Tips Suburkan Air Mani Untuk Tingkatkan Peluang Isteri Hamil

Cepat atau lambat untuk mendapat anak itu adalah rezeki masing-masing. Namun, sekiranya pasangan yang telah mencuba untuk hamil selama setahun, tetapi masih belum berjaya hamil, ada kemungkinan anda dan/atau pasangan mempunyai masalah kesuburan. 

Dalam entri kali ini, saya ingin fokuskan pada ketidaksuburan lelaki. Punca utama ketidaksuburan lelaki biasanya diaebabkan oleh air mani kurang subur sehingga menjejaskan peluang isteri untuk hamil. Air mani kurang subur dikaitkan dengan bilangan sperma yang rendah. Dalam bahasa perubatan, keadaan ini dikenali sebagai oligospermia. 





Jumlah sperma dikira rendah jika anda mempunyai kurang daripada 15 juta sperma untuk setiap mililiter air mani. Mempunyai jumlah sperma yang rendah mengurangkan kebarangkalian si isteri untuk hamil. Namun begitu, lelaki yang bilangan spermanya rendah masih mampu untuk menyebabkan isterinya hamil sekiranya sperma yang dihasilkan itu kebanyakan berkualiti dan berupaya untuk menembusi telur pasangan.

Bagaimana untuk suburkan air mani seterusnya tingkatkan peluang isteri hamil? Cara terbaik adalah mulakan dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Bila tubuh badan sihat, semua sistem dalam badan termasuklah sistem reproduktif dapat berfungsi secara optimum dan seterusnya dapat menghasilkan air mani yang subur dan berkualiti.

Apakah punca air mani kurang subur?


Air mani yang subur dan berkualiti bukan sahaja bergantung pada bilangan sperma yang terkandung di dalamnya, malah kualiti sperma itu sendiri turut di ambil kira. Sperma yang berkualiti di lihat pada keupayaannya untuk berenang (motility) dan saiz serta bentuk sperma (morphology).

Pengeluaran sperma adalah satu proses yang kompleks dan memerlukan fungsi normal buah zakar (testis) dan juga hipotalamus dan kelenjar pituitari  iaitu organ-organ di dalam otak anda yang menghasilkan hormon yang mencetuskan pengeluaran sperma. Apabila sperma dihasilkan dalam buah zakar, tiub halus akan mengangkut sperma sehingga ianya bercampur dengan air mani dan ejakulasi keluar dari zakar. Bila berlaku sebarang masalah dengan mana-mana sistem ini, ia boleh menjejaskan pengeluaran sperma.

Punca kepada pengeluaran sperma yang rendah masih tidak dapat dikenalpasti. Tetapi, faktor masalah kesihatan, persekitaran dan gaya hidup boleh jadi puncanya. Ia termasuklah:


Masalah kesihatan


Pengeluaran sperma yang rendah boleh jadi disebabkan oleh jangkitan, masalah ejakulasi, antibodi menyerang sperma, hormon tak seimbang, kecacatan pada tiub pengangkut sperma, penyakit Celiac dan kecacatan pada kromosom.

Faktor Persekitaran


Pengeluaran sperma atau fungsi sperma boleh terjejas jika sering terdedah kepada :
  • bahan kimia industri seperti racun serangga, pelarut organik, bahan-bahan lukisan, dll
  • logam berat seperti plumbum dan lain-lain lagi
  • radiasi dan sinaran-x
  • suhu terlalu tinggi seperti kerap menggunakan sauna atau tab panas.

Duduk untuk tempoh yang panjang, memakai pakaian yang ketat atau bekerja dengan meletakkan komputer di riba untuk jangka waktu yang panjang juga boleh meningkatkan suhu di skrotum anda dan mengurangkan sedikit pengeluaran sperma.

Faktor Gaya hidup


Merokok, pengambilan dadah dan alkohol, sering tertekan atau stress dan obesiti juga boleh menyebabkan pengeluaran sperma terjejas.

Tips Suburkan Air Mani


1. Berhenti merokok. Merokok dikaitkan dengan penghasilan sperma yang rendah serta pergerakan sperma yang lembap.

2. Kurangkan pendedahan pada bahan kimia dan radiasi. Bahan kimia seperti pesticide, BPA serta sinaran x boleh mengganggu pengeluaran sperma dan menyebabkan tidak subur.

3. Jaga berat badan. Obesiti atau kurang berat, kedua-duanya boleh menjejaskan pengeluaran sperma dan menghasilkan sperma yang abnormal.

4. Banyakkan pengambilan makanan kaya antioksidan. Kajian mendapati antioksidan dapat meningkatkan kandungan sperma serta melindungi sperma dari tekanan oksidatif.

5. Elakkan terdedah pada suhu yang panas terlalu lama. Lelaki tidak digalakkan mandi sauna atau mandian air panas terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan kilang telur kepanasan dan seterusnya mematikan sperma.

6. Banyakkan makan ikan. Kajian mendapati lelaki yang banyak makan ikan terutamanya ikan salmon dan tuna mempunyai 67% lebih tinggi kepekatan sperma dari mereka yang kurang makan ikan.

7. Elakkan atau kurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses kerana ia boleh mengganggu pengeluaran sperma.

8. Lakukan senaman secara kerap. Senaman yang sederhana boleh bantu meningkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti dan juga mengekalkan berat badan ideal serta melegakan tekanan.

7. Amalkan pengambilan suplemen. Suplemen yang kaya dengan Vitamin C, zink, CoQ10, selenium, vitamin E, asid lemak omega-3 dan B-complex terutamanya vitamin B12 sangat bagus dalam membantu meningkatkan pengeluaran sperma dan kesuburan lelaki.



Cadangan Suplemen Untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki


Seperti yang dinyatakan di atas, pengambilan suplemen juga dapat bantu tingkatkan kesuburan lelaki. Suplemen semulajadi Shaklee adalah pilihan terbaik untuk bekalkan nutrien yang badan perlukan untuk tingkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti seterusnya tingkatkan peluang pasangan untuk hamil.


   
1. VIVIX

Vivix merupakan suplemen antipenuaan yang mengandungi resveratrol dan polifenol. Kedua-dua bahan aktif ini mempunyai kuasa antioksidan yang paling tinggi berbanding sumber antioksidan yang lain. Jadi, Vivix adalah pilihan terbaik untuk melindungi sel-sel sperma dari kesan tekanan oksidatif yang boleh merosakkan sel DNA.

Resveratrol juga mengekalkan kesihatan air mani dan sperma pada paras optimum. Terdapat kajian mendapati resveratrol mempunyai kesan positif dalam meningkatkan bilangan dan pergerakan sperma dan juga tahap testosterone. 


2. Vita-E Complex

Vita-E Complex membekalkan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi dan 100mcg selenium yang membantu vitamin E diserap dengan baik dalam badan. Vitamin E mempunyai kesan antioksidan yang dapat melindungi sperma dari kerosakan akibat radikal bebas.

Vitamin E dan selenium boleh memperbaiki kualiti air mani dan memberi kebaikan serta faedah terutamanya dalam pergerakan sperma.


3. OmegaGuard

OmegaGuard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk kesihatan sperma. Kajian terbaru menunjukkan DHA penting dalam pembentukan sperma di mana ia memainkan peranan menjadikan sperma kepala bulat kepada kepala sperma berbentuk kon dengan disaluti enzim tertentu yang memudahkan sperma menembusi telur untuk proses persenyawaan. 


4. Vitalea

Vitalea adalah sejenis multivitamin yang membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral termasuklah zink, Vitamin C, selenium yang penting untuk tingkatkan kesuburan lelaki. 

Jom baca -> Makanan Yang Elok Diamalkan Untuk Tingkatkan Kesuburan

Anda mempunyai masalah sperma kurang? Jangan tangguh-tangguh. Bertindak segera tingkatkan kesuburan anda. 

Apa tunggu lagi. Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

3 comments:

  1. Orang lelaki pun perlu tahap kesuburan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kaum lelaki pun boleh jadi penyebab isteri sukar hamil. jadi, perlu jaga kesihatan sebaiknya..

      Cara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi

      Delete
  2. Asslmlkm btoi jgk tu.... Tp kna bgtau kt dpa jgk sebab ap ayaq mani dpa jd cmtu..... Wllhualm mgkin salah satu dia psai dosa terlampau... Mgkin prnah onani,@ mgkin dlu rjin buat mksiat.... Mgkin antibody x kuat.... @mnkinPasai x mkn mknn yg ad khasiat... Wllahualam ap ap pon kena taubat jugk....

    ReplyDelete

Back
to top