Ulcerative Colitis adalah sejenis penyakit keradangan usus yang mengakibatkan keradangan berpanjangan dan ulser(luka) dalam saluran penghadaman. Bahagian yang terjejas akibat penyakit ini adalah lapisan paling dalam usus besar (kolon) dan rektum. Simptom untuk penyakit ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ianya berkembang secara perlahan-lahan dari masa ke semasa.
Penyakit radang usus ini boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan nyawa. Walaupun masih belum ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini, namun rawatan yang betul dapat mengurangkan gejala-gejala dan tanda-tanda penyakit ini, seterusnya menyediakan kualiti hidup yang lebih baik kepada penghidapnya. Bagaimanakah cara merawat ulcerative colitis dengan berkesan? Baca selanjutnya.
Simptom Ulcerative Colitis
Simptom penyakit ini berbeza-beza bagi setiap individu yang mengalaminya, di mana simptomnya bergantung kepada tahap keradangan dan di bahagian mana ia terjadi. Kebiasaanya, individu dengan Ulcerative Colitis akan mengalami simptom berikut:
➤ Cirit-birit, selalunya disertai dengan darah dan nanah
➤ sakit perut dan kekejangan
➤ sakit dan berlakunya pendarahan di bahagian rektum
➤ sukar untuk buang air besar
➤ penurunan berat badan
➤ demam
➤ keletihan atau mengalami sindrom keletihan kronik
➤ mempunyai masalah tumbesaran (bagi kanak-kanak)
Mereka yang mempunyai penyakit boleh membawa kepada risiko kesihatan dan komplikasi seperti:
➤ pendarahan yang teruk
➤ dehidrasi yang teruk
➤ penyakit berkaitan hati
➤ keradangan kulit, mata dan sendi
➤ luka dalam lapisan mulut
➤ risiko tinggi kanser kolon
➤ kolon cepat membengkak
➤ Peningkatan risiko darah beku dalam vena dan arteri
Punca Ulcerative Colitis
Punca terjadinya Ulcerative Colitis masih tidak dapat dipastikan. Ada yang berpendapat faktor pemakanan dan stress adalah puncanya. Namun, berdasarkan maklumat dari mayo clinic, para doktor merumuskan pemakanan dan diet boleh memburukkan lagi keadaan radang, tetapi ia bukanlah punca terjadinya penyakit ini.
Salah satu punca yang mungkin menyebabkan berlakunya penyakit ini adalah kerosakan pada fungsi imun. Kerosakan ini mengakibatkan sistem imun bertindakbalas secara tidak normal. Apabila sistem imun cuba untuk melawan serangan virus atau bakteria, tindak balas imun yang tidak normal turut menyerang sel-sel dalam saluran penghadaman dan mencetuskan keradangan kronik.
Penyakit ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa kira usia, dan biasanya mula menyerang golongan berusia antara 15-30 tahun. Golongan lelaki dan wanita mempunyai peratus risiko yang sama untuk hidapi penyakit ini. Mereka yang memiliki sejarah keluarga dengan penyakit ini mempunyai risiko terhadap penyakit ini sebanyak 20 peratus.
Satu lagi faktor risiko utama penyakit ini adalah ubat tertentu yang digunakan untuk merawat parut jerawat fibrosis, yang dipanggil isotretinoin. Dalam kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology, didapati adanya hubungan atau perkaitan yang ketara antara pembangunan ulser kolitis dan isotretinoin.
Tekanan juga boleh menyebabkan flare-up. Adalah penting untuk mengelakkan tekanan, terutamanya tekanan yang kronik, dengan cara bersenam, melakukan regangan, dan mengamalkan teknik relaksasi dan latihan pernafasan.
Cara Merawat Ulcerative Colitis Secara Berkesan
Rawatan konvensional untuk Ulcerative colitis biasanya melibatkan sama ada terapi ubat-ubatan atau pembedahan, dan menurut satu kajian yang dilakukan di Sekolah Perubatan Harvard, ubat-ubatan anti inflamasi digunakan sebagai langkah pertama dalam rawatan. Aminosalicylates dan Kortikosteroid merupakan dua jenis ubat anti-inflamasi yang biasa digunakan untuk merawat penyakit ini. Walaupun ubat-ubatan efektif dalam mengurangkan gejala ulcerative kolitis, terdapatbeberapa kesan sampingan dari pengambilan ubatan ini secara berterusan.
Contohnya, sesetengah aminosalicylates, termasuk mesalamine, balsalazide dan olsalazine, telah dikaitkan dengan masalah buah pinggang dan pankreas. Kortikosteroid, yang diberikan kepada pesakit yang mempunyai gejala sederhana hingga ke peringkat teruk, mempunyai banyak kesan sampingan, termasuk muka bengkak, bulu muka berlebihan, berpeluh malam, insomnia dan hiperaktif.
Kesan sampingan yang lebih serius dari pengambilan ubatan ini termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis, patah tulang, katarak, glaukoma dan peluang yang tinggi untuk jangkitan. Ini adalah sebab ubat-ubatan dan rawatan konvensional tidak digunakan untuk jangka masa yang lama. Untuk kes yang lebih berat, pembedahan dapat merawat ulcerative colitis tetapi ia biasanya melibatkan pembuangan keseluruhan kolon dan rektum.
Ada cara alternatif untuk merawat penyakit ini secara semulajadi. Rawatan ini walaupun tidak dapat menyembuhkan penyakit ini tetapi ia membantu mengurangkan simptom dan mengelakkan ia berkembang menjadi lebih teruk. Antara cara yang boleh diamalkan termasuklah :
1. Elakkan makanan yang menjadikan Ulcerative Colitis lebih teruk
Makanan yang menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk biasanya bergantung kepada individu dan bahagian berlakunya keradangan. Bagi sesetengah individu, serat beri kesan negatif ketika berlakunya 'flare-up' kerana makanan yang tinggi serat adalah lebih sukar untuk dihadam. Walaupun dengan mengelakkan pengambilan makanan berserat seperti kekacang, biji-bijian boleh membantu melegakan kesakitan, kekejangan dan gejala-gejala lain bagi individu dengan Ulcerative Colitis, tetapi ia tidak menghilangkan keradangan.
Makanan lain yang seharusnya dielakkan oleh pesakit Ulcerative Colitis adalah seperti produk tenusu, biji-bijian, sayuran dan buahan mentah, bertih jagung, makanan yang mengandungi sulfur atau sulfate, daging merah, gula yang diproses, makanan pedas, makanan bergoreng, kafein, alkohol dan minuman berkarbonat dan produk yang mengandungi sorbitol.
2. Banyakkan makanan yang boleh menyembuhkan Ulcerative Colitis
Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 mempunyai kesan anti-keradangan. Jadi, ia sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai ulcerative kolitis. Kajian telah mendapati bahawa asid lemak omega-3 yang dipanggil asid eicosapentaenoic (dikenali sebagai EPA) mempunyai kuasa untuk melawan keradangan. Ia berupaya menghalang bahan kimia tertentu dalam badan yang dipanggil leukotrienes. Sumber terbaik asid lemak omega-3 termasuklah ikan salmon, mackerel, minyak ikan dan minyak flaxseed.
Probiotik adalah bakteria yang melapisi saluran pencernaan anda dan menyokong keupayaan badan untuk menyerap nutrien dan melawan jangkitan. Probiotik menghalau keluar bakteria tidak baik, yis dan kulat. Mereka juga mewujudkan enzim yang memusnahkan bakteria buruk yang boleh membawa kepada keradangan dan jangkitan. Probiotik mempunyai kuasa untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan fungsi pencernaan.
Gejala utama ulcerative kolitis adalah anemia, yang berlaku apabila badan tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Pendarahan ulser dan cirit-birit berdarah boleh menyebabkan anemia, dan untuk mengelakkan terjadinya anemia anda perlu tingkatkan tahap zat besi dalam darah anda. Jadi, banyakkan pengambilan makanan kaya dengan zat besi seperti hati, daging lembu, kacang hitam, bayam, kuning telur dan
Folat antara vitamin penting bagi pesakit ulcerative kolitis kerana ia membantu badan membina sel-sel baru, khususnya berperanan dalam menyalin dan mensintesis DNA. Kekurangan folat menyebabkan anemia, fungsi imun yang lemah dan masalah penghadaman. Menurut sebuah penerbitan untuk Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika, suplemen folat juga boleh mengurangkan risiko displasia kolorektal dan kanser pada pesakit ulcerative colitis kronik. Makanan kaya dengan folat termasuklah kacang kuda, kacang, asparagus, avokado, bit dan brokoli. Perlu diingat bahawa makanan ini boleh menjadi sukar untuk dihadam apabila dimakan mentah, jadi jika anda melihat peningkatan gejala apabila makan makanan ini, cuba kaedah stim atau bakar.
3. Disebabkan ulcerative colitis boleh mengganggu keupayaan badan untuk menyerap nutrien, adalah penting untuk mengambil suplemen bagi memastikan badan mendapat cukup nutrisi yang diperlukan. Antara suplemen yang boleh membantu melawan simptom ulcerative colitis termasuklah minyak ikan, probiotik dan multivitamin.
4. Banyakkan minum air. Mereka yang mengalami Ulcerative Colitis cenderung untuk terhidrat. Jadi, adalah penting bagi mereka untuk banyakkan pengambilan air untuk mengelakkan diri dari terhidrat.
5. Makan 5 ke 6 hidangan dalam saiz yang kecil.
Memandangkan kekejangan antara simptom biasa Ulcerative Colitis, pengambilan 5 kali hidangan dalam saiz yang kecil sepanjang hari boleh membantu sistem penghadaman untuk bekerja dengan lebih mudah dan dapat bantu menyerap nutrien dengan lebih efektif. Mengambil hidangan dalam saiz yang kecil boleh mengurangkan kesakitan abdomen.
6. Kawal stress dan kerap bersenam.
Bagaimana suplemen Shaklee boleh bantu pesakit Ulcerative Colitis?
Terdapat beberapa produk Shaklee yang amat bagus untuk membantu pesakit Ulcerative Colitis dalam mengurangkan keradangan seterusnya melegakan simptom-simptom yang lain. Antaranya termasuklah:
1. Vivix - mengandungi resveratrol dan polifenol tumbuhan yang mempunyai kesan antioksidan dan anti radang yang kuat. Vivix boleh bantu mengurangkan keradangan di samping boleh membantu perbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Vivix juga boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
2. OmegaGuard - membekalkan asid lemak Omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan.
3. Vitalea - multivitamin yang bantu memastikan tubuh badan mendapat nutrisi yang mencukupi untuk keperluan fungsi tubuh. Ia turut lengkap dengan zat besi dan folate yang boleh mengelakkan dan menentang anemia.
Ini adalah testimoni pesakit Ulcerative Colitis yang semakin baik kesihatannya sejak amalkan suplemen Shaklee.
Saya penghidap ulcerative colitis yang merupakan salah satu penyakit auto-immune. Kalau ikut kata doktor, sakit yang tak akan baik sampai bila-bila. Itu kata doktor kan. Saya disahkan ada masalah ni sejak 2011. Makan ubat doktor selama setahun termasuklah steroid dan bagai-bagai yang lain. Di samping ubat-ubat tu saya start amik VIVIX sebab saya berpegang VIVIX ada anti radang. Penyakit saya akan menyebabkan kulit saya kering sampai rasa boleh siat. Sakit di bahagian sendi. Sembelit dan kadangkala cirit. Cirit tu kira radang sangat aktif dan akan menyebabkan bleeding dan satu lagi hb memang sentiasa low. Alhamdulillah sejak amik VIVIX selama 2 tahun, saya rasa lebih sihat. Ubat doktor saya dah stop terus. Skang saya amikVIVIX consistently termasuk OmegaGuard dan Vitalea. Graf kesihatan makin baik. Hb pun dah berada paras normal. Cuma baru ni saya gatal tak bertempat gi stop VIVIX sebulan..hehehe..radang to say hi...hi...semula...hehehe..tapi bila dah on VIVIX semula, Alhamdulillah..Saya usahalah apa yang terbaik..memang perlu bersama VIVIX untuk satu jangka masa yang panjang tapi itu lebih baik dari saya masuk ward dan habiskan duit RM14000 sekelip mata.
-Farah Ali
Apa tunggu lagi? Bertindak segera sekiranya anda atau ada dikalangan ahli keluarga yang menghidap penyakit ini. Jangan biarkan penyakit ini menjejaskan kualiti hidup anda.
Bagaimana untuk dapatkan produk ini?
Untuk pembelian secara online, boleh klik di bawah.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
info yg best!
ReplyDeleteTq sis..:)
Delete