Petua Mudah Kurangkan Rabun Silau

Zaman sekarang ni makin ramai yang alami rabun silau. Masalah gangguan penglihatan ni mungkin tak beri kesan aktiviti seharian di siang hari, tapi sangat mengganggu dan susah bila memandu pada waktu malam.


Rabun silau terjadi disebabkan kelengkungan kornea mata yang tak sekata. Ini menjadikan penglihatan terjejas dan kabur disebabkan cahaya yang masuk membias ke arah yang berlainan dan tidak fokus pada satu titik sahaja.

Penglihatan kabur ni paling ketara pada waktu malam. Gejala lain yang dialami mata cepat penat, kerap sakit kepala dan sering berkelip atau menutup mata. Rawatan untuk rabun silau adalah dengan pemakaian cermin mata, kanta lekap atau pembedahan.

Bagi yang ingin mengurangkan masalah rabun silau ni secara semulajadi, boleh cuba amalkan petua berikut.

Petua 1 : Amalkan pemakanan yang bagus untuk kesihatan mata.

Dengan berikan mata kita nutrien yang betul boleh bantu mata berfungsi secara optimum. Nutrien yang penting untuk mata,

- karotenoid seperti beta karoten, lutein dan zeaxanthin untuk perlindungan antioksidan yang optimum dari dalam untuk mengekalkan penglihatan yang sihat. Dapatkan karotenoid daripada sayur-sayuran berwarna gelap, kuning telur, capsicum kuning, labu, ubi manis dan lobak. Kajian semasa mendapati dengan memakan sayur-sayuran berwarna kuning dan hijau akan mengurangkan risiko buta akibat penuaan sel di dalam makula.

- Sulfur, cysteine dan lecithin yang membantu melindungi kanta mata dari pembentukan katarak. Contoh makanan yang kaya dengan tiga nutrien ini adalah bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

- anthocyanin yang merupakan antioksida dan antiradang yang boleh meningkatkan penglihatan dengan baik. Banyak terdapat dalam blueberry dan anggur.

- DHA yang mana merupakan asid lemak yang terdapat di dalam ikan air sejuk seperti ikan salmon liar, ikan kod, sardin dan makarel. DHA menyediakan sokongan struktur untuk membran sel mata sekaligus meningkatkan kesihatan mata.



Petua 2 : Pastikan mata mendapat rehat yang secukupnya.

Rehatkan mata 10 minit dalam setiap jam bekerja terutamanya jika bekerja menggunakan komputer atau membaca. Jika mata terlalu letih, pejam dan celik mata berulang kali untuk meregangkan otot mata atau boleh rehatkan dengan meletakkan timun sejuk di kelopak mata.

Pastikan juga dapatkan tidur yang cukup kerana ianya penting untuk membolehkan mata untuk berehat, membaiki dan memulihkan sel-sel mata. Tidurlah dengan lena 8 jam sehari.



Petua 3 : Lakukan senaman mata.

Aktiviti ini boleh bantu mengekalkan prestasi mata. Buat senaman ringkas ini setiap pagi, sebelum tidur atau pada bila-bila masa terutama ketika mata berasa penat. Cuba konsisten amalkan selama sebulan pasti akan nampak hasilnya. 


Antara senaman yang boleh dibuat adalah:-
  1. Senaman Fokus. Pegang pencil dengan menegakkan tangan dan selari dengan hidung. Mata fokus ke arah pencil. Perlahan-lahan bawa pencil ke hadapan sehingga hampir 6 inci dari hidung. Kemudian, gerakkan ke belakang perlahan-lahan sambil mata fokus ke arah pencil. Ulang sebanyak 10 kali sehari.
  2. Roll Your Eyes. Mulakan dengan memandangkan ke atas kemudian mula gerakkan mata secara berputar mengikut arah jam dan bertentangan arah jam. Ulang dalam 4-5 kali.
  3. Hangatkan Mata. Caranya, gosok kedua belah tapak tangan sehingga panas. Tutup mata dan tekapkan tapak tangan ke mata selama 5 saat. Ulang 3 kali.
  4. Urutan Mata. Dengan menggunakan ibu jari, buat urutan kecil di sekitar mata bermula di tengah dahi antara 2 hidung. Lakukan 20 kali secara putaran jam dan 20 kali bertentangan arah jam.
  5. Tidur Sebentar. Baring dan tutup mata selama 3 minit.


Petua 4 : Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Pastikan berdiri pada satu posisi sahaja dan fokus pada titik tersebut. 

Mudah je untuk amalkan petua ni kan. Semoga bermanfaat untuk semua! 



Shikin Satiman
ID : 1147051
Wasap/call : 012-9402603 
Fb : shikin satiman
Ig : @shikinsatiman
Page : KedaiDoktorvitamin

COD: Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Balakong, Ampang 

Pos seluruh Malaysia



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top