Tips Elak Serangan Gastrik Ketika Berpuasa

Gastrik adalah suatu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan rasa sakit atau pedih pada bahagian perut atau ulu hati. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulser gastrik (ulser peptik). Gastritis merupakan keradangan dan iritasi pada lapisan dinding perut yang menyebabkan ia menjadi bengkak manakala ulser gastrik adalah luka terbuka pada bahagian dinding perut kesan dari jangkitan bakteria Helicobacter pylori disertai dengan kehadiran asid perut dan ianya lebih teruk berbanding gastritis.


Tanda-tanda Gastrik


Antara tanda-tanda penyakit Gastrik :

  • sakit pada bahagian perut dan ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa dengan kerap
  • loya dan muntah
  • tiada selera makan
  • najis kehitaman
  • muntah darah

Tips Elak Serangan Gastrik Ketika Puasa


Gastrik sering menjadi alasan untuk seseorang itu tidak berpuasa. Adakah benar pesakit gastrik langsung tidak boleh berpuasa? Mengikut pandangan Dr, Kwan Keat Leong, Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropikana, individu yang mempunyai gastrik sebenarnya tiada masalah untuk berpuasa jika mengamalkan pemakanan seperti yang disarankan oleh agama dan pakar pemakanan. Antaranya segerakan berbuka, melambatkan sahur dan makan secara sederhana.

Berikut antara tips yang boleh membantu mengelak serangan gastrik ketika berpuasa.


1. Berbuka puasa secara sederhana dan berperingkat.


Amalkan berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana dan secara berperingkat dengan cara jarakkan pengambilan makanan.

Sebagai contoh, mula berbuka dengan buah kurma dengan segelas air. Berhenti seketika dan jalani solat maghrib terlebih dahulu. Kemudian, baru ambil makanan berat seperti nasi separuh pinggan, ikan stim, buah-buahan berserta sayuran. Selesai terawikh, makan biskut oat, roti atau buah-buahan.

Tujuan pengambilan makanan seperti ini adalah untuk mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras gula dalam darah semasa proses metabolisma tubuh.


2. Lambatkan sahur dan segerakan berbuka


Ini adalah amalan sunnah anjuran Rasulullah s.a.w. Ada sebab kena amalan ini digalakkan lagi-lagi untuk pesakit gastrik. Dari sudut nutrisi, amalan lambatkan sahur dapat mengurangkan rasa haus, lapar dan keletihan sepanjang berpuasa di siang hari.

Dengan ini, jarak waktu antara berbuka dengan sahur dapat dioptimumkan sebaiknya seterusnya memberi manfaat kepada pesakit gastrik.

Amalan tidur selepas sahur juga seeloknya dielakkan kerana aktiviti aktif sistem penghadaman perut akan menyebabkan rasa tidak selesa pada perut. Ini boleh membawa kepada rasa pedih ulu hati.

3. Elakkan makanan yang boleh mendatangkan kerengsaan pada perut.


Makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng perlu dielakkan kerana ia berpotensi merengsakan perut. Semua makanan ini boleh mengganggu kelancaran sistem penghadaman. Sebab itu, jangan hairan jika anda rasa sakit perut jika mengambil makanan seperti ini selepas berbuka.


4. Elakkan atau kurangkan minuman berkafein


Minuman seperti kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang mengakibatkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Jadi, seeloknya elakkan minuman seperti ini ketika berbuka.

Selain itu, kafein bersifat diuretik yang boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Ini tidak bagus untuk pesakit gastrik kerana ia boleh memburukkan lagi kesan gastrik.


Atasi Gastrik Dengan Suplemen Semulajadi Ketika Puasa


Gastrik seeloknya tidak dibiarkan berterusan tanpa rawatan untuk tempoh yang lama. Ini kerana ada kebarangkalian untuk kita mendapat ulser perut dan pendarahan dalaman. Paling teruk, ia boleh menjadi penyebab kepada kanser perut. Jadi, adalah lebih baik untuk atasi masalah gastrik segera.

Selain daripada tips di atas, ada beberapa suplemen yang penghidap gastrik boleh amalkan untuk bantu mengurangkan komplikasi gastrik yang kronik dan memberi tenaga ketika berpuasa.

Antara suplemen yang membantu pesakit gastrik termasuklah :

1. B-complex

Bertindak sebagai antistress dan tekanan di mana sangat berguna untuk pesakit gastrik. Ia juga sangat penting untuk kesihatan tubuh dan sistem saraf.

2. Ostematrix

Kekurangan kalsium di dalam tubuh dikatakan penyumbang kepada terjadinya gastrik. kalsium juga membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

3. Peppermint Ginger Plus

boleh mengurangkan masalah angin dalam perut dan membantu memberi kelegaaan dan rasa tidak selesa akibat masalah pencernaan.

4, Energizing Soy Protein

Untuk pesakit gastrik, ESP boleh bantu untuk bei rasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Selain itu, ESP sangat diperlukan oleh pesakit gastrik untuk pemulihan luka di dalam perut akibat keradangan oleh asid dengan menggantikan tisu di dinding perut yang rosak dengan yang baru.


Jom Lihat Apa Kata Pengguna Set Gastrik Shaklee Ini?


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Semoga perkongsian dalam entri ini dapat membantu pesakit gastrik untuk turut berpuasa penuh seperti orang lain. Mudah-mudahan ibadat puasa kita pada tahun ini adalah yang terbaik buat kita dan jom kita berusaha untuk mengatasi masalah gastrik ini agar ia tidak lagi menjadi alasan untuk kita tidak berpuasa.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top