Cara Merawat Buasir Dengan Berkesan

Buasir merupakan masalah kesihatan yang telah menjejaskan ramai orang terutamanya mereka yang kerap mengalami sembelit. Bila alami buasir, proses pembuangan air besar jadi tidak selesa dan boleh jadi menyakitkan. 


Apa itu buasir? Buasir adalah suatu keadaan di mana urat vena di bahagian dalam rektum (buasir dalaman) atau di hujung dubur (buasir luaran) membengkak dan mengalami keradangan. 

Buasir adalah perkara biasa. Hampir tiga daripada empat orang dewasa akan mempunyai buasir dari masa ke semasa. Kadang-kadang buasir tidak mencetuskan gejala tetapi pada masa yang lain ia boleh menyebabkan gatal-gatal, rasa tidak selesa dan pendarahan.

Ada sesetengah kes, segumpal darah boleh terbentuk dalam buasir (buasir 'thrombosed'). Keadaan ini tidak berbahaya tetapi boleh menjadi amat menyakitkan. Namun, jangan risau. Terdapat banyak pilihan yang berkesan untuk merawat buasir.



Punca Terjadinya Buasir


Buasir selalunya terjadi disebabkan oleh meneran ketika buang air besar, sembelit kronik atau mengandung. Wanita hamil lebih mudah untuk alami buasir disebabkan rahim yang mengembang memberi tekanan kepada urat vena di pelvis dan menyebabkan ianya bengkak. Sebab lain adalah wanita hamil sering sembelit dan boleh membawa kepada buasir. Hormon progesterone meningkat ketika hamil dan hormon ini melegakan dinding urat vena yang membolehkan ia membengkak.

Kebarangkalian anda untuk mengalami buasir juga meningkat jika anda kerap bertangguh untuk membuang air besar, duduk di dalam tandas untuk tempoh yang lama ( ini boleh beri tekanan pada kawasan dubur) atau cenderung untuk duduk untuk jangka waktu yang lama.

Buasir juga boleh terjadi disebabkan oleh obesiti, hubungan seksual menerusi dubur, cirit-birit, dan beberapa penyakit hati, manakala sesetengah orang boleh mewarisi kecenderungan untuk mengalami buasir. Semasa seeorang dalam keadaan tertekan, buasir boleh menjadi lebih teruk.

Gejala atau Tanda-tanda Buasir

Tanda dan gejala buasir termasuk :
  • pendarahan semasa buang air besar (tidak menyakitkan) - anda mungkin menyedari sejumlah kecil darah merah terang pada tisu tandas atau di dalam tandas
  • Gatal-gatal atau iritasi pada kawasan dubur anda
  • Sakit atau tidak selesa
  • Bengkak di sekeliling dubur anda
  • Gumpalan berhampiran dubur anda, yang mungkin sensitif atau menyakitkan (mungkin buasir jenis 'thrombosed')

Gejala buasir biasanya bergantung kepada tempat ia berlaku. Berikut adalah jenis-jenis buasir:

Buasir dalaman.
Buasir ini terjadi di dalam rektum. Anda biasanya tidak dapat melihat atau merasa buasir ini, dan ia jarang menyebabkan ketidakselesaan. Tetapi meneran atau iritasi ketika najis melalui bahagian rektum ini boleh merosakkan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Kadang-kadang, meneran boleh menolak buasir dalaman keluar melalui pembukaan dubur. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan iritasi.

➤Buasir luaran
Buasir ini berlaku di bawah kulit di sekeliling dubur anda. Apabila berlaku iritasi, buasir luaran boleh jadi gatal atau berdarah.

➤Buasir 'thrombosed'
Kadang-kadang darah boleh berkumpul dalam buasir luaran dan membentuk darah beku (trombus) yang boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, bengkak, keradangan dan ketulan keras berhampiran dubur anda.


Bila patut berjumpa dengan doktor?


Pendarahan semasa membuang air besar adalah tanda biasa bagi buasir. Doktor anda boleh melakukan pemeriksaan fizikal dan menjalankan ujian yang lain untuk mengesahkan anda sedang alami buasir dan bukannya penyakit yang lebih serius.

Bincang dengan doktor jika anda mempunyai buasir dan ia menyebabkan kesakitan, berdarah secara kerap atau berlebihan, atau keadaan buasir tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Jangan anggap pendarahan rektum adalah disebabkan oleh buasir, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 40 tahun. Pendarahan rektum boleh berlaku dengan penyakit-penyakit lain, termasuk kanser kolorektal dan kanser dubur. Jika anda mempunyai pendarahan disertai dengan perubahan ketara pada tabiat membuang air atau jika najis anda berubah warna atau konsistensi, seeloknya berjumpa dengan doktor. Jenis-jenis najis boleh beri petanda lebih luas pendarahan di bahagian lain dalam saluran pencernaan anda.

Segera dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami pendarahan rektum yang banyak, pening kepala atau rasa hendak pitam.


Rawatan Dan Pencegahan Untuk Buasir


Terdapat beberapa cara untuk merawat dan melegakan simptom buasir iaitu:


1. Perbaiki diet harian
  • pastikan anda dapatkan serat yang cukup setiap hari. Makanan tinggi serat seperti avokado, biji chia, kacang, buah beri, quinoa dan flaxseed boleh bantu cegah sembelit dan najis keras dan seterusnya mengurangkan gejala buasir. 
  • banyakkan minum air. Kurang air atau dehidrasi boleh menyebabkan sembelit kerana air atau cecair diperlukan oleh serat untuk melalui saluran pencernaan dengan lancar.
  • makan makanan yang ditapai dan probiotik. Terdapat kajian menunjukkan makanan yang ditapai dan probiotik meningkatkan kesihatan saluran usus, mensintesis dan meningkatkan penyerapan nutrien, mengubah pH usus, dan membantu penghadaman.
  • hadkan pengambilan alkohol dan makanan pedas. Alkohol dan makanan pedas boleh menyebabkan gejala-gejala buasir jadi lebih teruk.
  • untuk bantu pendarahan dari buasir, ambil makanan kaya dengan Vitamin K seperti alfalfa, dan sayuran berdaun hijau gelap.

2. ubah tabiat dalam tandas. Elakkan meneran dengan kuat ketika buang air besar ddan jangan duduk terlalu lama dalam tandas. 

3. kurangkan kesakitan akibat buasir dengan menggunakan losyen, duduk di dalam besen berisi air suam (sitz bath) dan tuam bahagian yang bengkak dengan ais. Pengambilan pil tahan sakit seperti paracetamol atau acetaminophen juga boleh bantu kurangkan rasa sakit.

4. Ambil suplemen yang boleh bantu mengurangkan dan melegakan gejala-gejala buasir. Antara suplemen yang boleh membantu masalah buasir:

Vivix : Suplemen yang tinggi kandungan antioksidan yang boleh melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Vivix juga boleh bantu perbaiki sel-sel yang rosak akibat buasir. Ia juga mempunyai kesan anti radang yang boleh bantu mengurangkan kesakitan dan bengkak akibat buasir.



OmegaGuard : Membekalkan asid lemak Omega 3 yang mempunyai sifat anti-radang. Ia boleh bantu mengurangkan bengkak dan radang akibat buasir.
                                   

Ostematrix : Mengelakkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar.

                                               

Testimoni Pengguna








Bertindak segera jika anda kerap mengalami buasir. Jom order set buasir sekarang.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang


Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

2 comments:

  1. Info yang bagus...kurang pengambilan air pun boleh menyebabkan sembelit.

    Cara Hilangkan Bintik Kolesterol Secara Semulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..pengambilan air sangat penting..selain untuk elak sembelit, ia juga untuk bantu singkirkan toksin dalamm badan.

      Cara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi

      Delete

Back
to top