Tips Kurangkan Sakit Belakang Semasa Hamil

Kebanyakan wanita hamil pasti pernah mengalami sakit belakang terutamanya bila dipertengahan tempoh kehamilan di mana bayi sedang membesar dengan cepat.

Sakit belakang boleh mengganggu rutin harian dan juga kualiti tidur. Berita baiknya, ada beberapa cara kita boleh lakukan untuk kurangkan sakit belakang semasa hamil. Semuanya akan saya kongsikan di dalam entry kali ini.



Punca Sakit Belakang Semasa Hamil


Sakit belakang ketika hamil dikaitkan dengan beberapa faktor. Wanita hamil yang berisiko tinggi untuk alami sakit belakang adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan mempunyai sakit belakang sebelum hamil lagi.

Berikut adalah punca yang memungkinkan berlakunya sakit belakang semasa hamil.

1. Pertambahan berat badan - Semakin membesar kandungan, semakin bertambah berat badan yang perlu disokong oleh tulang belakang. Ini boleh menyebabkan sakit belakang. Berat dari pembesaran bayi dan rahim juga memberi tekanan pada salur darah dan saraf pada bahagian pelvis dan belakang.

2. Perubahan hormon - Semasa hamil, badan kita menghasilkan hormon yang disebut relaxin yang membolehkan ligamen di kawasan pelvik untuk berehat dan sendi menjadi longgar sebagai persediaan untuk proses kelahiran. Hormon yang sama juga boleh menyebabkan ligamen yang menyokong tulang belakang turut longgar, menyebabkan ketidakstabilan dan kesakitan.

3. Perubahan pusat graviti - Kehamilan mengalihkan pusat graviti kita. Akibatnya, tanpa kita sedar kita mungkin secara beransur-ansur mula menyesuaikan postur  dan cara kita bergerak. Ini boleh mengakibatkan sakit belakang atau ketegangan.

4. Postur atau posisi - Poster yang salah, berdiri terlalu lama, dan membongkok berlebihan boleh mencetuskan atau meningkatkan rasa sakit dibahagian belakang.

5. Tekanan - Tekanan emosi boleh menyebabkan ketegangan otot di belakang, yang mungkin kita  rasai sebagai sakit belakang atau kekejangan tulang belakang. Kita mungkin menyedari peningkatan sakit belakang semasa tempoh kehamilan yang paling tertekan.


Tips Kurangkan Sakit Belakang


Banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan sakit belakang semasa hamil. Antaranya :

1. Senaman


Kerap bersenam dapat menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti. Ini boleh mengurangkan tekanan pada tulang belakang kita. Senaman yang selamat untuk kebanyakan wanita mengandung termasuk berjalan kaki, berenang, dan berbasikal pegun. Dapatkan kebenaran dan pandangan doktor sebelum memulakan sebarang senaman.


2. Terapi panas dan sejuk


Gunakan terapi haba dan sejuk pada bahagian belakang boleh membantu. Boleh mulakan dengan menggunakan terapi sejuk (seperti beg ais atau sayuran beku yang dibalut dengan tuala) di kawasan yang menyakitkan selama 20 minit, beberapa kali sehari. Selepas dua atau tiga hari, beralih ke terapi panas dengan meletakkan pad pemanas atau botol air panas di kawasan yang menyakitkan. Berhati-hati agar tidak mengenakan haba pada perut semasa mengandung.


3. Perbaiki postur


Dengan mengamalkan postur yang betul semasa berdiri, berjalan, duduk dan tidur adalah langkah yang bijak. Sebagai contoh, tidur pada sebelah sisi dengan bantal diletakkan di antara kedua-dua lutut dapat mengurangkan tekanan pada bahagian belakang. Tidur dengan kaki dinaikkan juga bagus untuk tulang belakang. Elakkan tidur dalam keadaan terlentang. Semasa duduk, letakkan bantal kecil di belakang sebagai sokongan. Memakai tali pinggang sokongan juga boleh membantu mengurangkan sakit belakang.


4. Kaunseling


Jika sakit belakang yang dialami ada kaitan dengan tekanan emosi, anda boleh dapatkan bantuan kaunseling atau berbual dengan rakan yang dipercayai untuk mengawal tekanan.


5. Pengambilan supplemen


Untuk sakit belakang, terdapat beberapa nutrisi penting yang boleh bantu mengurangkan kesakitan seperti magnesium, vitamin C, asid lemak Omega 3 dan vitamin B.

Kebanyakan dari kita selalunya tidak mendapat keperluan nutrisi yang cukup dari pemakanan. Sebab itu pentingnya pengambilan supplemen untuk menyokong keperluan nutrisi yang tubuh kita perlukan.

Berikut cadangan supplemen yang boleh membantu mengurangkan sakit belakang semasa hamil :

1. Ostematrix - Membekalkan kalsium, magnesium dan Vitamin D yang penting untuk kesihatan otot dan sendi. Magnesium membantu merehatkan otot dan mengurangkan tekanan.

2. SR Vitamin C - Membekalkan 500mg vitamin C dari sumber semulajadi yang dilepaskan secara berperingkat ke dalam badan selama 5 jam. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Ia juga diperlukan untuk pembaikan tisu dan mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.

3. OmegaGuard - Membekalkan asid lemak Omega-3 dengan kepekatan yang tinggi yang membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Omega 3 juga diperlukan untuk pembaikan dan fleksibiliti otot.

4. B complex - Membekalkan kesemua jenis vitamin B yang diperlukan untuk membaiki dan melegakan tekanan pada otot belakang.

Kesemua supplemen ini adalah keperluan untuk wanita hamil dan termasuk dalam set kehamilan Shaklee. 

Bagi wanita hamil yang ingin menjalani tempoh kehamilan yang sihat tanpa sebarang masalah, saya syorkan amalkan Set Kehamilan Shaklee ini. 




Feedback Dari Pengguna


Jom ikuti kisah ibu ini yang alami sakit tulang belakang dan apakah rahsia beliau untuk mengurangkan sakit tersebut.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

Semoga tips di atas dapat membantu anda untuk atasi masalah sakit belakang yang dihadapi. Jika berminat untuk mengambil supplemen Shaklee, boleh tanya saya..saya sedia membantu.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top