Kolesterol tinggi dalam darah meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidapi penyakit jantung dan strok. Antara punca seseorang itu mengalami masalah kolesterol adalah berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Bila melibatkan diet pemakanan, ini bermakna seseorang itu boleh kawal kolestrolnya dengan hanya menjaga pemakanan. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan makanan untuk atasi masalah kolestrol tinggi secara cepat dan berkesan.
Apakah itu kolestrol?
Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Kolestrol penting dalam membantu badan berfungsi dengan sempurna. Kolestrol terbahagi kepada dua iaitu kolestrol 'baik' merujuk kepada HDL (high density lipoprotein) dan kolestrol 'jahat' LDL.
Kolestrol LDL boleh berkumpul di dinding arteri dan membentuk plak yang mengakibatkan arteri tersumbat. Manakala kolestrol HDL mengelakkan endapan kolestrol jahat dengan membawanya ke hati dan seterusnya disingkirkan dari tubuh.
Setiap individu seharusnya menjaga tahap kolestrol dalam darah supaya sentiasa berada dalam kawalan demi untuk kesihatan jantung dan otak. Bagaimana caranya? Mulakan dengan menjaga pemakanan dan banyakkan pengambilan makanan yang dapat merendahkan paras kolestrol jahat.
Tips Penjagaan Pemakanan Untuk Atasi Masalah Kolestrol Tinggi
1. Sajian makanan untuk
jantung sihat
Penuhkan pinggan anda
dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga 9 portion sehari. Antioksidan
yang terkandung dalam makanan tersebut mampu menurunkan paras kolestrol jahat. Di
samping itu, banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan sterol iaitu
molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara
klinikal berupaya mengelakkan penyerapan kolestrol dalam darah.
2. Banyakkan makanan
yang kaya dengan sumber Omega 3
Untuk jantung yang
sihat, digalakkan mengambil hidangan berasaskan ikan dua kali seminggu. Ini kerana
ikan kaya dengan omega 3 yang berupaya merendahkan paras ‘trigylcerides’ iaitu
sejenis lemak dalam darah. Selain itu, omega 3 mambantu memperlahankan
pertumbuhan plak di dinding arteri. Salmon, tuna, trout adalah pilihan yang
terbaik kerana mengandungi kadar omega 3 yang sangat tinggi.
3. Amalkan pengambilan serat
setiap hari
Oat merupakan bijirin
yang mengandungi serat larut dikenali sebagai beta glukan yang terbukti mampu
untuk merendahkan paras kolestrol dalam darah. Selain itu, ianya kaya dengan
karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi yang dapat memberi rasa kenyang
yang lebih lama seterusnya mengurangkan pengambilan makanan pada waktu lain.
4. Amalkan pengambilan lemak
tak tepu untuk melindungi jantung
Badan kita perlukan
sedikit lemak dalam 25 ke 35 peratus dari kalori seharian. Lemak yang
diperlukan adalah lemak tak tepu seperti yang terdapat dalam minyak zaitun dan minyak safflower. Lemak tak
tepu membantu merendahkan paras kolestrol LDL dan dapat meningkatkan tahap
kolestrol HDL. Penting untuk kita elakkan pengambilan lemak tepu secara
berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang
kepada kenaikan paras kolestrol LDL.
Kawal Kolestrol Dengan Set Kolestrol Shaklee
Sekiranya anda telah mengamalkan tips di atas dalam kehidupan seharian, tetapi masih mengalami masalah kolestrol tinggi, anda boleh cuba atasinya dengan set kolestrol shaklee. Set ini terdiri dari kombinasi beberapa suplemen yang bertindak mengisi lopong-lopong nutrisi dari pemakanan seharian supaya badan menerima cukup nutrien untuk berfungsi lebih efektif.
Set kolestrol shaklee bertindak dalam 3 langkah iaitu :
1. Pencegahan - Pengambilan phytocol-st dapat menghalang penyerapan kolestrol sekaligus mengawal kadar kolestrol dalam darah.
1. Pencegahan - Pengambilan phytocol-st dapat menghalang penyerapan kolestrol sekaligus mengawal kadar kolestrol dalam darah.
Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee ini adalah:
- Ianya dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
- Disamping itu ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia.
- Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
- Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
- Ianya HALAL, TIDAK MENGANDUNGI PERASA, PEMANIS DAN BAHAN PENGAWET.
2. Penurunan - Omega guard dapat membantu menurunkan paras kolestrol LDL dengan cara meningkatkan paras kolestrol HDL dalam pembuluh darah. Kolestrol HDL berperanan membersihkan salur darah dari plak yang terkumpul di dinding arteri dan membawanya ke hati untuk disingkirkan dari tubuh badan.
Keistimewaan Omega Guard Shaklee ini adalah :
- mempunyai kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi berbanding jenama lain
- bebas dari logam berat dan bahan cemar
- tidak mengandungi oksida dan lemak trans
- tiada bau dan rasa ikan
3. Perlindungan - Vivix melindungi pembuluh darah daripada pengoksidaan. Pengoksidaan pembuluh darah akan menyebabkan mendapan plak yang mengakibatkan saluran darah menjadi sempit. Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dan 15 polifenol yang berupaya membaiki sel dan melindunginya dari radikal bebas.
Jom kita lihat testimoni mereka yang berjaya turunkan paras kolestrol dengan shaklee.
Bertindak segera..Rendahkan paras kolestrol anda sebelum ianya memberi kesan kepada kesihatan jantung anda..Jika ingin dapatkan set kolestrol ini, anda boleh hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.
Bertindak segera..Rendahkan paras kolestrol anda sebelum ianya memberi kesan kepada kesihatan jantung anda..Jika ingin dapatkan set kolestrol ini, anda boleh hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Ampang -Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
bahaya kolestrol tinggi ni. nice sharing doktor. jemput baca entry terbaru saya.
ReplyDeletehttp://dotneeda.blogspot.my/2017/01/tanda-tanda-barah-usus-yang-perlu-kita.html
info yang bagus
ReplyDelete