Tips Urus Bisnes Online Di Rumah

Menjalankan bisnes online di rumah dengan anak-anak yang sedang membesar amatlah mencabar. Lagi-lagi anak yang jenis perlukan perhatian kita sentiasa. Boleh ke nak fokus dekat bisnes kalau macam ni??? Of course la boleh kan..Dah banyak contoh working-at-home-mom (WAHM) yang berjaya dalam bisnes masing-masing dalam masa yang sama mampu untuk menguruskan rumah tangga dengan baik..







Dalam entri ini saya nak kongsikan beberapa tips urus bisnes online di rumah untuk ibu-ibu yang sangat sibuk dengan urusan rumahtangga:

  • Solat di awal waktu. Ini sangat membantu. Bila kita solat awal, In shaa Allah kita akan rasa waktu tu lebih panjang. Banyak benda yang kita boleh lakukan. Masa itu jadi lebih berkat.

  • Buat to-do-list atau jadual kerja harian. Ini membantu kita menguruskan perkara yang kita nak lakukan setiap hari. Dengan adanya to-do-list, ianya dapat mengelakkan kita dari terlupa melakukan perkara yang penting.

  • Kalau ingin jadi WAHM yang berjaya kena belajar untuk korbankan waktu rehat. Kena guna sebaik mungkin ruang masa yang ada. Saya gunakan masa sepenuhnya untuk bekerja ketika anak belum bangun tidur atau selepas mereka tidur malam. Selain dari waktu tu, kena curi-curi sikit masa untuk berbisnes, contohnya ketika mereka tengah leka beraktiviti atau tidur di siang hari.

  • Luangkan masa yang berkualiti dengan anak. Dapat dalam setengah jam pun jadilah. Waktu ini kita fokus dekat mereka dan main bersama mereka. Dengan ini, anak-anak tidak akan terasa terabai. In shaa Allah, mereka dengan sendirinya akan faham kerja kita dan takkan ganggu kita ketika bekerja.


Mudah-mudahan dengan tips ini, dapat membantu WAHM untuk lebih bijak dalam menguruskan bisnes dan keluarga. Saya pun masih dalam proses belajar untuk menguruskan anak sambil berbisnes ni. Semoga kita semua sama-sama kuat dan tabah hendaknya.

Go..go..go..supermom!!




Ingin dapatkan produk shaklee, hubungi saya..


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikinazly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : sheqien.shaklee

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top