Cara Mengatasi PCOS Agar Mudah Hamil

Terdapat banyak punca yang boleh menjejaskan kesuburan wanita sehingga menyebabkan mereka sukar untuk hamil. Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah salah satu darinya. Apakah itu PCOS dan bagaimana cara mengatasinya dan seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil? Saya akan kongsikan selanjutnya dalam entri ini.


Apakah Itu PCOS?


PCOS adalah masalah yang melibatkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh wanita. Setiap tubuh manusia memerlukan hormon lelaki dan wanita untuk berfungsi dengan baik. Bila hormon tidak seimbang, banyak fungsi tubuh badan terganggu terutamanya sistem reproduktif wanita sehingga menjejaskan peluang wanita untuk hamil.

Ovari adalah organ yang bertindak menghasilkan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron dan juga sedikit hormon lelaki iaitu androgen.  Dalam PCOS, hormon jadi tidak seimbang di mana androgen dihasilkan lebih banyak dari yang normal. 

Bila androgen lebih tinggi dalam tubuh wanita, ia beri kesan pada hormon wanita. Keadaan ini menyumbang kepada masalah kitaran haid, masalah dalam penghasilan telur, masalah jerawat dan menyebabkan tumbuhnya bulu-bulu berlebihan pada muka dan tubuh badan.

Dalam PCOS, sel-sel tubuh juga menjadi tidak sensitif terhadap insulin. Bila ini terjadi, gula dalam darah boleh meningkat. Dari masa ke semasa, ia meningkatkan risiko terhadap diabetes.

Tanda-tanda Dan Gejala PCOS


Setiap individu yang mempunyai PCOS mengalami tanda-tanda yang berbeza. Antara tanda dan gejala yang biasa dialami termasuklah:
➤ haid yang tidak teratur. 
➤ masalah kesuburan. Kebanyakan wanita dengan PCOS sukar untuk mengandung.
➤ kemurungan.
➤ kulit berjerawat teruk.
➤ tumbuh bulu berlebihan di bahagian muka dan badan.
➤ berat badan bertambah dan susah untuk turunkannya.
➤ rambut nipis dan hampir botak



Penyebab PCOS


Punca terjadinya PCOS masih belum ditemui setakat ini, tetapi genetik boleh menjadi salah satu faktornya. PCOS boleh diperturunkan dalam keluarga, jadi peluang anda untuk mempunyai PCOS adalah lebih tinggi jika dalam ahli keluarga anda ada yang mempunyai PCOS, haid yang tidak teratur atau kencing manis. 

Terdapat juga beberapa faktor lain yang dikaitkan dengan PCOS. Peningkatan berat badan menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang dan kerintangan insulin. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita cenderung untuk mengalami PCOS. 

Selain itu, faktor pemakanan yang tidak sihat menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Toksin banyak dalam badan boleh merosakkan sel dan mendedahkan wanita terhadap PCOS.

Cara Mengatasi PCOS


Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mengatasi dan merawat PCOS adalah dengan mengubah diet dan gaya hidup anda. Ini dapat membantu meringankan simptom PCOS dan mencegah dari risiko masalah kesihatan lain terutamanya penyakit diabetes.

1. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.


Buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang boleh bantu perbaiki rintangan insulin, kurangkan kolestrol dan keradangan dan perbaiki ovulasi.

2. Amalkan diet tinggi serat.


Serat membantu memperlahankan pencernaan gula dalam badan, seterusnya mencegah kenaikan dalam insulin secara mendadak. Serat juga menggalakkan metabolisme estrogen yang sihat di mana dapat membantu dalam mengawal peningkatan tahap androgen.

3. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah.


Makanan GI rendah bermaksud pemecahan karbohidrat berlaku secara perlahan dan tidak menyebabkan kenaikan dan penurunan dramatik paras insulin. 

4. Makan makanan kaya dengan asid lemak perlu setiap hari.


Asid lemak perlu (EFA) seperti asid lemak Omega 3 membantu anda untuk menurunkan berat badan, membantu dalam keseimbangan hormon, dan penting untuk badan dalam mewujudkan persekitaran yang sihat untuk hamil.

5. Bersenam


Senaman membantu PCOS dengan meningkatkan sensitiviti insulin, meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan. 

6. Kurangkan atau elakkan pengambilan kafein.


Kafein meningkatkan paras estrogen. Ini boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Suplemen Untuk Bantu Atasi PCOS


Badan perlukan cukup vitamin dan mineral untuk proses penyembuhan apa jua penyakit. Jadi, pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan nutrisi dari pengambilan makanan harian. Suplemen yang berkualiti boleh membantu badan anda membina sistem imun, memulihkan tahap tenaga, mengimbangi hormon, dan juga menggalakkan aliran darah yang sihat.

Suplemen yang boleh bantu pesakit PCOS terdiri daripada :



Ia mengandungi resveratrol dan polifenol yang tinggi kandungan antioksidan yang boleh memelihara sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas.

Beberapa kajian tentang kesan resveratrol ke atas pesakit PCOS telah dijalankan. Dan hasilnya mendapati :

- resveratrol menghalang penghasilan androgen secara berlebihan melalui apoptosis (kematian) sel yang menghasilkan androgen

- resveratrol mengurangkan saiz sel lemak. Sel lemak yang berlebihan boleh mempengaruhi keseimbangan hormon.

- resveratrol meningkatkan sensitiviti sel-sel tubuh terhadap insulin seterusnya mengalakkan kawalan gula yang lebih  baik dalam darah.

Berdasarkan kajian tersebut, resveratrol boleh membantu memperbaiki kesihatan pesakit PCOS seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.

Vitalea

Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi tubuh badan.


Ia membekalkan asid lemak omega-3 yang bantu mengurangkan inflamasi dan keradangan.


Bertindak segera sekiranya anda mempunyai PCOS. Lebih cepat anda atasi masalah PCOS, lebih cerah peluang anda untuk hamil.

Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang




Pos seluruh Malaysia


CONVERSATION

2 comments:

  1. Good info. Amalan diet yang sihat dan pengambilan suplemen sgt membantu pesakit PCOS

    ReplyDelete

Back
to top