Cara Atasi Pedih Ulu Hati Ketika Puasa

Pedih ulu hati ialah rasa sakit atau panas di bahagian perut atau dada. Ia juga boleh disertai dengan kembung perut, gas, loya, sesak nafas dan rasa masam berasid di tekak.

Keadaan ini sering terjadi apabila asid hidroklorik yang digunakan oleh perut untuk mencerna makanan melonjak naik ke saluran esofagus (tiub yang menghubungkan tekak dan perut) dan menyebabkan iritasi pada bahagian tisu yang sensitif.



Punca asid perut ini melonjak naik ke saluran esofagus boleh jadi kerana:
- penghasilan asid perut yang berlebihan
- injap otot esofagus tidak berfungsi dengan betul sehingga membolehkan asid perut memasuki saluran esofagus.


Pedih Ulu Hati Ketika Puasa?


Ada sesetengah individu kerap merasa pedih ulu hati ketika puasa. Kenapa ia boleh terjadi?

Perut kita secara semulajadi mempunyai persekitaran berasid bertujuan untuk mencerna makanan dan juga menghapuskan bakteria.

Secara umumnya, puasa mengurangkan jumlah pengeluaran asid dalam perut. Namun, pedih ulu hati boleh tercetus apabila kita teringat tentang makanan atau terhidu aroma makanan. Situasi ini secara semulajadi memberi signal kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid dalam perut.

Rasa ketidakselesaan akibat pedih ulu hati ini sangat menyeksakan apatah lagi jika alaminya ketika berpuasa. Bertambah lagi sengsaranya.

Berikut adalah cara-cara untuk atasi atau kawal pedih ulu hati :

1. Makan secara sederhana
2. Elakkan makanan yang berminyak dan pedas ketika bersahur dan berbuka
3. Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh
4. Ambil protein berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esofagus
5. Ambil peppermint dan halia untuk melegakan ketidakselesaan pada sistem penghadaman.

Cadangan Suplemen Untuk Bantu Atasi Masalah Pedih Ulu Hati


Terdapat beberapa suplemen Shaklee yang sesuai untuk menyokong keperluan nutrisi dan seterusnya membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati, iaitu :

1. Energizing Soy Protein (RM161.25 / 850gram)

minuman protein yang berkualiti yang membantu beri rasa kenyang lebih lama dan mengelakkan makan secara berlebihan. ESP juga membantu menghasilkan sel-sel baru yang sihat dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan asid perut.

2. Peppermint Ginger Plus (RM47.50 / 90 biji)

mengandungi daun pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang boleh membantu melegakan masalah angin dan pedih ulu hati serta ketidakselesaan pada perut dan usus. Ia juga membantu mengatasi masalah penghadaman dan melegakan otot perut.


Jika anda ingin mengurangkan masalah pedih ulu hati, set suplemen ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Namun, ini hanyalah cadangan nutrisi sahaja. Sekiranya masalah pedih ulu hati menyebabkan kesakitan dan simptom yang luar biasa, adalah lebih baik dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera dahulu sebelum memilih untuk mengamalkan suplemen ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top