matahari dan memakai cermin mata hitam pelindung. PUVA mempunyai kesan sampingan termasuk kulit melepuh, gatal yang teruk dan hiperpigmentasi.


3. Narrowband UVB - Ini adalah alternatif kepada terapi tradisional PUVA. Rawatan ini memberikan jenis terapi cahaya yang lebih fokus dan kurang kesan sampingan. Ia juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada program rawatan di rumah di bawah pengawasan doktor.


4. Laser eksimer - Rawatan ini membantu vitiligo dengan tompokan kecil. Ia merawat tompokan vitiligo tanpa menjejaskan bahagian yang tidak terlibat.


5. Depigmentasi - Doktor mungkin mengesyorkan depigmentasi jika lebih daripada 50 peratus daripada tubuh anda terjejas dan anda ingin menyeimbangkan warna kulit anda. Ini sering menjadi penyelesaian apabila rawatan untuk mengembalikan pigmen ke kulit tidak berjaya Depigmentasi memberi tumpuan kepada melunturkan warna kulit yang lain untuk memadankan dengan kawasan yang telah hilang warna. 

Ia boleh mengambil masa sehingga dua tahun untuk rawatan menjadi berkesan. Kesan sampingan utama dari depigmentasi adalah keradangan. Rawatan ini cenderung akan jadi kekal dan anda akan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari.


Rawatan pembedahan adalah pilihan terakhir jika ubatan dan terapi tidak berhasil. Jenis pembedahan untuk merawat vitiligo termasuk cantuman kulit, transplantasi Melanosit dan micropigmentasi.

Walaupun anda menjalani rawatan perubatan untuk vitiligo, disyorkan juga untuk :

- memakai pelindung matahari untuk melindungi kulit yang terjejas daipada luka dan terbakar.
- memakai kosmetik dan pewarna kulit untuk bantu meratakan sedikit warna kulit. Jadi, anda mungkin lebih berkeyakinan untuk keluar berurusan.


Rawatan Alternatif Untuk Vitiligo


Di samping rawatan perubatan, anda juga boleh ikhtiar dengan pengambilan supplemen tertentu untuk atasi vitiligo. Pengambilan suplemen bertujuan menyokong keperluan nutrien yang sel kulit perlukan supaya sel-sel ini boleh berfungsi dengan lebih baik.

Berikut adalah supplemen yang bermanfaat untuk pesakit vitiligo :

1. VIVIX

Ramuan Vivix kaya dengan polifenol tumbuhan termasuk resveratrol yang mempunyai ciri antioksidan yang sangat berkuasa. Polifenol dan resveratrol dapat membantu pesakit vitiligo dengan cara :
  • menyokong pembaharuan, pembaikan dan fungsi sel kulit yang sihat.
  • melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.
  • meningkatkan fungsi sistem imun tubuh.



2. ESP Mixed Soy Protein Isolate

Protin adalah sangat penting dalam pembinaan sel. Jadi, ESP membantu dalam membaik pulih dan perbaharui sel kulit yang sihat.



3. B-complex 

Vitamin B complex penting dalam pigmentasi kulit dan diperlukan untuk tona kulit yang lebih baik. Ia juga membantu dalam mengatasi tekanan.



Jom lihat feedback dari pengguna Shaklee


Testimoni 1



Testimoni 2






Jika berminat untuk mencuba set vitamin Shaklee ini, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Aloe Vera also contains necessary raw materials, including calcium, copper, chromium, zinc and others that may support regimentation of the skin, creation it a very important for Vitiligo Natural Treatment and Recovery.

    ReplyDelete

Back
to top