Sakit tumit bukanlah asing lagi di kalangan kita. Rasanya ramai yang pernah alami sakit tumit. Hanya yang pernah alaminya sahaja tau betapa sakit tumit ini boleh merosakkan mood dan menjejaskan aktiviti harian kita. Betul tak?
Banyak faktor yang boleh dikaitkan menjadi punca kepada sakit tumit. Tetapi, punca paling utama adalah Plantar Fasciitis, iaitu keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki.
Sakit tumit boleh berkembang tiba-tiba atau secara beransur-ansur dari masa ke masa. Ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi sering menyerang mereka berumur 40 an ke atas, yang mempunyai berat badan berlebihan dan kaum wanita yang gemar memakai kasut tinggi terlalu lama.
Punca Sakit Tumit
Kebiasaannya, ramai orang alami sakit tumit disebabkan oleh plantar fasciitis. Ia merupakan keradangan pada bahagian plantar fascia, iaitu tisu tebal dan elastik yang menyambungkan tulang tumit (dipanggil calcaneus) kepada jari kaki dan membentuk lengkungan kaki.
Plantar fascia membantu menyokong lengkungan kaki, menampung berat badan dan menyerap kejutan dan tekanan. Jika ketegangan dan tekanan pada tisu fascia ini terlalu kuat, koyakan kecil boleh timbul dalam fascia. Regangan yang berulang menyebabkan koyakan lebih teruk dan seterusnya menyebabkan fascia mengalami iritasi atau radang dan menimbulkan kesakitan.
Plantar fascia membantu menyokong lengkungan kaki, menampung berat badan dan menyerap kejutan dan tekanan. Jika ketegangan dan tekanan pada tisu fascia ini terlalu kuat, koyakan kecil boleh timbul dalam fascia. Regangan yang berulang menyebabkan koyakan lebih teruk dan seterusnya menyebabkan fascia mengalami iritasi atau radang dan menimbulkan kesakitan.
Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya Plantar Fasciitis termasuklah:
- mempunyai berat badan berlebihan
- berdiri terlalu lama setiap hari
- masalah kesihatan seperti rheumatoid arthritis atau lupus (systemic lupus erythermasotus)
- mempunyai tapak kaki rata atau lengkungan kaki yang luar biasa tinggi
- pemakaian kasut yang tidak sesuai
- melakukan senaman berat yang mengenakan tekanan besar pada tumit dan tisu disekeliling.
Mereka yang mengalami plantar fasciitis biasanya akan mengalami rasa sakit mencucuk di tumit ketika:
- waktu pagi sebaik sahaja mula menapak selepas bangun dari tidur
- mula berdiri setelah duduk dalam tempoh waktu yang lama
- meningkatkan tahap aktiviti yang dilakukan terutamanya semasa tidak memakai kasut yang menyokong tapak kaki.
Ada sesetengah orang mengalami plantar fasciitis diikuti sekali dengan 'calcaneus spurr'. Calcaneal spurr merupakan tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada calcaneus (tulang tumit) kita. Pertumbuhan spurr ini terjadi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneus dan tisu serat sekitarnya. Keadaan ini seterusnya merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut allignment tulang asal kita dan menekan tisu serat dan otot di tumit kita.
Ramai yang salah faham dengan menganggap spurr ini punca kepada sakit tumit. Tetapi, ia sebenarnya bukanlah penyebab utama sakit tumit tetapi kecederaan dan keradangan pada plantar fascia yang sebenarnya menimbulkan rasa sakit.
Cara-cara Atasi Sakit Tumit
1. Kurangkan pergerakan dan rehatkan kaki anda.
Bahagian tisu yang terjejas akibat plantar fasciitis memerlukan masa untuk sembuh. Jadi, elakkan dari berdiri atau berjalan terlalu lama yang boleh mencetuskan rasa sakit dan melambatkan lagi proses penyembuhan.
2. Lakukan senaman regangan kaki.
Berdasarkan beberapa kajian, senaman regangan untuk kaki dan tumit yang terjejas ialah salah satu pilihan rawatan yang paling berkesan untuk pesakit plantar fasciitis. Regangan bahagian bawah kaki, diikuti dengan bersenam dapat mengurangkan lekatan tisu, memperbaiki bentuk, membantu meningkatkan pelbagai gerakan dan boleh mengurangkan kesakitan.
3. Pakai kasut boleh menyokong tapak kaki.
Pemakaian yang sesuai seperti yang mempunyai penyokong tapak kaki dan tapak kasut yang lembut dan selesa boleh mengurangkan kesakitan sakit tumit.
4. Kekalkan berat badan sihat.
Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat (bermaksud BMI antara kira-kira 19 hingga 25 bagi kebanyakan orang) boleh membantu mengurangkan jumlah tekanan yang dikenakan ke atas tumit. Semakin tinggi berat badan anda, dan semakin lemah otot kaki, kesannya lebih banyak tekanan ke atas tumit anda.
5. Rendam kaki dalam air suam.
Untuk mengurangkan ketegangan, rendam kaki dalam air suam. Selain itu, boleh gunakan pek ais pada bahagian kaki yang terjejas untuk mengurangkan bengkak.
Saya ada satu tips yang sangat2 best bagi mengatasi sakit tumit ni. Ramai yang dah cuba. Ternyata memang berkesan.
Berminat nak tau lebih lanjut? Klik je Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat Tahan Sakit.
Video - > Cara Atasi Sakit Tumit Dengan Selamat Dan Berkesan
Boleh juga terus hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Shikin Satiman
012-9402603
awal tahun dulu pernah jugak sakit tumit tapi Alhamdulillah sekarang dah tak de tapi masih berjaga takut pulak
ReplyDelete