Petua Kekal Cergas Dan Bertenaga Ketika Berpuasa

Berpuasa adalah ibadat yang sangat bagus dan beri manfaat pada tubuh badan kita. Dengan berpuasa, toksin dan racun dalam badan dapat disingkirkan dan seterusnya meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan dalam melawan penyakit. Selain itu, puasa boleh menajamkan fikiran dan meningkatkan kesegaran dan kesihatan tubuh badan.


Antara cabaran ketika berpuasa adalah untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang menahan lapar dan dahaga mulai dari waktu sahur sehingga tiba masa berbuka. Tambahan pula cuaca di Malaysia yang selalunya panas dan kering, kita lebih mudah cepat merasa letih dan lesu terutamanya jika perlu melakukan rutin harian seperti biasa.

Jadi, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa.



Petua Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa 


Untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang menjalani ibadat puasa, anda boleh cuba amalkan petua berikut:

1. Jangan abaikan sahur


Sahur penting untuk bekalkan tenaga kepada badan untuk bertahan sehingga sampai waktu berbuka. Ketika bersahur, amalkan makanan yang mempunyai kandungan serat tinggi dan serta berasaskan protein kerana ia akan dihadam secara perlahan dan seterusnya beri rasa kenyang yang lebih lama. 

Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan garam semasa bersahur. Ini kerana gula menyebabkan insulin naik mencanak dan menyebabkan anda cepat rasa lapar manakala garam akan buat anda berasa haus.

Minum banyak air dan elakkan minum air teh atau kopi kerana ia bersifat diuretik, penyebab kehilangan  banyak air dalam badan dan meningkatkan risiko penyahhidratan.

Contoh makanan terbaik semasa sahur ialah oat, telur, roti bakar penuh gandum, kurma, kismis atau pisang.

2. Berbuka dengan makanan seimbang


Mulakan berbuka dengan kurma kerana ia kaya dengan gula semulajadi dan akan terus diserap oleh badan untuk bekalkan tenaga kepada tubuh yang seharian berpuasa. 

Setelah itu bolehlah diikuti dengan makanan seimbang dan lengkap dengan karbohirat kompleks, protein, lemak, vitamin dan mineral untuk memastikan sumber-sumber nutrien ini diambil dalam jumlah yang mencukupi sepanjang berpuasa.


3. Minum banyak air 


Semasa berpuasa, badan cenderung untuk kehilangan banyak air di siang hari. Dehidrasi atau kehilangan air dalam badan boleh menyebabkan keletihan, pening kepada dan sukar beri tumpuan. Jadi, usahakan untuk cukupkan pengambilan air dari waktu berbuka sehingga bersahur. 


4. Kurangkan tidur di siang hari


Adalah normal untuk berasa letih ketika berpuasa kerana di siang hari badan sedang melalui proses detoksifikasi. Namun, ini bukanlah alasan untuk tidur sepanjang hari. Dengan tidur berlebihan badan akan jadi lesu dan tidak langsung membantu mengurangkan keletihan anda. 

Jadi, seharusnya lakukan aktiviti seperti biasa. Pergerakan dari aktiviti yang kita lakukan sebenarnya membantu mengalirkan darah dengan baik. Bagaimanapun, disarankan untuk 'take a nap' atau tidur sebentar selama 20-40 minit bagi merehatkan minda.

5. Lakukan senaman ringan


Bersenam ketika puasa amat disarankan kerana terdapat kajian mendapati bersenam ketika perut kosong dapat bakar kalori lebih pantas. Masa yang seeloknya bersenam adalah satu jam sebelum waktu berbuka. Jenis senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan dengan pantas (brisk walking), berbasikal, yoga atau regangan otot. 

Solat juga sebenarnya adalah satu ibadat berbentuk senaman. Dengan melakukan solat lima kali sehari ditambah pula dengan solat terawikh dan solat sunat yang lain sudah mampu untuk menyegarkan tubuh kerana solat melancarkan pengaliran darah.


Kekal Bertenaga Dengan Set Ramadan Shaklee


Selain mengamalkan petua di atas, saya cadangkan anda untuk cuba Set Ramadan Shaklee untuk bantu anda kekal bertenaga dan cergas ketika berpuasa. Set Ramadan Shaklee merupakan kombinasi beberapa suplemen yang boleh bantu bekalkan tenaga, vitamin dan mineral disamping bantu kekalkan kandungan air dalam badan.




Apakah fungsi setiap suplemen yang terkandung dalam Set Ramadan Shaklee?


Energizing Soy Protein


Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral mampu memberi rass kenyanh yang lebih lama disamping membantu merangsang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedut, menghilangkan jerawat dan parut jerawat disamping memelihara kepadatan tulang bagi mengelakkan osteoporosis.


Mealshakes


Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan trace mineral. Kekurangan trace mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Mealshakes juga kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam pembentukan kulit, kuki, rambut, organ, darah dan sel imuniti badan.

Performance Drink


Minuman berperisa oren ini mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh badan dan mampu mengatasi masalah cepat haus. Ia mudah diserap dan sekaligus menstabilkan kadar gula dalam darah dan impaknya badan jadi lebih cergas dan kurang penat.

Lecithin


Ia merupakan pengemulsi semulajadi yang bertindak memecahkan lemak menjadi molekul kecil untuk penghadaman.


Testimoni Pengguna Set Ramadan Shaklee




Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top