Tips Pemakanan Untuk Berbuka Puasa Yang Sihat

Setelah seharian berpuasa, kebanyakan dari kita pastinya cenderung untuk membeli pelbagai sajian dan juadah di bazaar ramadhan untuk berbuka. Tidak salah sebenarnya, tetapi berpada-padalah ketika membeli. Jangan sampai membazir dan yang penting sekali berbukalah secara sederhana dengan corak pemakanan yang menyihatkan anda bukan memudaratkan.

Bagaimana corak pemakanan yang patut dipraktikkan ketika berpuasa di bulan Ramadhan? Ia sepatutnya mengikut keperluan tubuh. Semasa sahur, kita memerlukan sesuatu yang lambat dann perlahan untuk dihadam untuk kegunaan tubuh badan sepanjang tempoh berpuasa di siang hari, manakala ketika berbuka kita memerlukan sesuatu yang cepat untuk dihadam untuk keperluan tenaga segera.



Tips Pemakanan Untuk Berbuka Puasa 


Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan ketika berbuka supaya kesihatan kita sentiasa terjamin.

1. Berbuka ringan


Mulakan berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti minuman manis dan beberapa biji kurma. Ini dapat memberi tenaga segara kepada tubuh dan memastikan sel di dalam badan dihidrat semula. Kemudian, berhenti seketika untuk menunaikan solat maghrib. Ini bertujuan untuk memberi masa perut untuk 'warm up' sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat.


2. Amalkan pemakanan seimbang


Setelah selesai solat Maghrib, boleh berbuka dengan makanan yang lebih berat tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Pastikan makanan yang anda ambil adalah makanan seimbang lengkap dengan karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayuran. Ini penting untuk memastikan tubuh mendapat semula nutrien yang diperlukan setelah seharian berpuasa dan membantu mengelakkan masalah kesihatan seperti sembelit, sakit kepala, ketidakcernaan dan lesu.


3. Kurangkan makanan bergoreng


Makanan bergoreng dan berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman dan menyebabkan pedih ulu hati. Jadi, seeloknya dikurangkan pengambilannya.

4. Kurangkan gula


Makanan yang tinggi gula tidak dapat disimpan lama dalam badan kerana ia cepat dicernakan. Jadi, jika kita banyak mengambil makanan manis kita akan cenderung untuk mudah letih dan lesu.

5. Kurangkan makanan pedas dan berempah


Makanan terlalu pedas dan berempah tidak begitu disyorkan ketika berbuka kerana ia merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Pesakit gastrik perlu elak dari mengambil makanan seperti ini.

Dapatkan Tenaga Segera Dengan Performance Drink


Seharian berpuasa, kita perlukan sesuatu yang boleh berikan tenaga segera dan menghidratkan kembali tubuh badan ketika berbuka. Selain berbuka dengan kurma, anda boleh cuba amalkan sekali Performance Drink Shaklee.

Apa itu Performance Drink?



Minuman berperisa oren ini mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh badan dan mampu mengatasi masalah cepat haus. Ia mudah diserap dan sekaligus menstabilkan kadar gula dalam darah dan impaknya badan jadi lebih cergas dan kurang penat. 

Resipi Minuman Performance Drink Untuk Berbuka



Apa Kata Pengguna?






Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top