Cara Melancarkan Haid Agar Kitaran Kembali Normal

Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, biasanya akan datang haid tepat mengikut jadual iaitu setiap 28-30 hari. Pengeluaran haid yang normal pula adalah selama 5-7 hari untuk setiap kitaran. Namun, ada sesetengah wanita mengalami masalah haid tidak teratur atau tidak lancar sehingga menjejaskan peluang untuk hamil.

Tempoh haid yang berpanjangan, kitaran haid yang terlalu kerap, pendarahan yang banyak atau sedikit, ketiadaan haid untuk tempoh yang lama antara tanda-tanda anda mempunyai masalah haid tidak teratur. Apakah punca kepada masalah haid tidak teratur dan bagaimana cara untuk atasinya? Jom baca selanjutnya.




Punca Haid Tidak Teratur 

Dalam kebanyakan kes, haid tidak teratur dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Namun, terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan haid tidak teratur, termasuklah :

➤ Stress - Wanita yang sering alami stress yang kronik ketika haid menyebabkan badan mula bertindak menjimatkan tenaga dengan mengelakkan berlakunya ovulasi. Adrenal terpaksa bekerja lebih masa apabila seseorang itu mengalami peristiwa traumatik. Kesannya, pengeluaran hormon estrogen dan hormon pembiakan yang lain terganggu. Bila estrogen tidak cukup dalam badan, lapisan rahim tidak dapat dibina dengan betul seterusnya mengakibatkan haid tidak berlaku.

➤ kehilangan berat badan yang melampau dan berat badan rendah - Apabila indeks jisim badan (BMI) jatuh di bawah 18 atau 19, anda mungkin mula untuk terlepas kedatangan haid disebabkan lemak badan terlalu sedikit. Lemak badan adalah penting dalam penghasilan estrogen yang cukup dalam badan. Ini antara penyebab kenapa wanita yang sangat kurus atau mereka yang mempunyai masalah yang serius seperti anoreksia dan bulimia berisiko untuk tidak mengalami kedatangan haid. 

Senaman secara berlebihan - Walaupun senaman sangat penting untuk kesihatan jantung, pengawalan mood, tidur dan untuk mengekalkan berat badan yang sihat, senaman yang terlalu berlebihan juga boleh meletakkan tekanan berlebihan pada kelenjar adrenal, tiroid dan kelenjar pituitari. Wanita yang mula bersenam secara berlebihan, sebagai contoh, berlatih untuk maraton atau beberapa perkarabesar lain yang memerlukan tahap perkumuhan fizikal yang tinggi boleh berhenti dari mengalami kedatangan haid dengan tiba-tiba.

masalah tiroid - Tiroid mungkin punca kepada masalah yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon. Beberapa laporan menunjukkan bahawa gangguan tiroid boleh menjadi salah satu punca utama masalah haid tidak teratur di mana 15 peratus pesakit amenorrhea (tidak mengalami kedatangan haid) mempunyai gangguan tiroid. Kelenjar tiroid, sering dipanggil "kelenjar induk" dan dianggap sebagai pengawal penting sistem endokrin di mana sebahagian besarnya mengawal metabolisme dan beri kesan terhadap banyak hormon seks.

➤pil perancang -  Kebanyakan pilihan pil perancang kehamilan mengandungi hormon yang mengubah kitaran haid, supaya anda tidak hamil. Walaupun anda sudah berhenti mengambil pil tersebut, ia boleh mengambil masa setahun atau lebih untuk kitaran haid kembali normal.

➤ketidakseimbangan hormon yang berterusan - Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita yang beri kesan neegatif pada ovulasi. Apabila seorang wanita mempunyai PCOS, dia mengalami perubahan paras hormon seks - termasuk estrogen, progesteron dan testosteron - yang boleh menyebabkan pertumbuhan bulu di badan dan muka yang tidak normal, berat badan bertambah, masalah gula dalam darah, jerawat, dan kitaran haid yang tidak teratur. 

Cara Melancarkan Haid Agar Kitaran Kembali Normal

Untuk mendapatkan kembali kitaran haid yang normal, antara cara yang boleh dilakukan termasuklah:

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet yang kaya dengan nutrien, antioksidan, probiotik dan asid lemak yang membantu mengembalikan dan mengawal keseimbangan hormon.

2. Kawal stress dengan sebaiknya.

3. Kekalkan berat badan yang sihat dan elakkan penurunan berat badan yang drastik.

4. Elakkan bersenam secara berlebihan. 

5. Pengambilan suplemen yang sesuai seperti omega 3, vitamin bcomplex, antioksidan dapat membantu mengawal hormon seterusnya mengatasi masalah haid tidak teratur. 

Jom tonton video ni untuk ketahui produk apa yang bagus untuk bantu atasi masalah haid yang tak teratur. 




Bertindak segera sekiranya anda mengalami masalah haid tidak teratur. Selain mengganggu kualiti hidup anda, ia juga boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil. 

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee ini, WHATSAPPS SAYA SEKARANG! 



Untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/debit, boleh klik di bawah. 







Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

10 comments:

  1. penting kita normal kan kitaran haid ni kan shikin .

    ReplyDelete
  2. Penting untuk wanita dapatkan haid yang normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kakWan..peluang lebih cerah untuk mudah hamil..

      Delete
  3. Baru faham bagaimana stress boleh buat badan kita skip ovulasi, utk jimatkan tenaga rupanya.Cara Hilangkan Parut Jerawat

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. mungkin jugak..bila terlalu penat, badan jadi stress seterusnya haid boleh terganggu..

      Delete
  5. Gla sangat penting untuk stabilkan hormon wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hormon stabil inshaAllah haid kembali lancar..

      Delete

Back
to top