Tips Tampil Cantik Berseri Semasa Raya

Hari raya adalah hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Waktu inilah keluarga dan sanak saudara berkumpul dan saling kunjung mengunjung untuk menguatkan silaturahim. Sudah tentu kita semua ingin tampil cantik dan berseri ketika beraya. Betul tak?


Penampilan cantik bukan sahaja terletak pada pemakaian malah yang lebih utama adalah kondisi kulit wajah anda. Untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri tidak susah sebenarnya. Kunci utama adalah dengan menjaga kesihatan tubuh badan sebaiknya. Hasilnya, kulit akan sentiasa cantik, segar dan berseri tanpa sebarang masalah.



Tips Tampil Cantik Dan Berseri


Berikut antara tips yang boleh anda amalkan untuk dapatkan kulit wajah yang cantik berseri ketika raya :

1. Minum air secukupnya


Pengambilan air yang cukup dapat elakkan tubuh badan dari dehidrasi dan boleh jadikan kulit lebih lembap dan segar. Air yang cukup dalam badan juga membantu menyingkirkan segala toksin dan seterusnya membuatkan anda kelihatan awet muda. 

Jadi, untuk kulit kelihatan cantik dan berseri ketika raya nanti, pastikan pengambilan air anda cukup 8 gelas setiap hari. Hasilnya, kulit tampak segar, berseri dan tidak kusam.

2. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran


Lemon, betik dan oren antara buah yang beri banyak manfaat kepada kesihatan kulit wajah. Buah-buahan ini kaya dengan vitamin yang penting untuk kulit yang cantik dan sihat. Lemon dan oren kaya dengan vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda agar kekal cantik dan berseri. Betik kaya dengan antioksidan dan enzim khas yang mampu untuk menyingkirkan sel-sel mati dan kekotoran yang ada pada kulit.

Buah-buahan ini juga boleh dijadikan masker yang dapat bantu mengekalkan kesihatan dan memberi kesegaran pada kulit.

3. Hindari makanan bergoreng.


Makanan bergoreng sering menjadi hidangan pilihan kita lebih-lebih lagi ketika berbuka. Namun, untuk tampil cantik berseri ketika raya nanti, seeloknya dikurangkan atau lebih baik elakkan. Ini kerana makanan bergoreng cenderung untuk menyebabkan naiknya jerawat di wajah.


4. Dapatkan tidur yang cukup


Tidur yang cukup penting untuk menjaga stamina dan keserian wajah. Jadi, amalkan tidur awal setiap malam agar pada keesokkannya harinya tubuh badan dan wajah anda jadi lebih segar dan bertenaga.

5. Lakukan urutan muka


Urutan di muka boleh bantu melancarkan peredaran darah dan seterusnya menaikkan seri wajah.

Vitamin Untuk Kulit Cantik Berseri


Selain mengamalkan diet yang seimbang dan berkhasiat, pengambilan supplement juga boleh bantu untuk dapatkan kulit yang cantik berseri. Supplement ini bertujuan untuk mengisi lopong-lopong nutrisi dari pengambilan makanan seharian kita.

Jom kita lihat vitamin apa yang boleh bantu kulit kita jadi lebih cantik dan berseri secara semulajadi.

1. Vitamin C (RM97.50 / 180 biji)

Merupakan bahan binaan untuk kolagen. Ia bertindak dengan memberi tona sekata kepada kulit dan membantu kulit jadi lebih elastik. Selain itu, vitamin C membantu mengurangkan kesan sunburn akibat daripada pendedahan kepada sinaran matahari untuk tempoh yang lama.

Perbezaan Vitamin C Shaklee : 

● produk semulajadi yang diperolehi dari ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
● Mempunyai sistem pelepasan berterusan di mana 500mg vitamin dilepaskan ke dalam badan dalam tempoh 5 jam (100mg setiap sejam). Ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C oleh badan dan mengelakkan pembaziran.
● Ditambah dengan 120mg sitrus bioflavonoids yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C dan seterusnya meningkatkan kesannya.
2. Vitamin E (RM156.25 / 120 biji)

Merupakan salah satu antioksidan yang sangat kuat. Ia bertindak melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan terjadinya jeragat dan jerawat. Selain itu, vitamin E sangat bagus dalam melembapkan kulit dan juga memudarkan parut-parut jerawat. 

Perbezaan Vitamin E Shaklee :

● Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi minyak kacang soya dalam bentuk D-alpha-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan diserap lebih baik dalam badan.
● Mengandungi 65mcg selenium untuk melengkapkan aktiviti vitamin E untuk fungsi optimum.
● Mengandungi 39.4mg Grape Seed Extract, yang mengandungi proanthocyanidins, sebatian yang mempunyai kesan antioksidan yang baik 

3. Energizing Soy Protein (RM161.25 / 850gram)

Membekalkan protein berkualiti kepada tubuh badan. Protein adalah makanan sel. Maka ia sangat diperlukan untuk penghasilan sel-sel baru. Jadi, ESP membantu menghasilkan sel kulit baru yang lebih gebu, bersih, licin dan cantik berseri. Selain itu, ESP boleh bantu pemulihan luka dan memudarkan parut. Ia juga boleh bantu mengurangkan kedutan, jeragat dan garis halus.

Perbezaan ESP Shaklee :

● Menggunakan protein soya tanpa pengubahsuaian genetik (non-gmo) yang dihasilkan dibawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP)
● Setiap hidangan menyediakan 14grams protein berasaskan tumbuhan dengan indeks glisemik yang rendah. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
● menyediakan 9 asid amino penting
● Kaya dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Apa Kata Pengguna Set Kecantikan Shaklee?


Jom tonton video perkongsian ini.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.












Jom tampil cantik dan berseri semasa raya nanti. Mulakan dengan amalkan tips di atas serta topup dengan pengambilan set cantik shaklee ni. InshaaAllah, hasilnya pasti mengujakan anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top