5 Cara Mudah Atasi Endometriosis Secara Semulajadi

Endometriosis adalah salah satu daripada masalah kesihatan yang biasa dialami golongan wanita. Ia juga merupakan antara punca utama ketidaksuburan wanita. Penyakit ini telah menjejaskan kesihatan hampir satu daripada tujuh wanita yang berumur 30 hingga 45 tahun.

Jika anda mengalami kesakitan dan ketidakselesaan pada kawasan reproduktif, endometriosis mungkin penyebabnya. Terdapat cara semulajadi yang boleh atasi endometriosis dan mengurangkan simptom yang dialami. Saya kongsikan selanjutnya dalam entri kali ini.



Apakah itu Endometriosis? 


Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang melapisi rahim (dipanggil endometrium) tumbuh di bahagian luar rahim. Kebiasaannya, tisu endometrium ini tumbuh di tiub fallopio, ovari, atau lapisan pelvik dan ada sesetengah kes, ia merebak ke luar kawasan pelvik.

Semasa kitaran haid normal, ovari menghasilkan hormon yang menyebabkan tisu endometrium menebal. Penebalan endometrium adalah sebagai persediaan untuk menerima telur yang disenyawakan. Bila telur tidak disenyawakan, berlakulah pendarahan haid.

Bagi wanita yang mempunyai endometriosis, terdapat cebisan tisu endometrium di luar rahim. Tisu-tisu ini juga bertindakbalas terhadap hormon yang dibebaskan oleh ovari. Makanya, setiap kali kitaran haid, tisu endometrium ini juga akan mengalami pendarahan. Namun, disebabkan tisu ini di luar rahim, maka aliran darah tidak dapat melalui faraj dan keluar dari badan.

Kesannya, aliran darah terperangkap dan boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan. Adhesions atau tisu parut boleh terbentuk dan melekat pada satu organ ke organ yang lain. Ia juga boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat, yang boleh membawa kepada ketidaksuburan.

Klik >> Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat Tanpa Pembedahan


Tanda dan Simptom


Wanita yang mempunyai endometriosis sering mengalami tanda dan simptom seperti:

●  aliran haid yang banyak

●  sakit di bahagian pelvik dan bawah abdomen

●  sakit ketika hubungan kelamin

●  senggugut

●  ketidakhadaman, sembelit,

●  ketidaksuburan

Bagaimanapun, ada juga sesetengah wanita yang tidak mengalami sebarang simptom. Mereka hanya mengetahui mempunyai penyakit ini apabila menghadapi masalah sukar untuk hamil.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar endometriosis. Tetapi, faktor penyumbang kepada penyakit ini termasuk genetik, ketidakseimbangan hormon atau gangguan pada tisu rahim sejak lahir. Teori yang biasa dikaitkan dengan endometriosis adalah pembalikan darah haid ke dalam tiub fallopio, pelvik dan rongga perut semasa kitaran haid, menyebabkan tisu endometrium melekat dan tumbuh di luar rahim.


Cara Semulajadi Atasi Endometriosis



Rawatan untuk endometriosis biasanya melibatkan pengambilan ubatan untuk mengawal kesakitan dan simptom dan juga rawatan hormon seperti penggunaan pil perancang oral, progestin dan analog hormon pengeluaran gonadotropin untuk mengurangkan tahap hormon estrogen dan progestrone wanita yang merangsang ketumbuhan endometriosis. Bagi wanita yang alami simptom endometrium yang teruk, rawatan pembedahan mungkin diperlukan.

Di samping rawatan perubatan, sangat disyorkan juga ikhtiar dengan cara semulajadi untuk bantu atasi endometriosis dan mengurangkan simptomnya. Pendekatan semulajadi menangani endometriosis dari puncanya. Ia fokus pada mengurangkan keradangan,  menyokong detoksifikasi semulajadi dan mengembalikan keseimbangan hormon yang sihat supaya tiada pencetus kepada pertumbuhan tisu endometrium.

1. Elakkan pencetus kepada keradangan


Pelbagai toksin alam sekitar yang terdapat dalam makanan, pembungkusan makanan, udara, air, dan rumah dapat meningkatkan beban hormon kita, menyebabkan keradangan, dan juga mempunyai keupayaan untuk menyebabkan sel imun kita menjadi rosak.

Terdapat peningkatan bukti bahawa pendedahan kronik terhadap bahan kimia seperti dioksin dan biphenyls polychlorinated (PCBs) dikaitkan dengan peningkatan tahap keterukan endometriosis.

Jadi, lakukan yang terbaik untuk mengelakkan makanan yang bersentuhan dengan plastik. Pilih makanan organik seboleh mungkin, dan gunakan produk kosmetik dan pembersih isi rumah yang bersih dan semulajadi.

Dari segi pemakanan, kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi dioksin, PCB dan juga makanan yang mencetus keradangan. Antara makanan yang patut kita kurangkan termasuk produk tenusu tinggi lemak, daging merah, produk mengandungi gluten, jagung dan gula. Kopi juga mungkin menjadi masalah buat sesetengah wanita yang mempunyai endometriosis.

2. Tingkatkan pengambilan Asid lemak Omega-3




Beberapa kajian menunjukkan pemakanan tinggi asid lemak Omega 3 mempunyai manfaat kepada pesakit endometriosis. Ada kajian mendapati Omega-3 boleh memperlahankan perkembangan ketumbuhan tisu endometrium.

Makanan kaya dengan asid lemak Omega 3 seperti flaxseed, biji chia, walnut, salmon, trout, tuna, sardin, ikan bilis dan makarel mempunyai ciri-ciri anti-radang yang dapat bantu mengurangkan keradangan dan juga melegakan kesakitan. Selain itu, Omega 3 membantu mengawal selia penghasilan hormon dalam tubuh.


3. Tingkatkan pengambilan serat




Lebihan hormon estrogen dalam badan bukan sahaja meningkatkan saiz dan bilangan tisu endometrium, malah ia boleh menyumbang kepada keradangan. Mendapatkan serat yang cukup (sekurang-kurangnya 25 gram sehari) dan buang air besar setiap hari adalah penting untuk mengurangkan keradangan, beban toksin keseluruhan badan, dan menghilangkan estrogen yang berlebihan.

Serat membantu dalam mengimbangkan hormon dengan mengelakkan lebihan estrogen yang disingkirkan oleh hati dari diserap kembali dan masuk semula dalam sistem peredaran. Lignin yang terkandung dalam serat mengikat estrogen dalam saluran penghadaman untuk memastikan ia disingkirkan dan tidak diserap masuk ke dalam sistem badan. Serat juga memainkan peranan mengurangkan simptom sembelit pesakit endometriosis.

Makanan kaya dengan serat termasuk quinoa, sayur-sayuran, beras perang, buah beri, kelapa, buah ara, artichokes, kacang peas, pucuk Brussel, lobak dan labu.


4. Kurangkan tekanan




Kortisol adalah hormon yang terlibat dalam tindak balas tekanan tetapi juga diperlukan untuk membuat hormon lain seperti progesteron. Tekanan berpanjangan boleh membawa kepada peningkatan dalam kortisol, yang boleh menyebabkan pengurangkan progesteron yang sedia ada dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.

Satu kajian yang melibatkan 49 wanita mendapati bahawa tahap kortisol jauh lebih tinggi pada wanita dengan endometriosis berbanding dengan wanita yang tidak mempunyai keadaan ini. Jadi, sebaiknya kawal tekanan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berenang dan yoga.

5. Pengambilan supplemen


Terdapat sesetengah supplemen yang bermanfaat untuk pesakit endometriosis. Harus diingat, pengambilan supplemen adalah pelengkap kepada rawatan dan bukannya bermaksud menolak rawatan perubatan yang sedia ada.

Berikut adalah supplemen yang membantu mengurangkan simptom Endometrisis :

●  Vitamin B Complex - penting dalam keseimbangan hormon.Vitamin B mempunyai manfaat pada kesihatan keseluruhan, mengurangkan toksin dalam badan serta menyokong fungsi sel. Ia juga mengawal selia dan mengimbangkan organ tubuh dan menyokong kesihatan imun. Vitamin B6, sebagai contoh melegakan kesakitan kronik, tingkatkan mood dan paras tenaga.

●  Kalsium dan magnesium - bantu melegakan otot dan mengurangkan kesakitan.

●  Minyak ikan - bantu mengurangkan keradangan dan mengawal hormon

● Zat besi - penting untuk mengembalikan semula zat besi yang hilang akibat dari pendarahan haid yang banyak.


Semua supplemen di atas terdapat dalam produk Shaklee, iaitu B Complex with Folic Acid, OsteMatrix, Omegaguard dan Vitalea. Untuk kesan lebih baik, saya sarankan juga amalkan Vivix.

Vivix kaya dengan polifenol tumbuhan, sejenis fitonutrien yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Polifenol tinggi kandungan antioksidan yang bertindak memelihara sel-sel dari kerosakan. Ia juga membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan abnormal dalam badan. Selain itu, polifenol mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh bantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan.



Semoga perkongsian ini dapat bantu anda mengurangkan kesakitan dan simptom Endometriosis secara semulajadi dan juga meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Bagusnya cara semulajadi utk atasi endometriosis dan mengurangkan simptomnya. Boleh la saya amalkan.

    ReplyDelete

Back
to top